Sunday, April 9, 2017

rindu milik siapa



Seperti biasa ummi datang ke pejabat. terus ke bilik kerja.. on pc dan menyambung kerja yg tertangguh pada minggu sudah.. saat menunggu transfer kad ke pc, ummi membelek folder gambar peribadi dan saat itu... muncul satu gambar yang sgt bermakna.. gambar arwah baby sufi sofea. pilu.... al fatihah.. ayat demi ayat kalam Allah dilafazkan dengan bercucuran air mata kerinduan pada sekujur tubuh yg telah tiada.. tak tertahan kerinduan di hati... ya rabbi...


Tuesday, August 11, 2015

Sarah Syuhada Merangkak Kali Pertama


Subhanallah
Alhamdulillah
Laa ilahaillallah
AllahuAkbar

Semalam adik Saara dah merangkak!
Gaya ketam sebab asyik berat ke kanan aje.. hihi so cute!
Syukur.. mmg agak lambat. Tp biasala.. lain ank, lain perkembangannya.
 
Bulan depan genaplah setahun usia adik.
Buat masa sekarang, adik dijaga tok maa (nenek). Mmm selepas adik warded 9 hari (3 hari di Hosp Jitra dan 6 hari di PMC), kesihatan adik kini bertambah baik. Cuma kami belum bersedia untuk hantar adik ke mana2 nursery atau pengasuh. Biarlah adik sekurang2 nya pandai berjalan dahulu.
Kenapa adik warded? Nantilah ummi ceritakan dlm entry lain yer.. sekarang nie ummi nk memikirkan persiapan 1st birthday party my little princess ;-) oK all.. layan dulu video adik kali pertama belajar merangkak. Alhamdulillah..
 
 
 
 
*minat sungguh dia berjoget2 mcm tu.. ishh2 hihi
 

Sunday, June 14, 2015

Salsabila Soleha & Sarah Syuhada.. dikau penawar duka

Sarah Syuhada namanya, anak ketiga anugerah drp Allah. Tak lama menunggu kehadirannya setelah pemergian Sufi Sofea, anak kedua yang dijemput Ilahi ketika berumur 37 minggu di dalam kandunganku. Allah...Allah Maha Besar, Allah Maha Penyayang...

“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali).” Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Baqarah: 155-157)

Benar, ujian kehilangan ini mendidik aku erti sabar, ikhlas dan redha.. dengan hanya mengalaminya sendiri. 
Setiap masa akan aku ingatkan diri ini untuk bersabar, untuk ikhlas menerima ujian ini dan untuk redha dgn pemergiannya duduk bersama rakan yang lain, diasuh dan dididik di sisi Nabi Ibrahim a.s.  

Sokongan suami, ibu, mertua, keluarga, sahabat, rakan2 serta semua insan yg ikhlas ingin melihat aku terus bertabah amat aku hargai. Tak terbalas bagiku! Terutama suamiku, dia benar2 kuat! benar2 kuat! Akan aku simpan kenangan kisah kita ini, dan tak mungkin kan terpadam buat selamanya..

Begitu jua kakak Salsabila Soleha, yang masih kurang mengerti dan selalu bertanya kenapa kita letak adik dalam longkang (kubur). Sayangku, sukar ummi jelaskan padamu nak.. Kakak menyapu air mata di pipi ummi, katamu.."ummi jangan sedih...kakak kan ada...".  sedangkan pada malam2 mu nak, kamu bermimpi dan teresak2 nak... benar kamu anak yang hebat..! kau sembunyikan kedukaanmu di depanku.. padahal dikau hanya kanak2 yang baru berusia 4 tahun. syukur Allah menganugerahkan dikau buatku.. 

Buatmu Salsabila Soleha dan Sarah Syuhada, berbagialah.. kerana kalian punyai adik, punyai kakak yang menantimu di singgah sana. Allahu akbar..




::end::




Monday, September 15, 2014

Kembali Setelah Hampir Setahun


Assalamualaikum, semoga semua yg membaca entry ini berada dalam rahmat Allah, perlindungan Allah, kasih dan sayang Allah.. amin.

Terdetik untuk log in blog pada hari ini.
Mata terpaku pada tulisan  - last published on Sep 22, 2013

...diam...

ternyata hampir setahun.. dan terbayang tarikh 22 Sep 2014 adalah tarikh bersalin yang diberi oleh doktor. 7 hari akan datang..

Kenapa hari ini aku kembali gagah menekan-nekan papan kekunci satu demi satu. Otak ligat berfikir apa sebenarnya yg aku ingin lakarkan dan coretkan pada entry ini.. tiada jawapan! Hampir setahun aku tak berdaya. Bukan terlalu mengikut perasaan, tapi setiap kali cuba meluahkan.. air mata setia jd peneman..

Doakan aku... doakan aku selamat bersalin anak ketiga..

...diam...

...air mata gugur lagi..

Allah..





Sunday, September 22, 2013

Petua Imam Syafie


Sumber dari Facebook... tulisan dari penulis yang menggunakan
 profil Islam Itu Agamaku...

  • Empat perkara menguatkan badan
 1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas



  • Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam



  • Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih



  • Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat



  • Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama



  • 4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI - 
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH - 

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - 

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN - 

Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Semoga termotivasi ;-)