Allah s.w.t. berfirman dalam surah Ghafir ayat ke-60, maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman:
“Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
Dulu semasa tingkatan 1 ustazah ummi pernah berkata, ALLAH itu MAHA PEMURAH.
Maka setiap doa2 kita ni akan dimakbulkan ALLAH. Tak kiralah doa benda yang baik atau benda yg buruk. Cumanya.... bagaimana kita nak mencapai doa yang mustajab, iaitu doa yg diterima olehNya.
1.
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan
iqamat tidak akan ditolak.”
2.
Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap
malam iaitu sepertiga malam yang terakhir seraya berfirman: “Sesiapa yang
berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang
meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.”
3.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak
ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan
orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit
dibuka.”
4.
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca
al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan
Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”
5.
Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan
berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu
melihat malaikat. “Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan
daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat
syaitan.”
6.
Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang bangun
pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. “Apabila
beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima
Allah.”
7.
Ata bin Abi Rabah berkata: “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan
dipenuhkan.”
8.
Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan
dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: ‘Aku berdoa
tetapi tidak dimakbulkan.’”
9.
Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu
baginda bersabda: “Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim
dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah,
pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”
haaa yg no 9 ni best kan! pendek kata... ucapkanlah perkataan yang baik2 sahaja. sebabnya ucapan yang keluar dr mulut kita ini juga merupakan 1 doa. Justeru, jika perkataan yang tidak elok itu dilontarkan saat doa kita dimakbulkan, alangkah rugi.... dak gitu?
okey...tak yah la buat muka berkerut duk flashback balik ape yg dah diucap... smile dan mulakan harimu dgn mengucapkan tutur kata yang indah2 sahaja.. ;-)
salam sayang dari ummi... daaaaa
syukran sbb sudi berkongsi :D
ReplyDelete