Sunday, December 19, 2010

::just love::


Assalamualaikum w.b.t.

Baiklah, untuk entry malam yg penuh syahdu, saat baby Salsabila Soleha sedang enak beradu, dan hubby pula belum pulang dari kerja malam. Saya cuma nak kongsi apa yg saya rasa saat ini..
Pertama, saya sgt sayang blog qurratuayun. kenapa yer? entahlah.. ramai ckp blog saye cantik.. cantik ke? hihi.. (hati berbunga-bunga bila dipuji sedemikian).
Kedua, saya dah bina satu blog baru. blog ini khusus untuk saya persembahkan hasil fotografi saya. mmm blog business.. anda jgn lupa jenjalan di blog baru saye ye. ;-P
Ketiga.. yg ini paling penting..! si kecil Salsabila ni haa.. bila saya suapkan makanan kat dia td, dia buat geleng-geleng kepala sambil matanya dipejam.. terkejut juga dgn gelagat baru anak ummi nie.. pandai ye mengatakan tidak dgn cara yg paling comey.. (^.^)
Keempat.. saye rasa sangat terkilan dgn sikap seorang rakan sepejabat.. tp tak pe.. hal ini tak perlu diceritakan kpd semua yer. Biarlah dipendam dalam hati..kerana itu lebih baik..
Kelima..mmm tak tahu nk tulis ape dah. ok dear, see you all in the next entry ok..

sblm tu.. layan blog baru saye yer..

~just L.O.V.E~
UMMI NASIHA


Tuesday, December 14, 2010

Tanda 100 hari sblm mati

Memetik tulisan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yg berkata "Orang yang mengingati mati akan sentiasa berusaha menambahkan ilmu terutamanya tentang ilmu yang berhubung dengan Allah Taala, kerana asas kepada keimanan ialah ilmu"..

kata Tok Guru lagi, "Mengingati mati akan melunakkan hati yang keras, serta menjinakkan nafsu yang ganas, umpama seekor harimau yang hilang garangnya apabila tali tas atau tali cemeti dipecutkan di hadapannya".


"Orang yang tidak pernah mengingati mati adalah orang yang dangkal ilmu pengetahuan dan lemah, terutama dalam aspek kerohanian. Golongan tersebut sering menjadi tunggangan kepada nafsunya sendiri, hidup dalam suasana lalai dan terpesona dengan kelazatan dunia yang bersifat sementara, sedangkan kesenangan akhirat itulah yang kekal. Jika ada manusia yang tidak memilih kebahagiaan yang kekal, nescaya mereka itu adalah terdiri dari orang-orang yang dungu".


Justeru, natijah dari banyak mengingati mati itu akan melahirkan manusia yang berdisiplin tinggi, berakhlak mulia, tidak gentar menghadapi ancaman manusia, kerana dia tidak takut selain kepada Allah Taala. Dia berani menyatakan kebenaran meskipun seorang diri, kerana kebenaran itu adalah dari Allah Taala, justeru tidak ada sesuatu yang meragukan kita.

Buat peringatan kita bersama, tanda-tanda 100 hari sebelum mati:

........eNd........

Tuesday, November 16, 2010

ummi pulun untuk dapat voucher jusco..

pengunjung blog ummi.. sila vote untuk salsabila soleha ye.. terima kasih..


klik like pada fb funtora


hoto.php?fbid=448059571675&set=a.447022926675.239351.288045316675

klik like pada picture salsabila soleha. like yg paling banyak akn menang..!

Tuesday, November 9, 2010

8 bulan


Hari ini..genap puteriku berusia 8 bulan. Setiap bulan yg berlalu, ada sahaja perkara dan kebolehan baharu yg ditunjukkan padaku dan suami. ahhh..betapa gembira.. sukar untuk aku gambarkan.

Terkini, puteriku semalam seperti ingin membantu aku melipat pakainnya. Dengan cara dan perlakuannya, aku pasti benar bahawa dia ingin meniru setiap perbuatanku saat itu. Dia merapati aku.. diduduknya atas pakaian-pakaian itu. Dicapai sehelai bajunya, dipegang-pegang.. dan akhirnya dimasuk ke mulut.. mmm tak mengapa.. dia terlalu kecil untuk membantu kerja-kerja seperti itu.

Apabila aku sibuk mengemas pinggan mangkuk di dapur, kulihat dia juga sibuk ke sana ke mari. Mencari aku.. takut agaknya dibiarkan di ruang tamu keseorangan. Apabila dia berdiri dgn berpaut pada meja makan yg dipenuhi bekas-bekas berisi biskut dan makanan, dia segera membuat sesuatu.. ape ye? kuperhati gelagatnya.. alangkah terharunya.. dia seolah-olah menyusun-nyusun bekas itu.. walaupun "susunan" itu seolah-olah semakin bersepah.. tapi aku sangat suka moment itu..

Aku tahu dia semakin membesar dgn baik.. Apabila dia kepenatan dan lena beradu.. akan terbit satu perasaan yg sukar aku ungkapkan bila menatap wajah comel itu.. yg seterusnya memaksa aku mencium2 pipinya, rambutnya..bibirnya, hidungnya..keningnya.. betapa aku bersyukur dgn kebahagiaan anugerah Ilahi yg satu ini.

Aku bukan inginkan kesempurnaan yg keterlaluan, cuma bagiku.. aku hanya ingin kebahagiaan yg berkekalan.. insyaAllah..

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin erti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

just with love...ummi salsabila..



Monday, November 8, 2010

KAMAR-KAMAR DI SYURGA


KAMAR-KAMAR DI SYURGA - bagi pemberi salam
 
Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu 
terbahagi dalamnya kamar-kamar. 
Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di 
dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula
 terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia 
dan 
terdapat satu hiburan yang tidak pernah 
dirasakan manusia di dunia.
 
"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" 
tanya para sahabat.
 
"Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, 
untuk mereka yang memberikan makan 
kepada yang memerlukan, 
dan untuk mereka yang membiasakan puasa, 
dan
 solat di waktu malam 
saat manusia lelap dalam mimpinya."
 
"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, 
dengan begitu ia bererti
 telah menyemarakkan salam. 
Mereka yang memberi makan kepada 
ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, 
dengan begitu bererti 
termasuk orang-orang yang membiasakan berpuasa.
 Mereka yang solat Isyak dan Subuh secara berjemaah,
 dengan begitu ia bererti termasuk 
orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap." 
Begitu Nabi SAW menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.

.....eNd...


matang ke tidak..?


Artikel ni dipetik dan diubahsuai daripada blog i love Islam.


Kita selalu bertanya adakah kita ni tergolong dalam orang yang cukup matang? Sebenarnya Anda Semakin Matang Bila...


Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

Anda memandang jauh ke depan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

Thursday, October 28, 2010

7 Kaedah Mendidik Anak


Rasulullah S.A.W. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap Kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap Keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

1. Kaedah Pesanan dan Arahan.

Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak,anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :

• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.

2. Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. Kaedah Soal jawab

Bersoala jawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.

Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah Merujuk Pengalaman Lalu

Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah Nasihat dan Teguran

Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.

Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.

6. Kaedah Bermain dan Bergurau

Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.

Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.

Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah Latihan yang Berterusan

Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-

a) Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.

b) Usia
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.

Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

Sumber majalah Wanita November 2005 oleh Noraishah Ismail

credit to blog owner http://budaktechnician.blogspot.com/2010/10/7-kaedah-mendidik-anak.html for this post.


Monday, October 25, 2010

Salsabila 7 month old, fourth week



Credit to babycenter.com


Any day now, if she hasn't already, your baby may try feeding herself. She may let you know about her new goal by grabbing a spoon and, eventually, guiding it into her mouth.

If you can, let her experiment and forgive the mess - it's helping her learn a new skill. You'll have to be patient too, since she won't fully master the trick of feeding herself till after her first birthday.

If you haven't tried already, why not make mealtimes family times? It's never too soon for eating together to become a habit and it may give you and your husband a chance to catch up with each other.

Some couples find that they prefer to feed their baby first and then have some time together. Like so many things throughout this first year, it's a question of finding what suits your family.


kena acah dgn abah




Friday, October 15, 2010

..bayi chomel contest..


Thanks to all JPM DPP Petronas , UUM.


Gambar Pilihan Juri


Arissa Umairah, Salsabila BFF


Kepenatan Selepas Bergambar


Cik Ika yg Menyokong dr Belakang


.........


Penyampaian hadiah pd petangnya..




..Tq DPP Petronas.. mmuakss!!

Thursday, October 14, 2010

..sgt suke..




S
a
l
s
a
b
i
l
a


s
o
l
e
h
a

..kesayangan ummi..



.....

..impian ummi..


Lama benar ummi tak upload perkembangan terbaru kn.. so sory to all my blog readers..

Salsabila alhamdulillah.. semakin hari semakin sihat.. semakin tinggi.. semakin bijak.. dan untuk setiap hari, ada sahaja perkara baru yg dipelajarinya.
Syukur alhamdulillah yg tidak terhingga.

Ummi lalui hari-hari dgn kebahagiaan yg senantiasa mekar di hati. Kehadiran puteri Salsabila sungguh bermakna buat Ummi..

Melihat wajahnya yg sedang lena.. Ummi pasti tersenyum sendirian.. Apalah agaknya yg dimimpikan puteri Ummi. Kadang tersenyum, kadang macam sedih..
Agaknya sayang Ummi sedang bermain-main dgn para malaikat mungkin... dan apabila para malaikat mohon mengundur diri.. maka si kecil ini menangis tidak mahu ditinggalkan..
atau mungkin juga anak Ummi dipertontonkan keadaan di syurga yg penuh nikmat dan keindahan.. maka dia tersenyum.. dan sebaliknya jika dipertontonkan keadaan di neraka..

Ummi cuma punyai satu impian untuk si manja ummi. Ummi nak dia menjadi insan yang berguna dan cemerlang bila dewasa nanti. Seorang muslimah yg patuh pada Allah, Rasul.. mendengar kata org tuanya..menjaga maruah keluarganya..

Dan demi impian Ummi.. Ummi dan abah akan berusaha sedaya kami.. Semoga usaha ini diiringi barakah yg berterusan.. Ameen.


..hari pertama naik walker..



..ini hobi baru, nk gigit2 kaki sofa sbb mcm cermin..


..kepenatan..


..........eNd.........

Monday, October 4, 2010

gelak sakan..

Post nie special untuk auntie iqa yer. Dah lama nak dengar sayang ummi gelak kn.. (^.^)


video

Saturday, October 2, 2010

oppss!! hehe

saye dah hampir boleh merangkak dgn cara saye yg tersendiri..! kih kih kih


video

Friday, October 1, 2010

topi baby, tudung merah, dan opss!!!

..........topi baby..........

Sebelum keluar mkn, Salsabila asyik gigit2 topi lama dia.. agaknya dia rindu nak jadi baby mcm dolu-dolu.. tp, skrg pun Salsabila baby jgk kn.. :-)

Ummi pun ape lagi.. pakaikan ajelah topi tu kat anak comel nie.. rupanya sangat-sangat tak sesuai..! hihi. Terasa mcm ade baby besar pulak.. hee Salsabila, jgn marah yea.. Ummi upload gambar Salsabila yg pelik nie..



..........tudung merah.........

Waktu abah dan Salsabila dah berdengkur.. (haa Salsabila pun dengkur taw.. tapi dengkuran yg sangat comel..) mata ummi masih lagi segar dan bugar. Entah dari mana datangnya idea.. nak hias tudung Salsabila yg baru dibeli.. Sebenarnya, tudung ni adalah inner orang dewasa.. tapi rasa sangat susuai pulak digayakan di kepala baby ummi.


letak manik2.. lebih berseri..



jahit manik nama soleha



esoknye.. pagi-pagi lagi dah bg Salsabila cuba.. walaupun blm mandi, hanya pakai pampers..



..........ops!!! merangkak cara terrsendiri..........

alahaiii. story ni ummi upload kemudia yer.. terasa penat sgt.
ok semua..Terima kasih sudi mengunjung blog ummi.
salam sayang dan Assalamualaikum..

..........eNd.........

..sambungan cube2 jahit langsir ..

Assalamualaikum.. seperti yg dijanjikan, ummi baru berkesempatan untuk upload gambar langsir baru ummi, hasil kreativiti ummi yg tak seberapa.. :-)

Hanya mengambil masa dua hari utk disiapkan, itupun sewaktu Salsabila beradu..

Ada sesiapa yg berani nak tempah..? sila lah.. boleh jgk ummi kembangkan bakat yg terendam nie.. (^.^)




dan ini layer kedua..


hmm yg ini pulak rambu berambu ramba.. hihi.


.............eNd..........

Tuesday, September 28, 2010

check up si manja utk 6 bulan


Pagi-pagi lagi ummi dah kalut..cari buku laporan kesihatan Salsabila tak jumpa.. last2, jumpa dalam kereta.. :-( patutlah..ummi simpan dlm kereta sbb bawak balik kg hari tu masa raya.. kan buku ni kena bawak ke mana2 je kalau travel jauh.. :-)

Ummi decide ke pejabat dulu, sbb ada tugasan yg perlu disegerakan.. sampai ke Klinik Desa Kg Tradisi agak lewat, 10.30 pagi. Huh, ingatkan ummi tak perlu tunggu lama bila datang lewat ni. Rupanya hampir setengah jam jugak, baru nurse panggil nama Salsabila Soleha.


'Bukak baju dan pampers ye..timbang dulu', nurse bg arahan.. dan macam biasa Salsabila tak kan diam kalau duduk atas penimbang tu.. siap nak bergolek2 lagi.. cian nurse tu susah nak amik bacaan berat anak ummi ni.

Hmm..8.2. Sama..! tak naik, dan tak turun. Dalam masa sebulan berat si comel ummi ni tak berganjak. Agaknya kesan cirit birit baru2 nie. :-(


Apepun, ummi upload gambar terbaru Salsabila. Fresh dari ladang..! hihi. Just snap petang tadi.








******* eNd *******

Saturday, September 18, 2010

cube2 jahit langsir..

Syukur alhamdulillah, cuti raya baru-baru ni ummi sempat menyiapkan langsir idaman ummi. mm nak kata idaman pun, tak jugak.. sebabnya ummi jahit ala kadar je, asal jadi langsir org kata. hihi. masa tak mengizinkan.. pergi beli kain di Kamdar pun sehari sebelum balik ke Pgkalan Hulu.. (^.^)





terima kasih kak lah.. bg pinjam mesin jahit nie. memang hebat..! hehehe. nanti bila dah siap gantung, org upload hasilnya yer. :-)

ape cerita terbaru?

Alhamdulillah..selamat tiba di rumah waktu magrib tadi. Sepanjang perjalanan, ummi dan baby banyak tido. Kesian abah, drive sensorang..bahaya tu. Sorry yer abah, nanti lain kali kami tido lagi.. opsss!

Hurm, rasanya banyak perkara dan topik yang nak diberitahu dan dikongsi buat all blog readers ummi. Bab malam raya di rumah tok, bab pagi raya di Kroh, bab balik ke Kelantan, bab ummi jahit langsir, bab reunion ummi bersama kawan2 form 5, bab sesat di Kota Bahru, bab BBQ bersama family, dan baaanyak lagi lah.. kejap lagi ummi upload yer.. salam sayang buat semua.. mmuahhh!

Tuesday, September 7, 2010

salam lebaran semua...




mmm sebenarnya nk shoot gmbar pkai baju traditional..tp hubby asyik sibuk je kn.. x pelah picture ni pun.. :-)

Kpd semua readers blog saye, saya mohon ampun dan maaf andai ade tersilap dan tersalah selama kita ber'ukhwah'.

Kepada yg nk drive jauh tu..bawa kereta elok2. jgn laju2, kalau mgantuk berenti rehat dulu..kata org biar lambat sampai, asalkan selamat.

Kepada yg tak balik beraya sebab x dapat cuti ke, x cukup budget ke, walau di mana kalian beraya, jgn sedih-sedih ye. Paling penting, hubungilah ibu dan bapa.. ucapkanlah salam hari raya kepada mereka.

Betapa kita menyayangi anak2 kita skrg.. begitulah kasih dan sayang ibu bapa kita kepada diri kita k. mm sedih pulak tetiba.. :-(

Dan akhir sekali..minta kalian sedekahkan al-fatihah buat bapa saya, Abdul Rashid bin Omar..


Terima kasih semua.