Wednesday, February 20, 2013

naik pangkat di sisi Allah

Assalamualaikum
Saya tertarik dengan pesanan ibu mertua.
Kata-katanya sangat ringkas, namun amat berkesan dan terkesan di hati.
Ummi (nama panggilan utk ibu mertua saya) berkata (ketika dirinya diuji)
"Allah nak bagi kita naik pangkat disisiNya,
sedangkan di dunia nie pun macam-macam dugaan yang perlu kita tempuh untuk naik pangkat dalam kerjaya. Apatah lagi untuk naik pangkat disisi Allah".
Pembaca yang budiman, seberat mana dugaan yang kita terima, harus kita sabar dan redha.
Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
~~~~~~~~~~~~~~~

[Al Ahzab:54]
Jika kamu melahirkan sesuatu atau menyembunyikannya, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala sesuatu.
[At Taubah:115]
Dan Allah sekali-kali tidak akan menyesatkan suatu kaum, sesudah Allah memberi petunjuk kepada mereka sehingga dijelaskan-Nya kepada mereka apa yang harus mereka jauhi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
[Al 'Ankabuut:62]
Allah melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia (pula) yang menyempitkan baginya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
 






Wednesday, February 13, 2013

kakak suka dipuji


assalamualaikum

semua kanak2 sama aje kan.
seronok bila dipuji.
mm atau mungkin rasa diri mereka dah besar kot bila kita puji
"kakak pandai..."
"kakak bijak.."
"kakak rajin..."

ummi selalu puji sabila dengan ayat begini
"kakak pandai kan.. kakak kan nk sekolah dah.."
biasanya ummi akan cakap begitu apabila ummi suruh kakak a.k.a salsabila 
kemas barang permainannya 

dan, ternyata apabila dia sendiri menghulur tangan membantu ummi,
dia akan cakap "kakak pandai sekolah kan..."

hihihi digabungnya ayat ummi dari :
"kakak pandai kan.. kakak kan nk sekolah dah"
kepada :
"kakak pandai sekolah.."

ape ape ajelaa kakak
janji kakak selalu tolong ummi kan
dpt banyak pahala  ;-)

abah n kakak

ummi n kakak




Tuesday, February 12, 2013

visit LEGOLAND MALAYSIA


assalamualaikum

23 Januari 2013

Punyela lama, baru nak update entry jenjalan JB nih.
ok, akhirnya sampai juga lah kami sekeluarga ke bumi johor darul takzim.
itupun setelah kakak i merajuk laa. hihihi
sejak kahwin, sekali pun tak pernah kunjung tiba ke rumah dia.
kawin 4 Jun 2009, bersalin 9 Mac 2010. (murah rejeki bab anak hehe)  
haa jejak balik JB pada malam 22 Januari 2013. ;-p

Ok.. pada esoknya tu (rabu), 1st agenda konon nak pegi legoland.
ghupa2 nya, taman tema ni tutup hari rabu. (*o*)
aiii manala kami tahu dia off on wednesday kan.
so, amik gambar di luar taman tema  ajelah.. hihihi 

 yang melompat lebih2 tu abahnye salsabila ye..
salsabila mula2 tu tengok dulu camana nak buat aksi melompat nie.. (pic 1)
then dia start melompat pada pic 2. (erkk setelah rina ditukar dgn ummi)
memang mcm2 la aksi orang yg tak dapat masuk hahaha

ummi yang konon2 nak tunjuk tempat beli tiket kosong tanpa manusia :-)
abah pulak tunjuk singboard legoland hihihi

ok, itu saja kot cerita legoland yang sangat panas di siang hari.
sampai nak bergambar pun x sanggup nak mengadap perkataan LEGOLAND dari depan.
continue dgn next entry ok!
bye2.. assalamualaikum

:end:

Sunday, February 10, 2013

burung minum di mana?


assalamualaikum 
kalau balik umah opah, salsabila suka sgt tengok burung.
burung2 merpati ni pulak mcm berparti laa bila sabila ada.
diberinya mkn mcm2..
kali ni dia bg maruku 1 balang.
maruku hari raya hihihi
dalam asyik dia bg burung2 tu mkn, 

ummi : kakak..burung tu minum kt mana? tak bg air ke..
sabila : burung minum kat kedai kot..

mak aiii... adeke burung dikatanya minum kat kedai...
malas nak bancuh air lettew...  ;)