Salsabila 1/3 tahun..




Rasa macam dah besar pulak bila sebut umurnya dah 1/3 tahun. Biasa ada bulan2 je kat belakang..

Masa berlalu terlalu pantas..rasa nak stop je masa tu. Biar Salsabila dpt ku golek-golek sentiasa.

Salsabila..terima kasih hadir dalam hidup Ummi dan Abah. Ummi senang dgn setiap keletah sayang. Waktu bersama Salsabila Ummi guna sebaik mungkin. Maklumlah, menjadi seorang ibu yg bekerjaya cukup menguji diri Ummi sendiri.
Penat dan lelah mengurus keluarga dan rumah tangga sudah semakin sebati.
Hakikatnya, itulah bahagian pahala kepada Ummi. Pemberian hadiah yg cukup mudah dari Allah, namun cukup mudah juga bahagian dosanya andai tidak kena cara.

Sepanjang tempoh empat bulan ini, Ummi dapat rasakan hidup Ummi sgt berubah. Jika dahulu Ummi byk punyai masa untuk diri sendiri. Tp sekarang, nak membaca buku dan majalah kegemaran Ummi pun belum tentu dapat..Setiap masa yang terluang, pasti ada sahaja kerja rumah yang perlu ummi selesaikan. Sesekali sempatlah membuka laptop dan melayari FB bersama teman2.
Namun Ummi percaya..setiap langkah Ummi yang diatur untuk menguruskan keluarga dan baby Ummi, terdapat bahagian pahala padanya..tetapi, perlu ikhlas kerana Allah.

Ummi gembira dapat melihat sendiri dan bersama-sama Salsabila untuk setiap perubahan dan setiap kebolehan baru Salsabila. Sekarang, Salsabila makin suka meniarap. Sentiasa nak meniarap, kononnya untuk perbaiki kebolehan ini.

Salsabila juga sudah mampu memegang botol susu dgn tangan sendiri tanpa bantuan dari Ummi. Cuma sesekali agak lucu apabila botol susu itu semakin ke atas dan ke atas sampai hampir ke hidung Salsabila dek kerana tangan Salsabila lenguh memegangnya.

Bagi Ummi, Salsabila anak yg sangat baik, tenang dan matang. Tapi ada kalanya Salsabila agak serius. Apabila ummi cuba buat Salsabila gelak, Salsabila seolah-olah berfikir "..apelah yang ummi nak buat nie..".

Salsabila jarang menangis. Tapi, bila dah menangis memang susah nak berhenti. Perkara yang menjadi kepantangan adalah diganggu waktu ingin tido ataupun tido yang tidak mencukupi.

Salsabila lebih banyak memerhati. Tidak terlalu aktif bermain sebab Salsabila lebih banyak berfikir. Tapi, apabila mood bermain datang, Salsabila boleh gelak dan bercakap tak henti-henti.

Ummi doakan semoga Allah swt permudahkan urusan mendidik Salsabila agar menjadi anak solehah, pintar dan cemerlang dalam hidup. Ameen ya rabbal alamin.


.......eNd.......

No comments:

Post a Comment

opss!! jgn mengutuk k.. xbaik taw..