Thursday, September 29, 2011

..Terima Kasih Allah..





Syukur pada Ilahi.. hidayahnya sentiasa tidak bertepi, kepada umatnya yg dikasihi.

Terharu benar membaca pengakuan ikhlas insan yang bergelar artis ini.. Semoga lebih ramai lagi mengikuti jejak dan penghijrahan seperti beliau ;-)




..end..



Thursday, September 8, 2011

Dia Demam Selsema

Saat ini, Salsabila tgh pegang botol susu.. susu suam yg ummi bancuh + ubat selsema cuma diminum separuh. Separuh lagi dia simpan..mungkin nk minum bila dahaga lagi..atau memang dah tak larat nak habiskan, mata dah terlalu mengantuk.

Mana tidaknya, skrg pun dah jam 12.53 tgh malam.. nk masuk pagi dah pun.. ummi sebenarnya baru bangun jam 11.45 tadi. Lepas makan pengat pisang jam 9 tadi, terus ummi tido.. Sakit kepala yang amat dari siang. Memang niat nak bangun balik.. bangun masak sup ayam dan bubur nasi, untuk bekal si comel ke sekolah.. mmm rumah pengasuh..!

Kesian salsabila.......
Dah dua hari demam + selsema.
Nampak sgt dia tak semangat nak main mcm selalu.. tak semangat nak sembang2 mcm selalu..
Ada ketika bila dah kebah tu, laju la dia tolak basikalnya.. berlari-lari lagi..!
Sampai sekarang basikal yang ummi beli tu dia tak reti nak kayuh. kalau naik pun, kayuh di lantai je.. bukan kat pedal basikal tu.

Semoga salsabila cepat sembuh... kembali ceria seperti selalu ye sayang.. Mohon jua doa dari pembaca entry ini untuk salsabila.. semoga bertambah2 sihat dan ceria anak ummi nanti.. Ameen.

Monday, September 5, 2011

Pengasuh ketiga Salsabila

Hari ni xda mood nak kerja.. Maklum la 1st day masuk pejabat setelah cuti berhari raya. Tapi itu bukanlah sebab utama kenapa moody hari nie, kerana penyebab utama keadaan ini ialah kerana memikirkan keadaan puteri kecil di rumah pengasuh baru.

Mama Sha akan masuk rumah baru di Bukit Kayu Hitam, so time ni mama Sha pasti tengah sibuk mengemas barang2 rumah untuk pindah masuk ke rumah baru kn.. mmm rindu pulak kat mama Sha, Aisyah dan Myra , si comel yg baru pandai bercakap..."chik sehaaa" hihi. so sweet bila 1st time nama kita dipanggilnya..

Apepun, thanks so much to mama Sha yang sudi menjaga Salsabila Soleha selama hampir setahun..
Segala salah silap, terlebih dan terkurang harap dimaafkan yer.. Terima kasih banyak2 sebab sabar melayan si kecil salsabila yg cukup banyak keletahnya tu..

Dan buat mama baru salsabila.. ummi sentiasa ingat pesan Kak Ti atau Ibu, pengasuh pertama Salsabila dahulu.. "yakin dan tawakal".

Yer.. dengan pesanan itu, ummi rasa lebih kuat.. maklumlah, anak ummi ni bukan mahu dengan orang.. kalau orang yang tak dikenali, nangis aje dia.. :-(

Apepun, ummi tak sabar tunggu jarum jam pendek berputar ke angka 5. mmm


::end::