cinta itu milik siapa..



Entry pagi nie? hurm.. nk jiwang lah skit..
Baru2 ni aku dpt panggilan dari UMK, universiti baru di negeri kelahiranku. Hmm, kata pegawai yg menghubungiku, aku diminta dtg interview jawatan tutor pada ahad ini.
Hati berbunga2 walaupun itu cuma interview saje..dapat ke tidak, masih belum pasti.

Sokongan dari yg tersayang amat aku hargai..betapa si dia juga mengharapkan agar segalanya berjalan dgn lancar sekali. Namun, kuserah segala ketentuan hanya pada Ilahi.. Kuberjanji akn berusaha dgn sepenuh hati..kerna ku tahu, janji Allah itu pasti.
Kepada hambaNya yg dicintai.

Cinta?
Ye.. Allah menyintai setiap makhlukNya di muka bumi. Betapa besar dan agung cinta Ilahi. Namun manusia sering melupai. Alpa dek terpegun dgn nikmat dunia yg tidak hakiki. Cinta Allah cinta abadi.. Anugerah cintaNya subur mewangi,dlm setiap diri pada setiap sekeping hati. Kerana itu kita saling menyintai. Dan kerana itu kita saling melengkapi. Ucapkan cinta pada setiap hari.. pasti hanya bahagia yang menemani..

Bahagia?
Ye..hanya dirimu kebahagiaan bagiku. Kaulah suami, kaulah teman sejati. Setiap masa, hanya dikau di hati. Walau berjauhan, cintamu pasti mengiringi. Pada setiap langkah, dan setiap hari.. Inilah kebahagiaan dalam bercinta yang kuidami. Sehati sejiwa yang tak mampu diadaptasi. Bagaikan lukisan di kanvas hati.

Hati?
Ye..hati ini milikmu kini..Selain milik abadi Penciptaku yang hakiki. Padamu ku serah cinta ini. Ku harap dikau senantiasa menghargai. Kerana aku takut bila dilukai. Tak mampu untukku bebani. Kerana hatiku tulus hanya padamu suami.. Seorang insan yang disanjungi.. Dari hari hati kita disatu dalam akad yg suci..

Suci?
Ye.. sesuci cinta, sesuci bahagia, sesuci hati.. CINTA ITU MILIK KITA.. hanya kita..


..........eNd..........

No comments:

Post a Comment

opss!! jgn mengutuk k.. xbaik taw..