Wednesday, March 30, 2011

From Damai Laut With Love



17-20 Mac 2011


Sesekali bercuti dan lari dari kesibukan kerja memang menyeronokkan.

Apatah lagi bercuti ke tempat yang jauh dari bingit kenderaan. (mcm la sintok tu sibuk sgt hihi)

Tapi percutian kali ni lain sikit. Ummi dan Salsabila join abah.

Join trip pejabat abah. Ke mane?

Swiss-Garden Golf Resort & Spa Damai Laut.

klik sini kalau teringin nk pergi erk..


ok, actually ini kali kedua ummi sampai ke Damai Laut.

Masa bujang dulu, team canselori UUM buat team building di sini.

Memang best.

Teringat pula kumpulan kami..kak yat, abg sham, suhail,dan xingat la.. hihi nama kumpulan "banzaiii" haa nama spesel.

idea abg sham. dan untuk kali ini.. ummi datang bersama hubby dan chubby. sape chubby? my baby laa.. bukan main lagi si kecik tue bila masuk bilik.

pusing sane, lari sini, tgk cermin, pegang selipar, dan mcm2 la gaya dia yang menunjukkan dia tu seronok.

yg paling ummi xtahan nk gelak.. bab tgk cermin. amboiiii mcm ala-ala model gitu..! haha maklumla.. seronok tgk bilik ada byk cermin kn.

bila abah join team diorang untuk xtvt, ummi dan salsabila pula buat agenda sendiri main air lam kolam..

si kecik tu?

huh.. mcm itik jumpa air laa..

terkodek2 kaki naik pelampung.. (^.^)


special untuk pak sue..

gambar baru salsabila.. ;-)



:: end ::

Friday, March 18, 2011

LoI With AirAsia Sdn Bhd


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua pembaca setia blog Qurratu'yun.

Pada 14 Mac baru-baru ini, telah berlangsungnya Majlis Menandatangani Letter of Intent (LoI) antara UUM dan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Air Asia Sdn. Bhd di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.

Sekali lagi ummi terpaksa tinggalkan si comel.. Tapi syukur alhamdulillah, opah dan wan sudi meluangkan masa ke Sintok untuk menjemput Salsabila..

Berbalik kepada story asal, LoI UUM-AIRASIA, segalanya berjalan lancar.
Syukur alhamdulillah..
Malah, paling buat krew kami happy adalah kata-kata pujian dari krew AirAsia sendiri yang mengagumi cara kami bekerja. "Profesional and smart," kata mereka.

Ummi tak dapat story pengisian LoI berkenaan dgn lebih lanjut sebab segalanya masih dalam perbincangan.. shhhh! secret!! hihi

OK, buat semua.. layan je gambar-gambar yang ummi snap nie.. :-)

::With Kak Liza, Pjbt TNC HEP::

::En. Azahar Kassim, Puan Azlina Yahaman (both of them are my bosses), Kak Liza and me::

::yeahhh!! we do our best..!::

::TNC HEPA, NC UUM, Ketua Serantau Air Asia::

ok all.. itu saje untuk entry kali ini.. ummi actually sedang update blog di bilik, Swiss-Garden Resort & Spa Damai Laut, Perak.. :-)

Si Comel? Tengah tido...
Abah? Tengah berkursus..

ok.. bye2 all.

::end::

Saturday, March 12, 2011

Sidang Media FFVPM-8



Assalamualaikum wbt,

Entry kali ni ummi nak story tentang press conference (pc) yang diuruskan oleh ummi dan
kak niza, kawan baru yg masuk kerja sehari.. terus kena buat mcm2.. termasuk handle PC FFVPM-8.

Al-kisah, PC nie agak last minute.. tp, berkesan jgk la.. hihi. tgk la sape yg handle kn kn kn.

Sebenarnya inilah PC pertama yg ummi urus sendirian di KL, manakala kak niza pula sibuk contact media KL di UUM untuk pastikan press ramai yg hadir. yelah, kalau dah nama PC, malulah kalau xde press yg datang.

Sementara bos ummi, en Azhar dan yang lain2 awal-awal lagi dah gerak ke TV3, slot MHI jam 8 pagi. Ummi sempat menontonnya secara life waktu tgh gosok gigi :-) di hotel.

Jam 9, selepas breakfast, ummi jalan kaki dari wira hotel ke Seri Pacific. Ummi cuma perlu pastikan segala persediaan dibuat serapi mungkin, agar majlis tiada cacat cela.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.. cuma 1 sahaja yg ummi nk share.. makan punyela banyak..! terlebih-lebih. satu kepala sampai RM85..! Silap budget? mm entahlah. tapi ummi ikut kata bos saje. bos cakap lunch for 45 person, so ummi ikutlaa.. :-P tapi len kali xleh dah ikut seratus peratus.. nk kena budget betol2..

apepun, syukur segalanya berjalan dgn lancar.. dan ummi nk share some picture yg sempat ummi snap.


background asal disediakan pihak seri pacific hotel


UUM VC.. bersama barisan artis jemputan

ok..buat aksi candid yer..

bergaya dgn trofi..rasmi dl sebelum bg pd pemenang :-P

-------------------------------

ummi tinggalkan si manje dua hari saje.. bila ummi sampai rumah jam 3 pagi, si manje ummi tgh tido. ummi saje kiss dia sampai dia bukak mata, kemudian dalam keadaan mamai-mamai tu, dia senyummm kat ummi, lepas tu dia tepuk tangan.. sbb ummi dah balik.. hihi. so sweet!!

----------------------------------

.end.

Salsabila Bergaya di FFVPM 8, UUM








Tuesday, March 8, 2011

1st Birthday Part One



waktu nie.. abah hantar ummi balik kg untuk bersalin di sana. yg bestnye che dan tok ikut sama.. :-)

mlm tu kami makan di pantai sri 7. che kata pernah dtg sini masa muda2.. hihi

......................
beberapa hari abah di kg teman ummi.
tp abah xleh lama2.
abah kerja.
so abah balik semula ke kedah.
sementara ummi menunggu kelahiran baby.
........................
due doctor 7 mac.
baby kuar 9 mac.
abah balik pada 9 mac bersama opah, tok, pak teh.
........................
seminggu abah temankan ummi.
mmm terlalu indah dapat 1st baby nie.
teruja kata org..
.......................

ini hari kedua.
abah demam.
sebab tak cukup tido.
abah jaga baby sama dgn ummi.
abah asyik berkepit je.. x berenggang dgn baby.


tgk tu..
comel kn?

tp bukan abah je yg suke jaga baby
bebudak ni pun same.. hihi
tunggu je sebelah baby
walaupun baby tido


haaa.. ini pula sebahagian buah tgh untuk 'orang baru'
awal-awal tu ummi snap la jgk
bila dah terlalu byk, x ter'snap' pulak
apepun.. kata tok ma, baby murah rezeki
xputus2 kawan2, jiran2, sedara mara yg dtg jenguk dia


masa ni majlis cukur jambul
sedara mara dan ahli jemaah surau :-)
nampak x baby didukung tok sedaranya
yg paling kecil tu adam
dgn xmandi join org selawat


haaa
inilah dia rupa anak ummi setelah dicukur rambutnya
hari ke-7
waktu nie baru kasi nama
"salsabila soleha"

ini pula rombongan dari pengkalan hulu
ada tok..mak lang..isteri pok di..mak we dan ramai lg.
jgn hairan knp ummi dihilangkan yer..

mcm nie la gaya tido salsabila


bila dah kembali ke sintok
salsabila menjalani rutin baru
bekerja dan tido di pejabat ummi
unifilm

masa ni salsabila, abah dan ummi bercuti di cameron highland
arissa, uncle umie dan saiful pun ikut sama

balik dari cameron,
anak ummi mula xsihat
hampir berbulan-bulan
membuatkan abah, ummi, opah, wan, tok ma, dan lain-lain cemas
rupanya anak ummi kena scabies
doctor lambat dapat kesan
xdapat ummi ceritakan balik perasaan dan keadaan ummi waktu itu
ummi sampai kurus fikirkan salsabila
berat mata memandang
berat lagi salsabila mengalaminya
tidur tak lena
serba tak kena
dugaan Allah buat kami sekeluarga
ini pulak, 1st time salsabila bertudung
(^.^)


bergaya dgn baju raya pertama
meraikan hari raya pertama bagi si manja
juga hari raya pertama bagi ummi dan abah bersama kamu nak.


.......end of part one......