Wednesday, December 26, 2012

kenduri nun jauh di pulau

hye all.. pernah ke korang pergi kenduri sampai naik bot bagai?
erkk pernah la kot kan. bagiku, inilah kali pertama.
tak sia2 ikut rombongan pengantin anak sepupu ;-)

actually kami sekeluarga plan nak balik kg hujung minggu tu..
tapi disebabkan my mom nak datang langkawi, 
so ubah plan last minute.
ke langkawi jugaklah sebab nak jumpa maa kan. 
 oops! abg & kakak ipar last minute jugak join sekaki
bertambah2 happening la kan bila dah lama tak jumpa gini 
hmm apepun, pengalaman ini mmg interesting!! 
tambah2 lagi salsabila sempat mandi laut uuu 
lepas je seronok mandi laut, tiap2 hari akan request mandi laut.
hehe

ok.. jom layan gambar yok!
kualiti gambar bukanlah dari DSLR okey..
ini kualiti dari galaxy note.
hebat kan guys!!
nampak mcm DSLR kan kan kan


sempat posing sebelum naik bot
~jeti pekan kuah

gamat yg amat  =)

x perlu betulkan siaran ye.. 
rambut salsabila sememangnya belom oter  ;p


rombongan pengantin perempuan 
~mini jambatan dari jeti ke kg. rumah pengantin

tgk nie.. ank solehah =)
ameen2

we are here 

en. khairul dan pokok kelapanya
cer klik

salsabila n sepupunya, zatil asmida sedang tunggu bot
~jeti kg. selat bagan nyior

ok bebeh... memang agak letih masa tunggu bot nak balik nie..
lebih dua jam kot.
sabo ajela.. 


pokok kelapa

Hi!! It's been a long time that I didn't update my blog kan! 
korang hairan x dgn tajuk entry kali ni. 
pokok kelapa. mm heran? 
well well well actually i baru tahu. 
my hubby, en khairul rupanya suke tgk pokok kelapa!! 
Kisahnya sewaktu kami berkunjung ke Langkawi baru-baru ini. 
dia dengan jujur berkata 
"abang suka laa tengok pokok kelapa.."
me? mmm gulp!! ok..xpe.. ape sebab dia suke pokok kelapa ye? hehehe
mungkin sbb pokok kelapa ni mendamaikan kot.. 
(i teka je)
bagi i la kan, i dah selalu tgk pokok nie.. 
kat kampung i mmg banyak laa pokok kelapa. 
sebab kawasan pantai kan. 
even masa sekolah, bila cikgu suruh lukis kawasan pantai, sawah, rumah, 
pokok kelapa tu memang wajib ada. 
hehehe. =)
u olls camana pulak. 
suka jgk ke pokok kelapa ni? 
or suka minum air kelapa je? 
cocunut shake? 
wow!! slurpp yummy2  :-)



see gambar pokok kelapa pakej dgn buai sekali. 
(buat pembakar semangat utk bercuti ke REDANG 2013.. 
yuuhuuu... ameen ameen ameen)



Wednesday, December 5, 2012

Persembahan Terbaik!!!


Assalamualaikum wbt semua,

Kerja yang kita usahakan dengan ikhlas, pasti ada barakah di sisiNya, bukan?

Inilah hasilnya... piala PERSEMBAHAN TERBAIK untuk pertandingan Kumpulan Inovasi & Kreatif peringkat UUM pada 26 November 2012. 


mama arissa, bos ummi dan ummi


kak liyana, mama arissa, bos, ummi dan kak as.
congratulations all. 
we did it!!!


actually ini group asal.
termasuk yg paling depan adalah pengarah canselori.
tapi......
tapi........
tapi.........
beberapa orang dah tarik diri. hihihihihi teror x yg tinggal?




Tuesday, December 4, 2012

Her Journey to Vientiane (part 1)

Assalamualaikum & salam sejahtera semua, hari ni sempat ummi curi2 masa update entry baru.
Selama seminggu ummi dan abah honeymoon di rumah berdua je tanpa puteri kecil yg nakal. Sakan sungguh anak ummi ni berjalan ye. Terbang sampai ke Laos. Untunglaa dapat opah & wan yang suka jalan juga. hik hik.

Ayuh kita jamu mata gambar2 yang dirakam oleh Pak Teh Sabila  (^.^) sepanjang ank ummi di Vientiane.

25 November 2012 - 2 Disember 2012
Vientiane, Laos & Bangkok, Thailand









tangan tu, buat peace tak pernah lupa..

(^.^)

Wednesday, October 31, 2012

lagu negaraku versi Salsabila


Dua minggu mama bercuti. Balik hometown, Indonesia. Makanya Salsabila kami hantar ke Pusat Perkembangan Kanak-kanak Tunku Puteri Intan Safinaz, UUM. Tak jauh, cuma dalam lima minit dari kampus.

Dua hari di PPKTPIS, dia dah boleh nyanyi lagu negaraku. Lucu! ye...lucu bagi ummi sebab hanya melodi sahaja mcm lagu negaraku. Liriknya? Salsabila hentam aje. Siang malam duk ulang lagu kebangsaan tu.
hmm bila ummi turut sama nyanyi, dia tahu pulak menyambungnya.

Dan sekarang, dia memang dah hafal.. ;-) Ke mana sahaja dia pasti akan nyanyi lagu tersebut. Excited laa katakan. hihihi


Thursday, October 18, 2012

Dia Demam


Assalamualaikum wbt,

Selamat hari Khamis (18 Oktober 2012) buat semua.
Pada pagi ini ummi nak story satu perkara.
Tentang 'dia'... my Salsabila Soleha.

Dah dua hari dia demam.
Dia tak banyak meragam.
Seingat ummi, dia kejut ummi jam 2 pagi pada hari Selasa (16 Oktober 2012).
Katanya 'ummi....kakak demam'.
Ummi letak tangan ke dahinya.
MasyaAllah, memang panas.
Ummi panik. Serius panik!

Ummi cakap padanya, "kakak...makan ubat ye.."
"tak nak........." perlahan dia jawab.
Demi nak kurangkan suhu dan risau kalau panas badannya makin naik, ummi bancuh susu.
Ummi letak sesudu kecil panadol syrup dalam susu tersebut.
Dan apabila dia minum...
"ummi...ubat..." hehe ternyata dia dapat mengesan kehadiran ubat dalam susu tersebut.

17 Oktober 2012 (Rabu) malam.
Ummi dan abah pujuk dia makan ubat.
Alhamdulillah, dia makan jua akhirnya.
Masa abah solat isyak di masjid,
salsabila muntah atas buai.
Habis meleleh ke karpet bulu2.
Ummi kagum sungguh dengan sikap anak ummi.
Langsung tak menangis.
Dia cakap, "ummi... eee muntah".
Dan tengah malam masa tido pun, sekali lagi dia muntah.

Maka awal pagi itu, 18 Oktober 2012 (Khamis),
jam 4 pagi kami dah bangun.
Segar bugar mata masing-masing.
Salsabila siap tolong ummi kemas2 rumah taw.
Dia nampak bertambah ok..

Waktu ummi mandi, dia pun nak mandi sama.
Bila ummi nak solat, dia pun lari2 ambil telekung dia dan solat sama2 ummi.
Ummi sayu bila ummi tadah tangan mohon doa pada Allah,
dia pun tadah tangan juga.
Ummi doakan bagi pihak dia...
"sembuhkanlah demam kakak Ya Allah...
berilah kesihatan yang baik buat kakak, ummi, abah dan semua keluarga kami"
Tak lupa juga dia buat Kak Lah yang baru lepas jalani pembedahan di Kuantan.

Ummi sayu masa doa pagi tadi..
Bercucuran air mata ummi..
Ummi juga ada doa,
"Ya Allah, sesungguhnya engkaulah Tuhan
yang Maha Mengerti, yang Maha Penyayang,
yang Maha Besar. Lembutkanlah Ya Allah hati
majikanku agar dia faham akan kesulitanku.."
(Ummi doa sesungguh hati..! Seperti kata seorang
bekas pensyarah kpd ummi.
Doa dengan yakin bahawa Allah sedang mendengar)

Ummi cium dahinya, cium ubun2 nya.
Ummi bisik "jadi anak solehah ye sayang"
Dia senyum....sipu2 malu...

Terima kasih Ya Allah,
kurniaanMu ini akan daku jaga sebaik mungkin.
Hambamu ini akan berusaha mendidik dia menjadi muslimah yang berjaya.
PadaMu Ya Allah hamba mohon dipermudahkan segala urusan.
Diluruskan jalan.
Demi mencari redhaMu Ya Allah..
Ameen..










Tuesday, October 16, 2012

Konvokesyen Pak Su

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 Baru2 ini Salsabila menjejakkan kaki ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM) bagi meraikan pak su di konvokesyen ke-3 universiti berkenaan.

 Seronok sangat.. maklumlaa dpt jumpa pak su kan. Nampak sangat dia rindu pak su bila asyik snap je gambar pak su.

 Dari pengalaman ummi ke sini, ummi dapat memberi pujian dalam beberapa perkara yang dipraktikkan oleh pihak pengurusan/ajk konvokesyen UPNM.

 Antaranya, parking khas untuk media. mmm tak de la nanti media tercari2 parking dan berebut dgn parking ibu bapa kan.

 Selain itu, ummi kagum dengan cara pihak pengurusan mengelak kesesakan. Semasa kami tiba, kami dikehendaki parking di satu tempat di mana semua kenderaan ibu bapa parking di check point ini.

 Seterusnya tiba beberapa buah bas membawa kami ke dewan konvo. Menariknya, kami dilayan bagaikan penumpang kapal terbang. Kami dibekalkan minuman dan sandwic untuk sarapan di dalam bas. Jarak perjalanan cuma 15 minit.

 Selesai istiadat konvokesyen, keluarga graduan sekali lagi diraikan dengan makan tengah hari yang sangat enak. ;-) Nak kata tak cukup... rasanya sampai lebih2 je lauk pauk. (ummi nampak ade juga parents yang siap tapaw..hihi).

 Ok..selesai makan, bas UPNM sekali lagi setia mengambil kami ke tapak expo atau convo fest! Nak beli ape sahaja untuk buat kenangan, semuanya ada..

;-) Ok... jom lihat gambar kenangan di Majlis Konvokesyen ke-3, UPNM (^-^)




Monday, September 24, 2012

Monday, September 10, 2012

Aaron Aziz dan Kelab Belia Riben Merah

hye semua.... assalamualaikum. ummi nk update entry ummi buat sidang media bersama aaron aziz. tapi............ ummi malas la pulak nak taip... kira aci lah ummi paste kan aje berita yang ummi buat ye... hihi.

KELAB BELIA RIBEN MERAH WADAH REMAJA BANTERAS HIV

Majlis AIDS Malaysia (MAM) dengan kerjasama Persatuan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini melancarkan Kelab Belia Riben Merah di kampus UUM Sintok dalam usaha mempromosikan gaya hidup sihat dan menyebarkan maklumat yang tepat tentang HIV dan AIDS di kalangan belia.

Kelab ini akan diterajui oleh 100 mahasiswa UUM daripada pelbagai bidang pengajian yang akan bergerak secara aktif melalui platform rangkaian sosial yang turut dilancarkan hari ini.

Naib Presiden MAM, Prof Dr Ismail Baba menegaskan penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kesukarelawanan dan kemasyarakatan amatlah penting.

Katanya, tahap kecemerlangan akademik di universiti haruslah seiring dengan kecemerlangan sahsiah dan peribadi mahasiswa.

“Penglibatan golongan belia dalam kerja-kerja kesukarelawanan HIV adalah satu usaha murni yang dapat membantu membentuk peribadi yang positif, selain membantu negara mencapai sasaran sifar jangkitan HIV baru,” jelas Dr Ismail.

Manakala Aaron Aziz, Selebriti Sokongan Riben Merah MAM yang juga merupakan jurucakap rasmi Kelab Belia Riben Merah berpendapat bahawa penglibatan secara aktif golongan belia dalam respon HIV dapat membuka ruang penyelesaian kepada isu yang berkaitan dengan wabak tersebut.

“Sebagai golongan yang terdidik, golongan mahasiswa mempunyai tanggungjawab untuk mengubah persepsi negatif masyarakat serta membanteras stigma HIV yang berleluasa.

“Saya dilamar MAM untuk menjadi jurucakap dan Selebriti Sokongan Riben Merah MAM ketika penggambaran drama bersiri Adam dan Hawa. Saya senang mendampingi golongan remaja kerana bagi saya mereka adalah pewaris bangsa,” katanya.

Beliau turut menasihatkan mahasiswa untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan menjauhi tingkah laku berisiko yang boleh mendedahkan mereka kepada jangkitan HIV.


::sidang media::

::bergambar kenangan::

end




Monday, August 27, 2012

salam aidilfitri : syawal 1433H



1 SYAWAL 1433H
RUMAH ABANG SULUNG, SUNGAI PETANI, KEDAH


suami + isteri (7 beradik)
abg yie n kak mah tak dapat ikut serta atas faktor kesihatan yg tidak mengizinkan ;-(


we are cousins

selamat hari raya maa, maaf zahir batin

bersama ibu tercinta

hari raya ketiga bersama suami dan sayangku salsabila soleha

anak manis ;-)


2 SYAWAL 1433H
RUMAH MERTUA, PENGKALAN HULU, PERAK


we are ~ f . a . m . i . l . y ~


bersama abah & umie, sedondon berbaju creame

kesayangan sabila di belakang : pak su sabila, achik sabila, pak teh sabila, uncle remy sabila

candid ;-)

buat semua umat Islam,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
DARI KAMI SEKELUARGA

Sunday, August 12, 2012

shaun the sheep

pernah tak korang dengar or tengok cite kartun "shaun the sheep"?

bukan ape, anak ummi ni kena penangan cite kartun tu..
tiap2 hari, tiap2 malam..
"ummi....the sheep.."
(nak tengok shaun the ship sambil tuding jari ke laptop)

maka... bila setiap hari dia menonton kartun shaun ni,
dia dah boleh menghafal setiap watak dan perwatakan dalam cerita tersebut.
pastu kan, kalau tengok time malam, sampai tertido la jawabnye..
buktinya, hah tgk nie...

:: tertidor ::

iftar - holiday villa; ramadhan 1433h



Program : Majlis iftar ITU-UUM di Holiday Villa, Alor Setar.
Tarikh : 8 Ogos 2012



puteri kecil je posing..
gambar kami bertiga terlupa pulak nak snap yer..
apepun, inilaaa wajah kesayangan ummi pada umurnya 2 tahun 5 bulan.
macam 3 tahun pun ade kan kan kan


:: end ::

main masak2


Sejak dua menjak nie, anak ummi selalu buat 'kecah' di dapur.
Suka benar dia main alat2 dapur ummi.
Sudu, garpu, sudip, cawan, semua dia angkut.

Aleh2 ummi teringat mainan dia, yg dihadiahkan aunty ain.
Ummi bawak keluar setelah lama disimpan.
Bukan ape, dulu dia tak reti main..
haa sekarang nampaknye dan reti dah..
siap panaskan susu lagi kat mainan dia tue..
hihihihi

selamat la alat dapur ummi... (^.^)
p/s: cian sabila xde kawan erk.. mmm
nak kawan ke syg? hihi (nakal)


saloon

hAi semua dan Assalamualaikum w.b.t
Semangat nak raya tak?
Anak dara ummi, salsabila soleha bukan main lagi semangat beraya dia..
Siap ke saloon lagi (bukan dia pegi sendiri.. ummi & abah juga yg bawak).
Mane taknye.. rambut dah nak tutup mata.. cian anak ummi kan.

Apepun, paling ummi suka, anak ummi ni jenis tak takut gunting.. tak takut barber..
Pastu kan, ikuttttt aje ape yang barber tu suruh, suruh tunduk, dia tunduk, suruh dongak, dia dongak, hihi.. bagus betul..

Mahal ke? Tak adelah.. ummi suka potong rambut si comel kat barber ni sbb tak mahal pun..
Pernah sekali tu kena bayar RM3 je.. murah tak? Berbaloi-baloi...

Ok lah, jom tgk yg ummi snap :-)



posing manje gitu...


posing senyum pun ade.. (^.^)

Gambar selepas ummi tak snap.. tunggulah nanti raya ummi update lagi yer..
insyaAllah.

:: end ::


Tuesday, August 7, 2012

Duhai Lelaki dan Wanita2ku Sayang

4 GOLONGAN LELAKI YANG DIHERET OLEH WANITA KE NERAKA


1. AYAHNYA....

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuan di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuan tidak menutup Aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberikan kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke Neraka Oleh anaknya.


2. SUAMINYA....

Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan Mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim, solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut diheret oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.


3. ABANG-ABANGNYA....

Apabila ayahnya sudah tiada, bertanggungjawap menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya.Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah heretan adiknya di akhirat kelak.


4. ANAK-ANAK LELAKINYA....

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah,mengata dan sebagainya maka anak itu akan sisoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Maka nantikan heretan ibunya ke Neraka.


KEPADA SEMUA KAUM ADAM

(smga mnjadi pemimpin yg baik)


KEPADA SEMUA KAUM HAWA

(sayangi kaum adam kita.. sanggupkah kita mengheret mereka turut sama disiksa di neraka jahanam hanya kerana dosa2 yang kita lakukan)



Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!


Mari Kita Cuba....!

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

http://2.bp.blogspot.com/_fnEVZDW63m4/TSLZEmY8ftI/AAAAAAAAGsU/JkuvOQKAcLY/s320/al-quran-al-kahfi.jpg


Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.


Thursday, August 2, 2012

CATATAN RAMADHAN 1433H – PART 1


Assalamualaikum dan salam lebaran buat semua,

Ramadan bagai kereta Ferrari?

Cepat benar ramadhan bertandang. Pejam celik, hari ini dah pun 13 hari umat Islam berpuasa. Ada pensyarah UUM cakap, ramadhan bagai kereta Ferrari… vrooomm laju je datang dan perginya. Macam mana ramadhan kalian tahun ini? Pastinya lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya kan?

Bazar Ramadhan

Bagi ummi, ramadhan kali ini lebih mematangkan diri dalam memujuk nafsu. Selama 13 hari berpuasa, baru dua kali ummi ke bazar ramadhan. Itupun sebab termakan pujukan kawan..(hubby pula outstation ke KL). Ummi beli murtabak dan yong tau foo. Kali keduanya kami singgah bazar ramadhan Baling.

Makan di luar?

Dua kali… kali pertama masa berbuka bersama family Kak Amy dan adik-adik praktikal di Pekan Rabu. Kali keduanya bersama hubby di Tesco Mergong (gara-gara nak beli lauk). Tapi kata hubby, lepas ni tak mau dah ke Alor Setar lepas waktu pejabat. Mengantukkk! Hihi. Ummi pun tersengguk-sengguk dalam kereta.

Berpuasa bersama keluarga

Seronok kan dapat berbuka bersama insan tersayang. Beruntunglah sesiapa yang setiap hari dapat merasa air tangan ibu. Mmm rindunya pada ma di Kelantan. Setiap kali nak pulang ke sana, asyik tak jadi aje.. ;-( Dengan family hubby, kami tak sempat berbuka masa 1st ramadhan. Time tu semua adik –adik berkumpul berbuka bersama ummi dan abah.. kitorang aje tak dapat ikut serta. ;-( Tapi akhirnya kami berkesempatan balik juga hujung minggu baru-baru ni. Best sangat. Dapat berterawih di masjid dengan mertua. Sangat best..!

Fidyah

Haaa jgn lupa bayar fidyah ye bagi sesiapa yang belum habis ganti puasa tu..