Saturday, July 31, 2010

ummi da xde keje..

APC

Tak sempat nak upload story ni. Agak sweet untuk dikenangi.. dan yg paling penting, buat si comel Salsabila, agar ianya menjadi satu motivasi buatmu sayang.. supaya suatu hari nanti, dirimu bakal menjadi salah seorang muslimah yg berjaya dunia dan akhirat..

21 Julai 2010...
Berlangsungnya Hari Inovasi dan Majlis Penganugerahan Universiti. Ummi sekali lagi diberi tanggungjawab sebagai pengacara majlis. Tapi untuk tahun ini, Ummi bergandingan dgn uncle Fazli, kawan Abah merangkap kawan sepejabat Ummi. Kalau tahun lepas, Ummi digandingkan bersama ahli kumpulan nasyid Firdaus.. saudara Idzwan. tp tahun ni difahamkan saudara Idzwan tak sihat..

Hal pengacara majlis ni bukanlah perkara utama yg Ummi nak kongsikan. Tapi.. berkenaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
Seramai hampir 150 kakitangan UUM menerima anugerah ini, termasuk kakitangan pentadbiran dan akademik.
Abah merupakan salah seorang dari mereka yg berdedikasi melaksanakan tanggungjawab terhadap kerjaya masing-masing.

Syukur dipanjatkan kepada Allah..
Terasa bahagia sekali saat nama abah diumumkan oleh uncle Fadzli.
Abah? Hmm terseenyum ajelah sepanjang hari..
Tak sia-sia abah korbankan banyak masa dan tenaganya.
Kata abah, tahun depan nak target dapat lagi.. sama-sama kita doakan untuk abah yer.
Sememangnya jika abah bekerja keras, itu semua untuk kita.. selain untuk kerjaya abah sendiri.

Kegembiraan ini bertambah-tambah lagi apabila Opah Salsabila memberitahu yg Opah juga dapat APC pada tahun ini. Waaaahhh.. anak beranak naik pentas yer.. Ke mana tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi. Hurm..sama-sama gigih bekerja kan. ;-) So happy..

Begitu juga harapan Ummi buat Salsabila. Semoga Salsabila bakal menjadi seorang yg punya cita-cita tinggi. Setinggi harapan Ummi dan Abah kepadamu sayang.. (^.^)


~penyeri majlis.seri ker? hihi~


~tahniah hubby~

.......eNd.......

Tuesday, July 27, 2010

from cameron & lost world of tambun with love..

Assalamualaikum semua..
Terima kasih kerana memeriahkan blog saya dgn kunjungan anda.
Saya sgt teruja pd mlm ini kerana sehingga jam 10.45 mlm, saat saya menulis entry ini, kunjungan blog mencecah hingga 49 orang pengunjung, dan sudah pasti salah seorang pengunjung itu adalah anda..dan yg sedang tersenyum di sane..ummi dan abah.
Tentu sekali sedang menatap wajah kesayangan Salsabila.

Entry kali ni belum sempat dikarang sepenuhnya..tp untuk semua, saya upload beberapa gambar sekitar percutian keluarga.. (^.^)
Syukur alhamdulillah, selamat pergi dan selamat pulang.
Sesungguhnya, percutian ini memberi seribu makna kepada saya.. memori yg tidak mungkin dilupakan.. sangat indah.. segalanya indah.. mengagumi ciptaan Ilahi yg maha agung.






















*just sempat upload gambar dulu..story akn upload kemudian yer.. :-)

Sunday, July 25, 2010

buah tgn dari ummi utk semua yg merindui salsabila..






doa buat Sarah..

Assalamualaikum semua pembaca setia blog saya.

Rasanya seperti agak lama tidak menulis..hari ni cuma nak share satu peristiwa.
Semalam saya singgah di masjid berhadapan hospital Ipoh. Sementara menunggu suami menunaikan solat maghrib, saya membawa Salsabila ke ruang rehat untuk disuapkan nestum.

Dari jauh, kelihatan ruang itu agak penuh. Namun masih lagi ada ruang buat kami. Kelihatan ada anak-anak kecil berlari-lari. Saya tersenyum melihat kanak-kanak berbangsa Cina sedang dikejar kanak-kanak berbangsa Melayu. Manakala ibu bapa mereka kelihatan sedang berbincang sesuatu. Disisinya ada bayi yg sedang tidur beralaskan tilam kecil.

Saya duduk dan membancuh nestum. Kanak-kanak yg sedang berlari td berhenti tercungap-cungap di depan saya. Memerhati gelagat saya sambil bertanya..
"itu ape.."
"ini nestum.." saya tersenyum.
"mmm untuk ape.."
"ini untuk baby..baby lapar.."

Dia kelihatan sangat ramah..sambil menyeka peluh di dahinya, dia bercerita tanpa dipinta..

"tadi pergi hospital..bawak sarah. dia poo poo. tapi kuar merah-merah. kesiankan sarah..?"
"sarah..mane sarah?" soalanku tidak sempat dijawab tetapi dia terus berlari mendapatkan budak cina tadi.

Keluarga Cina itu mohon mengundur diri. sementara pasangan suami isteri Melayu itu menurut mereka dari belakang sambil berpesan.. "Bik..duk sini ye. jaga Sarah"

Sekarang cuma tinggal saya dan Salsabila, bibik dan Sarah. Saya ambil kesempatan ini untuk bertanya lebih lanjut pada wanita yg dipanggil bibik tadi.

"ini sarah..?"
"yer.."
Saya merenung bayi yang nyenyak tido itu. Dimulutnya ade puting yang comel.
Sementara bibik itu merapati salsabila dan mencuit-cuit pipinya. Salsabila tersenyum dimanje sebegitu.

"sihat...berapa bulan..?" tanya bibik.
"empat bulan kak.."
"sarah berapa bulan.."
"sarah baru 4 bulan.."
"oo sebaya bayi saya..lahir bulan tiga kan"
"ye.." dia tersenyum dan bertanya lagi.
"dah suap makan ye.."
"ha a kak..kalau ikutkan doktor, bayi enam bulan baru boleh mkn kn.."
"tak apa..org indonesia juga bagi makan bayi empat bulan..suapkan pisang..tapi sarah tak boleh makan.."
"sarah kenapa kak.."
"operation..usus kecil masuk dalam usus besar..tak boleh nak poo poo"

Saat itu, ada air mata yg bertakung di mata saya. Saya memandang sarah.. saya memandang salsabila.
Tak henti saya beristighfar di dalam hati.

Saya meminta mengundur diri, dan sepanjang berjalan ke kereta.. tak henti saya bersyukur pada Allah.
"Ya Allah..jgn lah diuji daku sebegitu.. aku takut tidak mampu untuk menghadapinya.."
Dan..air mata syukur gugur buat Salsabila..air mata ini juga buat Sarah..
Semoga Allah permudahkan dan menyembuhkan Sarah secepatnya..AMEEN..





........eNd........

Saturday, July 17, 2010

Kunjungan Delegasi Indonesia.

Wow! Hujung minggu yg hebat. Salsabila menerima kunjungan delegasi dari Indonesia.
Hebatnye ank ummi.. ahaks!

Delegasi yg dimaksudkan itu adalah kawan abah Salsabila..Kak Eira dan suaminya,Wahyu.

Seperti sebelum2 ni.. kalau aunty tgh pregnant, pandai je Salsabila duduk diam kat riba preggy mommy. Ini memang kesukaan anak ummi. Bakat menjalin hubungan persahabatan tu dah nampak dalam personaliti dirinya, bukan? hihi. Memang tak dinafikan.. Itulah hakikatnya. Setiap kali jumpa baby sekalipun, dia akan mula berbicara bahasa yg difahami oleh baby-baby sahaja. Pendek kata, dia seorang yg mudah mesra. Like ummi.. hihi.


~bergaya dgn baju kiko aunty kasi..seluar pink tu xbuang..hihi~


~tgk tu..org suruh tgk camera, dia tgk aunty..~

Tq so much to auntie n uncle ats kunjungan anda... (^_^)


.......eNd.......

Friday, July 9, 2010

Salsabila 1/3 tahun..




Rasa macam dah besar pulak bila sebut umurnya dah 1/3 tahun. Biasa ada bulan2 je kat belakang..

Masa berlalu terlalu pantas..rasa nak stop je masa tu. Biar Salsabila dpt ku golek-golek sentiasa.

Salsabila..terima kasih hadir dalam hidup Ummi dan Abah. Ummi senang dgn setiap keletah sayang. Waktu bersama Salsabila Ummi guna sebaik mungkin. Maklumlah, menjadi seorang ibu yg bekerjaya cukup menguji diri Ummi sendiri.
Penat dan lelah mengurus keluarga dan rumah tangga sudah semakin sebati.
Hakikatnya, itulah bahagian pahala kepada Ummi. Pemberian hadiah yg cukup mudah dari Allah, namun cukup mudah juga bahagian dosanya andai tidak kena cara.

Sepanjang tempoh empat bulan ini, Ummi dapat rasakan hidup Ummi sgt berubah. Jika dahulu Ummi byk punyai masa untuk diri sendiri. Tp sekarang, nak membaca buku dan majalah kegemaran Ummi pun belum tentu dapat..Setiap masa yang terluang, pasti ada sahaja kerja rumah yang perlu ummi selesaikan. Sesekali sempatlah membuka laptop dan melayari FB bersama teman2.
Namun Ummi percaya..setiap langkah Ummi yang diatur untuk menguruskan keluarga dan baby Ummi, terdapat bahagian pahala padanya..tetapi, perlu ikhlas kerana Allah.

Ummi gembira dapat melihat sendiri dan bersama-sama Salsabila untuk setiap perubahan dan setiap kebolehan baru Salsabila. Sekarang, Salsabila makin suka meniarap. Sentiasa nak meniarap, kononnya untuk perbaiki kebolehan ini.

Salsabila juga sudah mampu memegang botol susu dgn tangan sendiri tanpa bantuan dari Ummi. Cuma sesekali agak lucu apabila botol susu itu semakin ke atas dan ke atas sampai hampir ke hidung Salsabila dek kerana tangan Salsabila lenguh memegangnya.

Bagi Ummi, Salsabila anak yg sangat baik, tenang dan matang. Tapi ada kalanya Salsabila agak serius. Apabila ummi cuba buat Salsabila gelak, Salsabila seolah-olah berfikir "..apelah yang ummi nak buat nie..".

Salsabila jarang menangis. Tapi, bila dah menangis memang susah nak berhenti. Perkara yang menjadi kepantangan adalah diganggu waktu ingin tido ataupun tido yang tidak mencukupi.

Salsabila lebih banyak memerhati. Tidak terlalu aktif bermain sebab Salsabila lebih banyak berfikir. Tapi, apabila mood bermain datang, Salsabila boleh gelak dan bercakap tak henti-henti.

Ummi doakan semoga Allah swt permudahkan urusan mendidik Salsabila agar menjadi anak solehah, pintar dan cemerlang dalam hidup. Ameen ya rabbal alamin.


.......eNd.......

Tuesday, July 6, 2010

Salsabila wat O.T part 3

hai semua..assalamualaikum! hmm mlm ni Salsabila wat ot lg..
mlm nie best!!! ramai kwn2 ummi ade. ok..mcm biasa, yg nie aunty erin.


haa..nie aunty umie..aunty umie ni dulunya housemate ummi salsabila. aunty umie ade baby jgk taw, namanya arissa umairah. lahir 2009, so xleh satu kelas dgn saye la kn ummi..?


yg nie pulak papa arissa.. uncle saiful.


yg comey nie..? haa nie lah aunty iqa. yg salsabila tibe2 ade semangat nak meniarap tu, dgn aunty nie lah..hati2 ye kawan2 dgn renungan aunty nie. salsabila pon takot..! hihi






tu sajelah tuk mlm nie yer.. aunty iqa..tq yer layan salsabila..muaks! muaks! sorry yer salsabila dah bg baju aunty bau masham.. hihi.


.........eNd.........

Salsabila wat O.T part 2


~Malam nie aunty erin yg mgasuh..~



"Ummi...xmo paksa adik bergambar...adk poo poo nie.. uwaaaaa"
Lawak sgt masa nk cebok poo poo Salsabila.
Masa tu dlm toilet.
Minta tlg hubby pegang dia, sementara ummi bukakan pampers.
Sekali hubby ckp "ayg..mcm bunyi chat di facebook, bunyi ape.."
Rupenya bunyi Salsabila tgh sedu. hihi adeke bunyi facebook..

.......(^^).......

TP mcm biasa, dia syok duduk dlm dakapan aunty Dyana sbb dapat duduk ats kawan dia same. hihi. n paling penting, dia nk tgk monitor tv yg banyak tu n tgk switcher yg berwarna warni.

.......(^^).......


Dah penat bekerja..time to sleep..even at office.. never mind. i'm still baby kn..


"Abah..bantal ni bacin ler.."



~lena sudah..~


.........eNd.........

Monday, July 5, 2010

Salsabila wat O.T part 1

Dah beberapa kali ummi taip story entry kali ni, tp asyik backspace jer.. Sgt tak de idea, tak ade mood nak menulis. Mungkin otak sgt penat..maklumlah rehat pun tak cukup.

Balik keje dah pukul 5, kemas2 rumah, makan malam dan bersiap dtg pejabat semula..

Ummi cuma nk share sweet moment Salsabila yg sgt teruja berada dalam bilik rakaman di pejabat Ummi.



~biar ummi perkenalkan.. auntie Dyana dan Uncle Hafiz~ bakal mama n papa nie.
Auntie tgh sarat mgandung 6 bulan. Diaorg sgt xsabar nk ade baby mcm ummi..

ok..tgk picture kat bawah nie, salsabila sgt teruja dgn set VT5. Maklumlah skrin nye banyak kn. Kalau kat rumah, ade satu je monitor tv tu. Salsabila mcm xtahu nak tgk skrin yg mane satu. hihi.






Hurm..Salsabila suke sgt duduk dgn auntie. Mungkin dia ade sense yg kawan dia ada dalam perut auntie. :-)


........eNd........

Sunday, July 4, 2010

Zikir Cintaku Buatmu..

Subhanallah
Alhamdulillah
Lailahaillallah
Allahuakbar

Subhanallah
Alhamdulillah
Lailahaillallah
Allahuakbar


Alunan zikir di atas kualunkan semerdu mungkin
Seiring badanku bagaikan buai
Mengulik-ngulik si kecil yg matanya hampir terpejam
Sambil mulutnya pula tidak henti menghisap puting kosong.

Setelah si kecil kukira agak lena..
Kucium dahi dan ubun-ubunnya
Kupejam mata
Mulut masih berzikir
Hanya hati dan minda berbicara menutur kata
Tanpa suara

Anakku..
Jadilah dirimu anak yg solehah
Mendengar kata diriku dan abahmu

Jadilah dirimu anak yg baik
Pandailah menjaga maruahmu sayang
Kerana disitu jua terletak maruah kami

Tuntutlah ilmu sedalam-dalam
Agar senang dunia, senang akhirat

Jgn sesekali dilukai hatiku
Atau hati suamiku
Kerana kami menyintai dirimu

Tuhanku..
Panjangkanlah umurku dan suamiku
Agar bisa si kecil ini mendapat kasih sayang kami
Agar bisa kami didik dirinya sebaik mungkin

Tuhanku..
Ampuni daku
Ampuni suamiku
Ampuni ibu bapa kami
Kekalkanlah kebahagiaan ini
Selama-lamanya...

Lalu air jernih itu mengalir dari pipiku
Terus ke ubun-ubun yg masih lagi dikucup..
Semoga esok
Ku masih bisa mengucupnya lagi

Ya Rabbi
Padamu kusujud syukur...



.........eNd.........

Saturday, July 3, 2010

Saye dah boleh meniarap..!!!

Huh, percaya atau tidak? Seronoknye... Salsabila meniarap hari ni.
Yg paling penting, kat pejabat ummi..kat bilik cik Ika dan cik Erin.

Tergelak ummi dan cik Ika.
Syg ummi tolak botol susu yg cik Ika tgh pegang kat mulut Salsabila.
Pastu sepantas kilat terus meniarap..! hoho.

dah reti meniarap tue, terus je diamkan diri..
xreti nak kalih semula badannya..
hihi. ank ummi nie..







seronok la dia yer..ramai layan dia kat pejabat.. kalo kt umah..xramai kwn..


.........eNd........