Salsabila 1 Tahun 9 Bulan


9 Disember lalu, genaplah si dia berusia 1 tahun 9 bulan. Dan pada 5 Disember sebelum itu, ummi telah membawa puteri kecil ke Klinik Desa Kg. Tradisi untuk pemeriksaan bulanan. Padahal, kalau ikutkan format buku bayi bagi negeri Kelantan, Salsabila sepatutnya datang untuk umur 4 tahun nanti.. wahhhh lama tue. Disebabkan berat badan Salsabila yang cuma naik sedikit sahaja, maka puteri kecil ini perlu datang untuk mengambil timbangan berat. Pakej pula dengan ubat cacing kali kedua.. hihi.

(^.^)

Sabtu baru-baru ini pula, Ummi, Abah dan aunty Umie Umairah ke Tasik Darul Aman, Jitra.

Jam 9 kami gerak.. agak lewat sebenarnya.

Sempat menyinggah di warung nasi lemak. Tapau kuih muih. Separuh dah makan dalam kereta, dan selebihnya sambung makan di tasik.

Salsabila dan Arissa bukan main lagi teruja tengok air tasik.. Lucu sungguh melihat gelagat kedua-duanya. Salsabila buat gelagat nak buka baju… “mandi….” Katanya. Hihihi.

Kami tak jadi berjogging.. matahari dah agak panas. (Alasan hahha)

Maka salsabila dan Arissa cuma bermain papan gelongsor dan buaian.

Haaaa berikut adegan kedua-dua sahabat ini yang berjaya kitorang rakam..


pstttt...!!!
so touching tgk gambar bawah nie..
Arissa tolong pakaikan kasut Salsabila..
Bila dah siap, dia ckp "mashih..."
^.^
Bila diorang sambung bermain, rupanya tak sampai lima minit.
Datang balik minum air.
Agaknya dek kerana penangan teh ais yang tak berapa sejuk... mampu hilangkan penat bermain kot.. hehe

tapi.... kali ni lain pula, Arissa pulak yang bagi giliran pada Salsabila minum dulu. Lepas teguk sekali dua, sambung main lagi...


Arissa pandai naik buai.. mcm orang besar dah...

haaa.. ini pulak budak takot naik buai... hehe

yg ini pun mcm sweet je..

(^.^)

Haaa ini pula pengalaman baru bagi kedua-dua anak kecil yang sangat teruja tengok orang lain naik buggy, maka abah pun dengan berbesar hati membawa diorang merasai sendiri keseronokan berbuggy mengelilingi tasik…

fuiyooo! Memang best…

Salsabila macam biasa lah, asyik suruh buka baju dia.. “mandi…” hehehe.


baca doa naik kenderaan dulu..


berenti kejap sbb terpegun melihat ciptaan Allah..

abah pun nk posing sama

budak mengamuk nak mandi.... hihihi
arissa dan mummy
teriak nak mandi...


ok.. sampai sini dulu entry di pagi hujung minggu.. ;-)

::end::

No comments:

Post a Comment

opss!! jgn mengutuk k.. xbaik taw..