Monday, September 15, 2014

Kembali Setelah Hampir Setahun


Assalamualaikum, semoga semua yg membaca entry ini berada dalam rahmat Allah, perlindungan Allah, kasih dan sayang Allah.. amin.

Terdetik untuk log in blog pada hari ini.
Mata terpaku pada tulisan  - last published on Sep 22, 2013

...diam...

ternyata hampir setahun.. dan terbayang tarikh 22 Sep 2014 adalah tarikh bersalin yang diberi oleh doktor. 7 hari akan datang..

Kenapa hari ini aku kembali gagah menekan-nekan papan kekunci satu demi satu. Otak ligat berfikir apa sebenarnya yg aku ingin lakarkan dan coretkan pada entry ini.. tiada jawapan! Hampir setahun aku tak berdaya. Bukan terlalu mengikut perasaan, tapi setiap kali cuba meluahkan.. air mata setia jd peneman..

Doakan aku... doakan aku selamat bersalin anak ketiga..

...diam...

...air mata gugur lagi..

Allah..





2 comments:

  1. be strong my dear...Redhakan hati..hmm, ujian kita berbeza, namun matlamatnya tetap sama, menuju redha Ilahi.. bertabahlah.. Allah lebih tahu yang tersurat dan tersirat. Kita hanya hamba yang lemah. Kuatkan hati, cekalkan diri, demi anak dan suami yang masih setia disisi. Semoga dipermudahkan bersalin nanti. keep on positive thinking k.. :

    ReplyDelete
  2. Tq yunk... Hanya Dia yg tahu gelora hati ini. Saat hampir dgn tarikh bersalin.. Sentiasa terbayang kenangan lalu. Semoga sufi bahagia di sana.. Di samping bidadari2 dan kawan2 yg ramai...

    ReplyDelete

opss!! jgn mengutuk k.. xbaik taw..