Pengasuh ketiga Salsabila

Hari ni xda mood nak kerja.. Maklum la 1st day masuk pejabat setelah cuti berhari raya. Tapi itu bukanlah sebab utama kenapa moody hari nie, kerana penyebab utama keadaan ini ialah kerana memikirkan keadaan puteri kecil di rumah pengasuh baru.

Mama Sha akan masuk rumah baru di Bukit Kayu Hitam, so time ni mama Sha pasti tengah sibuk mengemas barang2 rumah untuk pindah masuk ke rumah baru kn.. mmm rindu pulak kat mama Sha, Aisyah dan Myra , si comel yg baru pandai bercakap..."chik sehaaa" hihi. so sweet bila 1st time nama kita dipanggilnya..

Apepun, thanks so much to mama Sha yang sudi menjaga Salsabila Soleha selama hampir setahun..
Segala salah silap, terlebih dan terkurang harap dimaafkan yer.. Terima kasih banyak2 sebab sabar melayan si kecil salsabila yg cukup banyak keletahnya tu..

Dan buat mama baru salsabila.. ummi sentiasa ingat pesan Kak Ti atau Ibu, pengasuh pertama Salsabila dahulu.. "yakin dan tawakal".

Yer.. dengan pesanan itu, ummi rasa lebih kuat.. maklumlah, anak ummi ni bukan mahu dengan orang.. kalau orang yang tak dikenali, nangis aje dia.. :-(

Apepun, ummi tak sabar tunggu jarum jam pendek berputar ke angka 5. mmm


::end::

No comments:

Post a Comment

opss!! jgn mengutuk k.. xbaik taw..