Sunday, October 23, 2011

Solat Sunat Duha



"Demi waktu duha.
Dan malam apabila ia sunyi sepi.
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan ia tidak benci (kepadamu) sebagaimana yang dituduh oleh kaum Musyrik.
Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik daripada permulaanya.
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau redha".



Bila Waktu Duha?
~ bermula setelah matahari tinggi sejengkal (lebih kurang jam 8.00 pagi) hingga sebelum matahari menegak (tengah hari). Tidak boleh sebelum, tidak boleh selepas.

Sabda Rasulullah,
"Allah swt berfirman yang bermaksud:
'Hai anak Adam,solatlah kepadaKu empat rakaat pada permulaan siang, nescaya akan Aku cukupkan keperluanmu pada akhir siang' ".


Thursday, October 20, 2011

::aaduhhh::

Assalamualaikum semua...


Pagi nie ummi curi2 masa nk story satu kisah si cilik Salsabila nie.

Abahnya dah dua hari outstation ke Penang, so tinggallah ummi dan salsabila berdua dah dua malam..

Malam pertama, dia terus demam.. Baru je sehari tak jumpa abah, dah demam dah.. hihi. Bab mkn ubat, cukup susah.. melainkan kalau ubat tu manis.. haaa senang je dia boleh buka mulut, hirup dan telan dgn tersenyum..!

.......................

Esok harinye, ummi decide tak ke pejabat, amik cuti untuk jaga dia..
Seharian di rumah, kesian pula ummi tgk Salsabila.
Lepas main, baring2.. pastu tertido.. bangun tido, sambung main lagi..

Petangnya, ummi bawa dia naik kereta ronda2 kampus..
Wahh.. bukan main lagi seronok..!
Ummi singgah pejabat aunty umie arissa.

Bila balik rumah, salsabila dah tertido dalam kereta, agaknye penat di bawa ronda sane sini..

.......................

Malamnye pulak, ummi angkut kain untuk dilipat ke depan tv..
Sambil ummi nak duduk, ummi ckp.. "aduhhh" mmm bukan mengeluh..
tapi rimas bila tgk baju2 berlambak nak kena lipat..
Bila ummi sebut "aduhh" tue, tak semena2 salsabila tiru sama.. ajuk cakap ummi..
""aaaduhh" sambil duduk sebelah ummi.

ummi terkejut, toleh ke arahnya dengan muka tersenyum..
mak oi... dah la tiru ckp ummi, siap tiru ummi duduk lagi.. sambil pilih2 baju dia.. konon nak tolong ummi lipat kain la tue..

haiii demam2 pun masih nak tolong ummi kan.. hihi

yang paling terngiang2 di telinga ini.. perkataan "aaaduhhh" yg sangat comey... hihi

............................
::end::
............................





Wednesday, October 12, 2011

:: nak call opah ::

hihi.. teruja giler tgk reaksi ank ummi ngan abah nie..

semakin hari, semakin mengujakan.

si dia membesar dengan cepatnya, seiring waktu yang berputar tanpa henti, dengan kesibukan ummi yang sukar untuk dijelaskan.

panjat kerusi, capai telefon dan buat2 call seseorang.. dari gaya bersembang, dah tahu dah ckp dgn siapa.. dia buat2 cakap dgn opah rupanyer..

bersembang mcm org besar.. siap ade adegan gelak2 lagi sambil tgn menutup mulut.. hihi. so sweet!!

mmm umur baru setahun setengah, dah pandai buat gelagat sebegitu.. Subhanallah..!

(^.^)