Monday, March 25, 2013

TQ mama dayat

Assalamualaikum..
Pagi ini ummi terasa moody sgt. Ummi tahu kenapa tapi maaflah, ummi tak dapat nak story kat semua..

Cumanya hari ini ummi nak kongsi kisah kunjungan rakan karib ummi ke rumah pada hujung minggu lepas. Ummi EXCITED sangat apabila menerima sms dari member rapat ummi (dr sekolah rendah sampai SPM), Norhidayat Kamarudin yang menyatakan hasrat untuk berkunjung ke rumah kami. Kebetulan mereka diundang menghadiri kenduri kahwin di Alor Setar.

Terasa banyak benda yang ingin ummi ceritakan pada rakan karib ini.. Namun, masa itu bagai bergerak terlalu pantas. SERONOK apabila dua puteri kami saling berpegangan tangan. Bagaikan mengulangi kisah waktu kecil kami berdua.


Terlalu banyak kisah suka duka kami.. bila ummi imbas kembali, ummi RINDU suasana rumahnya yg berhadapan dengan Masjid Tumpat. Kebetulan juga rumah nenek area situ, maka lebih keraplah ummi buang masa berchatting2 pot pet pot pet di rumah Dayat. Adakala turn Dayat pula tido di rumah ummi  ;-)  Memori yang tak mungkin ummi lupakan sampai bila2.

Ini blog dayat, mama cute kepada dua orang puteri comel..
http://norhidayat.blogspot.com/

Saat moody begini, saat hati terasa sebak bagai... ummi terasa ingin memanggil dirinya ke sini. Ingin disandarkan kepala ke bahunya. Ya Allah... berilah ummi kekuatan. Menghadapi setiap ujianMu. Tabahkanlah hati ini Ya Allah..