Monday, September 24, 2012

Monday, September 10, 2012

Aaron Aziz dan Kelab Belia Riben Merah

hye semua.... assalamualaikum. ummi nk update entry ummi buat sidang media bersama aaron aziz. tapi............ ummi malas la pulak nak taip... kira aci lah ummi paste kan aje berita yang ummi buat ye... hihi.

KELAB BELIA RIBEN MERAH WADAH REMAJA BANTERAS HIV

Majlis AIDS Malaysia (MAM) dengan kerjasama Persatuan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini melancarkan Kelab Belia Riben Merah di kampus UUM Sintok dalam usaha mempromosikan gaya hidup sihat dan menyebarkan maklumat yang tepat tentang HIV dan AIDS di kalangan belia.

Kelab ini akan diterajui oleh 100 mahasiswa UUM daripada pelbagai bidang pengajian yang akan bergerak secara aktif melalui platform rangkaian sosial yang turut dilancarkan hari ini.

Naib Presiden MAM, Prof Dr Ismail Baba menegaskan penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kesukarelawanan dan kemasyarakatan amatlah penting.

Katanya, tahap kecemerlangan akademik di universiti haruslah seiring dengan kecemerlangan sahsiah dan peribadi mahasiswa.

“Penglibatan golongan belia dalam kerja-kerja kesukarelawanan HIV adalah satu usaha murni yang dapat membantu membentuk peribadi yang positif, selain membantu negara mencapai sasaran sifar jangkitan HIV baru,” jelas Dr Ismail.

Manakala Aaron Aziz, Selebriti Sokongan Riben Merah MAM yang juga merupakan jurucakap rasmi Kelab Belia Riben Merah berpendapat bahawa penglibatan secara aktif golongan belia dalam respon HIV dapat membuka ruang penyelesaian kepada isu yang berkaitan dengan wabak tersebut.

“Sebagai golongan yang terdidik, golongan mahasiswa mempunyai tanggungjawab untuk mengubah persepsi negatif masyarakat serta membanteras stigma HIV yang berleluasa.

“Saya dilamar MAM untuk menjadi jurucakap dan Selebriti Sokongan Riben Merah MAM ketika penggambaran drama bersiri Adam dan Hawa. Saya senang mendampingi golongan remaja kerana bagi saya mereka adalah pewaris bangsa,” katanya.

Beliau turut menasihatkan mahasiswa untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan menjauhi tingkah laku berisiko yang boleh mendedahkan mereka kepada jangkitan HIV.


::sidang media::

::bergambar kenangan::

end