Monday, August 30, 2010

imunisasi 5 bulan

Syukur Alhamdulillah...
Salsabila kini semakin sihat. Terima kasih Allah..


~date picture taken on 17/07/2010

Ahad baru-baru ni Ummi bawa Salsabila untuk ambil imunisasi 5 bulan.
Setakat ni, imunisasi yg syg dah ambil termasuklah :

-hari pertama lahir
-2 bulan
-3 bulan dan
-5 bulan..

Kalau ikut jadual imunisasi baru dari Kementerian Kesihatan, baby sepatutnya inject imunisasi pada:

-Masa Lahir - BCG (tibi) & Hep B (Hepatitis B)
-2 bulan - Hep B, DTP (Difteria, Tetanus, Pertussis), Hib & OPV (polio) - Dos 1
-3 bulan - Hep B, DTP (Difteria, Tetanus, Pertussis), Hib & OPV (polio) - Dos 2
-5 bulan - Hep B, DTP (Difteria, Tetanus, Pertussis), Hib & OPV (polio) - Dos 3
-12 bulan - MMR ( Measles, Mumps & Rubella)


-DTP tu vaksin utk elak radang selaput hidung & kerongkong, batuk kokol dan kancing gigi.
-Hib (Haemophilus influenzae type b) vaksin utk keracunan darah (septisemia),
radang paru-paru (pneumonia), radang sendi (septic arthritis), radang epiglotis, bengkak pada saluran pernafasan yang mengakibatkan saluran pernafasan tersumbat dan boleh menyebabkan kematian.

Walau bagaimanapun, ramai yg ambil imunisasi tambahan. Biasanya ambil di paed or hospital swasta. Contohnya,ini list optional vaccination kat Ampang Puteri Specialist Hospital.

-pneumococcal
-rotavirus
-hep a
-flu vaccine
-chicken pox

* rotavirus adalah vaksin utk baby bawah umur 6 bulan shj, tujuan untuk elak cirit birit. Dikatakan, cirit birit pada baby ni bahaya juga ye..

Apapun sbg ibu bapa, terpulanglah pada kita sebenarnya.. Tak salah kalau nak protection vaksin tambahan pada anak-anak.

Salsabila pula, lagi 9 hari nak masuk enam bulan ye syg.. Setakat ni, Salsabila xpernah ambil vaksin tambahan dari mana-mana paed. (^.^)


.....eNd.....

tq my readers..

skrg jam 12:12 am.
dan untuk waktu ini..readers blog saya menunjukkan angka:

1234 org pengunjung

tq so much to all of you..!

Sunday, August 29, 2010

"Sleeping Child"



The milky way upon the
Heavens
Is twinkling just for you
And mr. moon he came by
To say goodnight to you
I’ll sing for you
i’ll Sing for mother
We’re praying for the world
And for the people everywhere
Gonna show them all we care

Oh my sleeping child the world’s so wild
But you’ve build your own paradise
That’s one reason why I’ll cover you sleeping child
If all the people around
The world
They had a mind like yours
We’d have no fighting and no wars
There would be lasting peace on earth
If all the kings and all
The leaders
Could see you here this way
They would hold the earth in their arms
They would learn to watch you play

Oh my sleeping child the world’s so wild
But you’ve build your own paradise
That’s one reason why I’ll cover you sleeping child
I’m gonna cover my
Sleeping child
Keep you away from the world so wild

Friday, August 27, 2010

ya Allah.. sgt2 terharu..



*selalu terfikir, layakkah diri ini untuk bertemu Rasulullah di sana nanti..malah, layakkah diri ini menerima syafaat baginda..

bergaya dgn tudung ummi (^-^)









dia tgk je ummi pakai tudung nk sidai baju.. agaknya dia fikir ummi nak naik kereta.. hihi. last2 bagi dia pakai sama, bukan main seronok...!

Monday, August 23, 2010

dah boleh turun tilam..

Assalamualaikum to all my blog readers..
Salsabila Soleha kini beransur sihat, syukur alhamdulillah..

Pagi ni waktu tgh mandi, terdengar dia merengek2. Pergi jenguk kejap.. wahh! keadaan dia mcm nak turun dari tilam. Kaki dah ada di lantai, cuma tangan saje kat tilam. Pandai pulak dia nk turun kan. Agaknya dia tgk tak ade siapa teman dia tido, tu yg nk keluar cari ummi atau abah..Bila dah tersangkut tgn tu dan tak reti nak betulkan, baru merengek2 minta tolong ummi.. :-)

Hurm.. sejak peristiwa sayang ummi jatuh katil hari tu.. saya dah serik letak dia di tempat yg tinggi.. Sbb dia dah boleh bergerak 360 darjah.. Dah pndai bergolek2 untuk dapatkan sesuatu yg dia suka. Baru-baru ni, saya perhatikan dia dari jauh.. dia suke renung sofa rumah kami, sbb colornya merah. Baby mmg suke dgn color2 terang mcm ni.
So dia berusaha jgk nk sentuh sofa tu. Bergolek2 sampai lah berjaya ke sofa..dah dapat pegang tu, bukan dgn tangan je tapi kaki pun nk sentuh sofa jugak.
Lucu pulak tgk telatahnya..

Dan pagi td juga, bila saya masukkan dia ke dlm kereta, letak di car seat, boleh pulak dia tunjukkan kelebihan melompat di car seat. (biasanya dia melompat2 bila kita pegang dia berdiri sj).

Hmm cepat je masa berlalu. Dia dah pndai buat byk benda skrg.. malah, dah boleh sebut "abah" dan "ma", tp bukan "ummi".. hihi.




.....eNd.....

Saturday, August 21, 2010

Thursday, August 19, 2010

Merawat Kudis Buta Pada Bayi

Maklumat tentang kudis buta (scabies):

Kudis buta dikenali sebagai scabies. Ia adalah penyakit kulit.

1.Penyebab
: Kudis buta disebabkan oleh hama (scabies mites, 0.4 mm length). Hama kudis buta boleh dilihat menerusi mikroskop. Hama kudis buta menggali terowong di bawah kulit dan bertelur di dalam terowong yang digalinya. Terowong ini kelihatan spt garisan berwarna merah pada kulit. Kehadiran terowong di bawah kulit ini menyebabkan rasa gatal berterusan (continuous itch; allergy to foreign body).

2.Punca gatal: Kudis buta sering menjangkiti bayi dan kanak-kanak di taska/tabika/tadika dan juga di sekolah. Kudis buta juga menjangkiti semua ahli keluarga. Kudis buta mudah berjangkit menerusi persentuhan (contact) dan perkongsian bilik, tempat tidur dan pakaian (semua jenis pakaian, telekung, cadar, sarung bantal, tilam, selimut, tuala, dll).

3.Jangkitan: Tubuh manusia menjadi tempat hinggap dan pembiakan (host) hama kudis buta untuk selama 2-3 hari sebelum ia mati. Akan tetapi, manusia sentiasa bersentuhan dan berkongsi pakaian & tempat tidur, maka hama ini terus berpindah-randah dan membiak (person-to-person transmission).

4.Bahagian dijangkiti: Hama kudis buta tak suka panas dan suka tempat yang sejuk. Oleh itu, bahagian tubuh yang sering dijangkiti kudis buta ialah di bawah paras leher hingga ke tapak kaki. Bahagian yang terlibat terlindung dan sejuk seperti celah jari, kaki, ketiak, kemaluan dan punggung. Kudis buta jarang mengena bahagian badan atas drp paras leher, iaitu muka dan kepala kerana bahagian ini terdedah kpd panas dan kering.

5.Gatal pada muka
: Namun bayi lebih kerap terkena kudis buta di bahagian muka. Bagi orang dewasa yg mukanya rasa gatal-gatal, ini mungkin bukan kudis buta, tapi besar kemungkinan alahan pada makeup atau ekzema (eczema). Perlu berjumpa doktor utk merawat gatal-gatal pada muka.

6.Jangkitan bernanah
: Jika pesakit kudis buta menggaru dan kulit merkah, bakteria pula boleh menyelinap masuk dlm kulit dan membiak pada kulit dan menyebabkan kulit berair dan bernanah (skin infection). Kehadiran nanah menyebabkan badan berbau kurang enak.

7.Jangkitan berpanjangan (chronic infection)
: Jangkitan berpanjangan menyebabkan kulit menjadi tebal, keras, gelap dan bergerutu seperti kulit pokok (tree bark). Kulit amat gatal dan berasa sakit. Kulit amat sukar dirawat apabila berada di peringkat ini.

8.Rawatan kudis buta:
Jangkitan kudis buta memakan masa yang agak lama sebelum pulih sepenuhnya. Ubat yang digunakan termasuklah malathion dan benzoate untuk membunuh hama kudis buta. Ubat perlu disapu ke seluruh badan termasuk tangan dan tapak tangan, selama 12-24 jam. Semua bahagian badan perlu disapu dengan rapi tanpa membiarkan walaupun seekor hama terlepas dan terus membiak. Ubat-ubat ini amat racun untuk hama kudis buta dan hama akan mati dalam 24 jam. Apabila hama mati, jangkitan kudis buta akan mula surut dan reda.

9.Cara merawat pakaian:
Pakaian yang terkena jangkitan kudis buta boleh direbus (air mengelegak) atau diletakkan dalam beg plastik dan diikat, dan biarkan selama sebulan untuk membunuh hama.

10.Cara merawat bantal & tilam:
Bantal dan tilam boleh dijemur di bawah matahari yang terik supaya hama mati. Boleh spray tempat tidur (bantal & tilam) dengan spray nyamuk atau lipas (hama akan segera mati). Tempat tidur juga boleh dicomorkan dengan tea tree oil yang dibeli di farmasi. Spray atau comorkan setiap hari, 1 jam sebelum tidur.


11.Rawatan menyeluruh:


a) Semua ahli keluarga dan orang-orang yang tinggal serumah perlu dirawat.

b) Seluruh isi kandungan rumah (cushions, carpets, throw pillows) perlu dibersihkan daripada hama kudis buta. Spray Ridsect atau sapu tea tree oil. Jemur barangan di bawah matahari terik jika perlu.

12.Tempoh rawatan kudis buta:
Bagi dewasa ia mungkin memakan masa hingga 2-3 tahun sebelum rasa gatal reda. Kulit pula memakan masa 1-2 tahun untuk sembuh. Namun, kulit akan kelihatan gelap dan kasar. Sapuan krim pelembut mengandungi vitamin E membantu melembutkan kulit dan mengatasi masalah kulit kasar. Sapuan salt scrub semasa mandi membantu mencerahkan semula kulit.

13.Kawalan jangkitan kudis buta di asrama (dorms): Asingkan pelajar yang terkena jangkitan (isolation room). Rebus dan basuh pakaian.



****xxx****

Kudis buta biak bawah kulit

Oleh Hanisah Selamat


Telur hama menetas dalam tempoh tiga hari, boleh berjangkit menerui sentuhan, berkongsi pakaian dan tilam

KUDIS buta pasti membuatkan si kecil tidak senang duduk kerana asyik menggaru tanpa henti sekali gus menyebabkan luka semakin teruk. Kanak-kanak memang senang terdedah kepada penyakit itu, tambahan pula kudis buta mudah berjangkit. Fenomena kurang menyenangkan itu sudah tentu merisaukan ibu bapa terutama yang menghantar anak ke pusat asuhan atau tadika.

Perunding Pediatrik, Dr S Selvakumar, berkata kudis buta atau scabies terjadi disebabkan serangan hama dikenali sebagai Sarcoptes Scabies yang mudah berjangkit dari individu ke individu lain terutama dalam komuniti padat seperti di pusat asuhan, asrama atau rumah penjagaan orang tua. Ia boleh menyerang sesiapa saja, namun anak kecil lebih terdedah kerana mereka belum pandai menguruskan kebersihan diri.

Katanya, ‘perpindahan’ hama boleh berlaku menerusi sentuhan secara langsung iaitu membabitkan pergerakan hama betina yang bertapak di bawah kulit manusia seterusnya bertelur di situ, manakala hama jantan pula mati selepas kedua-duanya ‘berpasangan’ untuk membiakkan lagi baka.

“Habitat paling disukai hama adalah di bawah kulit. Ia akan tertanam dan membiak di situ. Kebiasaannya hubungan rapat yang terjalin memudahkan risiko kudis buta berjangkit terutama di kalangan ahli keluarga, rakan sebilik di asrama dan pusat asuhan bagi si kecil. Berkongsi tilam, bantal, tuala atau pakaian turut membawa risiko besar untuk dijangkiti.

“Pada peringkat awal, pesakit akan mengalami masalah gatal berpanjangan berikutan tindak balas badan terhadap hama dan telur. Tanda ketara ialah bengkak seperti gelembung halus pada permukaan kulit lembap sama ada di tapak tangan dan kaki, celah jari, ketiak, punggung serta kemaluan.

“Walaupun kudis buta bukan tergolong mengikut senarai sakit kronik, jika tidak dirawat dengan segera ia boleh menjangkiti seluruh ahli keluarga dan orang terdekat dengan pesakit. Malah kehadiran kudis buta boleh mengakibatkan tekanan emosi dan rasa rendah diri kepada individu terbabit terutama kanak-kanak,” katanya.

Proses pembiakan generasi hama itu sentiasa berulang dan ia terus merebak ke kawasan dengan pantas apabila pesakit menggaru bahagian berkenaan. Jika mampu bertahan, individu dinasihatkan jangan menggaru kerana ia menyukarkan diagnosis doktor serta menyebabkan jangkitan kuman.

Menyentuh kesan emosi kepada si kecil, beliau berkata, mereka mungkin dipulaukan rakan sebaya jika didapati mempunyai masalah kudis buta dan sekali gus boleh memberikan tekanan, menimbulkan rasa malu, rendah diri dan menghadapi kesukaran bergaul.

“Dalam usia ini kanak-kanak sukar memahami sesuatu keadaan. Justeru, perasaan malu tidak mampu dielakkan jika diejek rakan hanya disebabkan kudis buta. Sokongan ibu bapa amat diperlukan, termasuk segera mendapatkan rawatan selain menitik beratkan penjagaan kebersihan anak mereka.

“Kudis buta boleh merebak dengan pantas. Kesannya juga boleh dilihat hanya dalam beberapa hari bermula bengkak, tanda merekah, menggelupas dan luka akibat garu. Telur hama pula menetas dalam masa tiga atau empat hari seterusnya membesar dalam tempoh dua minggu. Ia akan terus membiak di bawah kulit pesakit,” katanya.

Walaupun hanya sebesar 300 mikron, hama scabies mampu membiak dengan banyak. Antara kesan yang mungkin ditinggalkan selepas kudis buta dapat disembuhkan adalah tanda kehitaman yang tampak mencacatkan kulit penderita.

Selain kudis buta, penyakit kulit yang biasa menyerang kanak-kanak ialah Impetigo atau kudis yang disebabkan kuman Staphylococcus atau Streptococcus. Ia mudah berjangkit melalui sentuhan berterusan dan kerap terjadi di sekitar mulut dan hidung selain celah pelipat seperti sekitar lutut dan siku.

Gelembung merah kecil terjadi seterusnya pecah dan kelihatan seperti kulit melecur. Ia mengeluarkan air dan membentuk kerak kulit berwarna perang kekuningan. Kesannya pesakit yang dijangkiti impetigo mungkin mengalami demam, lemah anggota badan dan kadangkala cirit serta mendapat jangkitan kelenjar.

Jangkitan ini dapat dirawat dengan mencuci bahagian berkudis dan menyapu krim antibiotik. Selalunya ia mengambil masa antara lima hingga tujuh hari sebelum kudis kering dan sembuh. Selain berisiko menghadapi masalah buah pinggang, kesan impetigo yang lain termasuk jangkitan sendi dan tulang.

Rawatan

Bagi kudis buta, penggunaan sapuan ubat racun hama jenis losyen atau krim crotamiton (Eurax) dapat mengurangkan komplikasi. Ia dilumur pada seluruh badan dari tengkuk ke bawah sebelum waktu tidur. Seelok-eloknya pesakit perlu mandi dengan air suam untuk membuka liang roma sebelum disapu ubat losyen. Ubat tahan gatal seperti piriton pula mampu mengurangkan gatal waktu malam.

Tanda

Gatal berpanjangan.

Muncul garis halus kemerahan di bawah kulit.

Kehadiran gelembung kecil berair pada kulit.

Rasa gatal bertambah teruk pada waktu malam iaitu waktu hama betina bertelur.

Tempat kesukaan hama - tapak tangan dan kaki, celah jari, ketiak, punggung serta kemaluan.

Pencegahan

Elakkan bersentuhan dengan pesakit atau jika menghidapi kudis buta, ubati segera dan seelok-eloknya jauhkan diri daripada orang lain.

Pastikan kebersihan diri.

Jangan berkongsi pakaian atau barangan peribadi seperti tuala.

Rendam pakaian dalam air panas.

Jemur tilam, bantal dan permaidani di bawah terik matahari.




Sumber: Berita Minggu 24.9.2006

Wednesday, August 18, 2010

Wanita terlanjur? Terimakah taubat?

Asalamualaikum w.b.t.. entry ini dipinjam dari blog cikgu Adham.. Untuk renungan dan nasihat kepada semua muslim dan muslimah, termasuklah saya..

Artikel ni dikarang/dipetik dari Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

SOALAN

Salam, saya pernah terlanjur dengan boyfriend tapi itu bukan atas kerelaan saya. Saya dipaksa melakukannya. Dalam hati, tidak sedikit pun terlintas perasaan itu. Saya menolak tapi dia tetap memaksa. Sekarang saya ingin tahu adakah Allah akan menerima taubat saya setelah saya terlanjur? Saya berasa sangat sedih, jijik dengan diri dan hidup saya sudah tidak tenteram. Hati saya selalu tidak tenang. Saya merasakan Allah tidak akan menerima taubat saya. Tolonglah bantu saya.

- Soalan melalui ruangan komen di artikel lepas-



JAWAPAN

Pertamanya, saya ucapkan syabas kerana saudari masih mempunyai iman dan punyai ilmu tentang haramnya tindakan itu, kerana itulah timbul perasaan takut, kesal, tidak tenang dan takut. Sekiranya perasaan itu makin menghilang, ia tanda iman juga semakin meluntur dengan sangat teruknya.

Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW yg bermaksud :

"Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )

Apa yang perlu dilakukan kini adalah meneruskan taubat. Taubat sebenar yang akan diterima Allah adalah dimulai dengan rasa penyesalan amat sangat dan diturut dengan beberapa amalan di bawah. Antara package dalam taubat di dalam Islam adalah seperti berikut :-



1) Bertaubat dengan sungguh-sungguh.

Kesal dan menangisi dosa yang dilakuakn dengan azam untuk TIDAK mengulanginya.



2) Tidak berjumpa teman lelaki atau 'dating' berdua-duaan dengannya.

Jika jumpa sekalipun, perlu diajak ahli kelurga yang tegas dalam soal hukum Islam bersama ( Jika tidak tegas, ia sama seperti tiada). Jika tiada abang, hanya berjumpa di rumah saudari dengan kehadiran ibu bapa (yang juga dari kalangan yang prihatin dan mesti mereka sentiasa bersama). Jika tidak mampu juga,Maaf !. Saudari tiada pilihan lain kecuali mesti mencari jalan untuk mampu melakukannya.

Jika tidak, saudari pasti akan terus mengulangi zina pada satu hari nanti. Selepas itu, segala pintu iman akan semakin tertutup rapat buat saudari, peluang menjadi celaka dan melahirkan zuriat yang celaka juga semakin membesar. Awas!

Syahwat seksual dan zina adalah sama seperti dadah dan kegilaan harta material, ia boleh membawa seseorang menjadi mabuk dan lupa segala-galanya. Sebagaimana hadis yang telah saya bawakan dahulu iaitu yang bermaksud:-

Sekiranya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan ke dalam perutnya kecuali tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )

Demikian juga perihalnya dengan nafsu syahwat seksual. Ia merupakan satu penyakit dalaman yang serius serta amat sukar dirawati. Ia sama sekali tidak boleh dipuaskan jika tidak dikawal dengan iman.

3) Mencari rakan wanita yang solehah di sekitar saudari.

Ini adalah satu tindakan yang baik, kerana dalam keadaan demikian, saudari memerlukan kaunseling berterusan dan kerap. Ia tidak akan diperolehi jika saudari berkawan dengan rakan yang seperti tingkah laku saudari sekarang. Jika susah untuk mendapatinya, sertailah kumpulan dan NGO yang mengumpulkan wanita-wanta baik dan berprogram bersama mereka seperti. Antara contohnya, sertai NISA', ABIM, JIM, ISMA dan lain-lainnya.

Ia adalah saranan Nabi s.a.w yang bermaksud:-

Sesungguhnya perumpaan rakan yang baik dan yang jahat itu, ibarat rakan pembawa minyak wangian dan tukang besi peniup api ; adapun rakan baik adalah seperti pembawa wangian, ia (membawa kesan kebaikan) iaitu samada ia akan menghadiahkanmu wangian, atau kamu membeli darinya ataupun kamu akan dapat bauan wanginya juga. Manakala rakan buruk seperti tukang besi penyala api, samada ia akan membakar bajumu atau akan mendapati bauannya (peluh) yang tidak enak" ( Riwayat Muslim, no 4762 )

Hasilnya, wajiblah mencari rakan yang baik. Termasuk mencari teman lelaki yang baik. Antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK AKAN PERNAH MEMBICARAKAN SOAL SEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAWAT denganmu sama ada melalui sms, telefon atau berdepan, SELAGIMANA DIA belum bernikah denganmu. Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki jahat dan tidak layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali apabila mereka juga bertaubat.



4) Berkenaan ayat dan surah tertentu.

Ada yang bertanya ayat tertentu untuk bacaan harian agar terjauh dari zina. Hakikatnya dalam Islam, sekadar mengalakan ayat tertentu tanpa menghayati ertinya, masih tidak mampu menjamin terjauh dari zina serta membawa kesan dan perubahan ke arah yang lebih baik. Pun begitu, jika masih ingin amalkan ayat tertentu,maka baca dan fahamilah ayat berkenaan dosa zina banyak-banyak, moga ia dapat menghindarkan diri darinya.

Ayatnya adalah firman Allah yang bermaksud:-

"Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman" ( Surah An-Nur : 2)



5) Memperbaiki solat dan memperbanyakkan amalan.

Saudari mengatakan saudari solat tetapi masih gagal mengawal nafsu, Ini bererti solat saudari perlu diperbaiki kerana solat merupakan antibodi terkuat dalam Islam untuk mengawal nafsu.

Allah swt mengarahkan mereka yang bertauat untuk mengriigi dosanya dengan memperbanyakkan amalan soleh, dengan harapan rahmat dan belas Allah akan melebihi murkanya.

KESIMPULAN

Saudari menyatakan saudari ‘tidak rela' , ada dua perkara di sini :-

Pertama : kerelaan untuk berzina tu bukan semestinya dalam bentuk kita setuju semasa kejadian tu sahaja, tetapi berdua-duaan dan berada dalam keadaan yang membolehkan zina itu berlaku itu sendiri adalah TANDA KERELAAN SEBENARNYA. Kiranya saudari tidak keluar atau berdua-duaan dengannya, pasti dia pun TIDAK boleh memaksa.

Maka puncanya tetap dari kesalahan saudari juga. Justeru, putuskan hubungan dengannya sama sekali dan jangan ulangi keluar dengan lelaki asing berdua-duaan, khususnya di tempat yang membolehkan berlakunya zina atau rogol. janganlah beralasan bahawa 'terlalu cintakannya' , 'terlalu sayangkan dia' sehingga tidak mampu untuk berenggang dan putus darinya. Semua itu hanyalah nafsu dan bukan cinta dan sayang yang suci, ia adalah 'ibarat cinta dan sayang seorang penagih dadah kepada dadah' sehingga sukar berpisah darinya. Memang sukar, namun perlukan azam kuat dan menempuh tembok syaitan dan nafsu yang besar.

Kedua : Dari sudut undang-undang dunia pula, jika itu berlaku saudari sudah dikira dirogol. Tatkala wajiblah saudari melaporkan kepada polis dan bukan hanya bertanya kepada mana-mana ustaz sahaja tanpa tindakan undang-undang. Tindakan membiarkan ia berlalu tanpa laporan adalah antara seburuk-buruk perlakuan seseorang mangsa rogol, walaupun mungkin dia sedang menderita, trauma, malu , sedih dan sebagainya, namun perlu ada ahli keluarga membantu untuk memastikan laporan dibuat. Laporan itu perlu bagi menyekat si ‘jantan' meneruskan aktiviti dosanya.

Akhir sekali, sentiasalah bersangka baik Allah akan menerima taubat setelah kita berusaha bersungguh-sungguh membuktikan penyesalan kita. Allah ada menyebut bahawa Allah bersama sangkaan hambaNya. Jika kita yakin Allah meneirmanya, maka Allah dengan sifat maha pengampunNya akan mengampun hambanya yang benar-benar ikhlas dan bersungguh. Semoga berjaya mendapat keampunannya.




Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

7 Ogos 2010

Thursday, August 12, 2010

bila berjauhan..


Kata org, sayang isteri tinggal-tinggalkan. Sayang anak.. tangan-tangankan.
Tapi ini bukan nak tangan-tangankan Salsabila yer.. cuma kerinduan terhadap ci kecik itu makinlah menebal. Dah 4 hari tak jumpa bila Salsabila ikut Opah balik ke Kroh.

Semalam Opah Salsabila letak handphone ke telinganya sementara Ummi memanggil-manggil nama Salsabila spt biasa. Opah ckp dia dgr dan cam suara Ummi.. Dia kerut-kerutkan dahinya sambil senyum-senyum. Hurm..macam tu jugaklah bila dia dgr suara opah atau tok wan di telefon.. hihi.

Kat pjbt skrg sgt sunyi..tak ramai yg datang kerja hari ni. Semalam cuti, so arini lajak cuti sampai Sabtu.. ikutkan hati, Ummi pun rasa nk sambung tido je td.. tp tak boleh.. Ummi nak save cuti. Nak cuti raya lama-lama sikit..

Hurm..inilah hari raya paling bermakna. Kalau tahun lepas Ummi dpt merasakan pengalaman pertama berhari raya di rumah mertua, tapi kali ni.. hari raya pertama bersama Salsabila. Sgt seronok..! mmm baru puasa dua hari, dah sembang raya pulak.. hihi.

Apepun..ummi dah tak sabar nak jumpa sayang Ummi nie. Jaga diri ye sayang..jumpa mlm nanti. :-)



......eNd......

Monday, August 9, 2010

syurga rumahtangga

Syurga rumahtangga itu fitrah hati
Naluri nurani yang pinta diisi
Kerananya si dara rela diperisteri
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Masing-masing membawa harapan
Agar terbinalah rumah-tangga penjana kebahagiaan

Matlamat yang satu,tapi jalannya berliku
Destinasi sama, kaedahnya berbeza
Lalu bersimpang-siurlah jalan ke sana
Pelbagai jalan menimbulkan dilema
Mencari yang jitu mengundang keliru

Binalah rumahtangga di tapak iman
Tuluskan niat luruskanlah matlamat
Suami pemimpin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
Lalu mulakanlah kembara berdua
Kerna dan untuk...Allah jua

Di tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan, Islam itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
Rumah jadi sambungan madrasah
Berputiklah rahmah, berbuahlah ulfah

Inilah kunci kebahagiaan rumah-tangga
Setia dan penyanyang seorang suami
Cinta dan kasih seorang isteri
Lalu berbuahlah;
Mahmudah demi mahmudah
Yang melahirkan zuriat
Yang soleh dan solehah!

petikan dari Tentang Cinta; Pahrol Mohd Juoi

~hari ni..genaplah puteri kecil ummi lima bulan. Syukur Alhamdulillah..




....end....

Thursday, August 5, 2010

dia tak tahu nk ckp..tp saya fhm...

dia tak tahu nk ckp..tp saya fhm...sbb saye ibu dia..
yer..saya ibu yg kandungkan dia..
saya yg kandungkan dia selama 9 bulan di dlm rahim saya.

dah jumpa doktor pakar kulit, tp tetap naik lagi biji2 gatal tu.
bila diuji sebegini.. saya tak mampu nk hadapi seorang diri.
saya perlukan anda.. saya perlukan doa2 dari kalian di luar sana.
saya tak sanggup nk tgk dia hadapi semua ni..

saya tahu.. bila matanya saya renung.. dia mohon simpati saya..
ape lagi ummi blh buat untukmu sayang..
sekadar menyapu2 ubat itu ke badanmu, menyuapkan ubat yg doktor bagi..
menyanyikan lagu-lagu dan zikir buatmu..
dan akhirnya dirimu lena..

semua minta ummi bersabar.. ye.. ummi sabar.
tp.. hari ni ummi seolah2 telah kehilangan perasaan sabar itu.
bila melihat dirimu seolah2 penat menanggung semua ini..
dari smlm ummi menangis. xhenti ke saat ummi meluahkan perasaan itu di sini..
yer..dgn menangis bukannya dapat sembuhkan dirimu sayang.
tp..
itulah ummi. itulah ummi yg xmampu lagi nk tanggung rasa sabar..
berdosakah ummi sayang?

sayang...cepat sembuh yer..
ummi berusaha sebaik mungkin untuk kamu..
selebihnya.. kita tawakal pada Allah..

Ya Allah..
Ya Tuhanku..
Engkaulah Tuhan yang Maha Pemurah
Berikan daku secebis kekuatan dan harapan
Agar aku bisa membina kembali diri ini
Yang kini lesu tak bermaya

Ya Tuhanku,
Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku ya Rabbi
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Janganlah Engkau biarkan ku sendiri..

.......eNd.......

Bila ummi terlalu sedih..




Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

( i )

Psst….
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan hadiahkan senyuman.

Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.

Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang…… buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas…..
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
” Sayang abang tak ulang lagi “
katakan ” Sayang….abang alpa “
bisikkan ” Darling.. I lupa..”
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi…
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

( ii )

Arghh…
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya ” Seabadi permata….
segermelapan intan ” …
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.

Aduh…
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir…
permata yang dipilih
perlu digilap semula.

Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan
berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah ” Duhai isteriku…
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini.”

( iii )

Puuuh…
Akan tiba masanya bila ‘isteri’ di hati tapi kurang di
mata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang,
nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati,
berpasak di budi.
itulah cinta sejati.

Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan ‘body’
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam,
amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri
yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan,
kecantikan dan kecergasan
sama-samalah merampinkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, ’selepas’ mati pun bersama.

( iv )

Uhhh….
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu

Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran,
amaran dan peringatan
secara ‘indirect’ dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya
jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah
mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :

” Bersabarlah,
kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita.
Dia yang menyelamatkan kita daripada
amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita…
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit
kerenahnya ? “

( v )

Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada
segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah
perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.



~ Author Unknown ~
kutipan dari:http://intim.wordpress.com/sejenak/

Tuesday, August 3, 2010

doakan saya cepat sembuh..

Demi si kecil itu..doakan saya cepat sembuh ye.
Terlalu byk peristiwa yg berlaku hari ni..dan sedar tak sedar, rupanya ummi dah demam. Itupun gara-gara terjaga dari tido pada jam 3 pagi dan tak dpt lelapkan mata lg..
Awal pagi, kak long (rakan sepejabat) minta teman ke Arau, uruskan hal anaknya masuk ke rumah sewa di kolej.

Selesai urusan itu, kami ke rumah abg sepupu kak long. Ada kematian. Tiba-tiba pulak kereta tak nak hidup. Bateri habis. Selesai urusan itu, pulang ke pejabat. Tapi sebelum tu singgah di Varsity Mall untuk bayar bil elektrik dan keluarkan duit dari BSN. Sempat join pameran libresse.. Saje.. for fun!

Petang itu, mommy arissa ajak pergi lg.. Temankan Dyana, mommy arissa dan Ika. Tp pameran tu dah habis. Semua nampak kecewa.. dun worry ye darling2.. nanti msti lepas ni kotex pulak akn ke UUM.

Balik rumah, ambil Salsabila dari rumah Kak Atie. Badan Salsabila makin teruk.. terus call hubby. Segera ke klinik pakar kulit di Jitra. Waktu ni dah mengadu pada hubby.. rasa xsedap segala sendi badan.

Klinik tutup pukul 6. Pkul 8 baru bukak balik. Ke Yawata..beli puting Salsabila, sbb dah nangis. Ummi cuai..lupa bawak puting dia.

Solat di masjid berhampiran selepas makan malam. Sampai di klinik jam 8.30.. dah penuh. Orang berdiri sampai luar klinik. Agak lama tunggu giliran. Hampir jam 10 baru selesai.

Balik rumah, suapkan Salsabila nestum sebelum bg mkn ubat. Lap2 kan badan dia, sapu cream pada badannya,dan akhirnya dia lena..

Ummi baring di sebelah tilam Salsabila. Terasa badan sgt lenguh dari sendi2 jari hingga ke sendi-sendi kaki. Bola mata pun tak selesa. Hubby tolong tekan2 belakang. Terasa lega bila bunyi segala tulang temulang itu. Tp badan masih tak selesa.. terasa nak suruh hubby urut dgn minyak panas.. Tapi tak terluah permintaan itu.

Angkat Salsabila masuk tidur ke bilik.. sedar2 jam 3 pagi. Kejut Salsabila minum susu. Badan masih lesu.. Tak dapat lelapkan mata lagi.. Baring kiri tak kena, baring kanan tak kena.. sah.. dah demam.. dahi pun dah panas, kepala dah berat bola mata dah sakit..

Bagaimana nak lalui hari esok.. Kesian Salsabila.. doakan saya cepat sembuh ye.. sbb saya sgt sensitif. Sakit sikit dah nangis.. macamana saya nk jaga si kecik jika saya tak kuat.. So sad..





-eNd-

Sunday, August 1, 2010

kunjungan Tan Sri Dato' Jins Samsudin ke pejabat ummi


~sukenye dpt jumpa org dulu-dulu nie.. yg sama berlakon dgn Sarimah. Teringin jgk jumpa Sarimah.. Tan Sri dtg ke UUM untuk menghadiri Majlis Hari Pahlawan dan Bulan Patriotisme Negara semalam. Dalam pada tu, sempat singgah Unifilm hari ni. Malam ni pulak, ummi kerja untuk Konsert Pahlawan dan Pembebasan Gaza~