Harapan tanpa suara

Saat aku mengarang entry ini, Salsabila baru shj nyenyak tido. Kupandang wajahnya yg sgt suci..tergamak manusia menzalimi bayi.. bkn bayi org lain..tp bayi sendiri, yg berada dekat di hati selama 9 bulan lamanya.. apakah tiada hati? tiada emosi? atau sekadar membutakan mata, membutakan akal, membutakan perasaan belas pada ank kecil itu.. inilah yg membuatkan aku terpanggil utk berkongsi dgn anda tentang masalah sosial yg tiada penghujungnya..



........Kempen Kami Prihatin.........

Tahniah kpd semua yg terlibat dlm kempen ini, sebuah kempen bg mencegah kes2 pembuangan bayi. Pada pandanganku, kempen ini sewajarnya sentiasa perlu hangat.Janganlah nanti kata org "hangat-hangat tahi ayam" sahaja.

Sememangnya masalah pembuangan bayi di Malaysia ni sangat kritikal. Kalau nak bincang bab punca ke, faktor ke, atau ape shj yg sama maksudnya dgn knp perkara ini berlaku, sampai bila pun xkan habis.

Yg paling penting..cari penyelesaian kpd masalah. Dan sudah pasti kempen ini adalah salah satu jalan penyelesaiannya.. Memberi kesedaran kpd org ramai agar lebih cakna kpd persekitaran, dgn penyampaian yg cukup berkesan. Nak menyedarkan msyrakat sgt susah! Apatah lg nak memujuk untuk berubah. Daripada msyrakat yg buat hal sendiri kpd msyrakat yg lebih prihatin..

..........Lagu Harapan Tanpa Suara..........

Mesej lagu ni jelas. Cara persembahan artis dan klip video lagu ini pun adalah yg terbaik dan wajar dipuji.. Sape tgk, mesti nangis.. (xtahula korang nangis ke x, kot aku yg terover nangis..dpn salsabila lak tu..pelik pulak bby tgk ummi dia nangis tiba2).



.........Lirik Lagu Harapan Tanpa Suara.........

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Dimanakah ibu, dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Ciptaan S.Atan dan lirik oleh Habsah Hassan

*sokonglah kempen ini ye..dan join facebook kempen Kami Prihatin - Gerakan kempen cegah pembuangan bayi

Sama-samalah kita berdoa..agar genarasi siber masa kini lebih berhati perut..

..........eNd..........

No comments:

Post a Comment

opss!! jgn mengutuk k.. xbaik taw..