KAMAR-KAMAR DI SYURGA


KAMAR-KAMAR DI SYURGA - bagi pemberi salam
 
Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu 
terbahagi dalamnya kamar-kamar. 
Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di 
dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula
 terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia 
dan 
terdapat satu hiburan yang tidak pernah 
dirasakan manusia di dunia.
 
"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" 
tanya para sahabat.
 
"Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, 
untuk mereka yang memberikan makan 
kepada yang memerlukan, 
dan untuk mereka yang membiasakan puasa, 
dan
 solat di waktu malam 
saat manusia lelap dalam mimpinya."
 
"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, 
dengan begitu ia bererti
 telah menyemarakkan salam. 
Mereka yang memberi makan kepada 
ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, 
dengan begitu bererti 
termasuk orang-orang yang membiasakan berpuasa.
 Mereka yang solat Isyak dan Subuh secara berjemaah,
 dengan begitu ia bererti termasuk 
orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap." 
Begitu Nabi SAW menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.

.....eNd...


No comments:

Post a Comment

opss!! jgn mengutuk k.. xbaik taw..