Thursday, October 28, 2010

7 Kaedah Mendidik Anak


Rasulullah S.A.W. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap Kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap Keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

1. Kaedah Pesanan dan Arahan.

Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak,anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :

• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.

2. Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. Kaedah Soal jawab

Bersoala jawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.

Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah Merujuk Pengalaman Lalu

Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah Nasihat dan Teguran

Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.

Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.

6. Kaedah Bermain dan Bergurau

Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.

Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.

Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah Latihan yang Berterusan

Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-

a) Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.

b) Usia
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.

Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

Sumber majalah Wanita November 2005 oleh Noraishah Ismail

credit to blog owner http://budaktechnician.blogspot.com/2010/10/7-kaedah-mendidik-anak.html for this post.


Monday, October 25, 2010

Salsabila 7 month old, fourth week



Credit to babycenter.com


Any day now, if she hasn't already, your baby may try feeding herself. She may let you know about her new goal by grabbing a spoon and, eventually, guiding it into her mouth.

If you can, let her experiment and forgive the mess - it's helping her learn a new skill. You'll have to be patient too, since she won't fully master the trick of feeding herself till after her first birthday.

If you haven't tried already, why not make mealtimes family times? It's never too soon for eating together to become a habit and it may give you and your husband a chance to catch up with each other.

Some couples find that they prefer to feed their baby first and then have some time together. Like so many things throughout this first year, it's a question of finding what suits your family.


kena acah dgn abah




Friday, October 15, 2010

..bayi chomel contest..


Thanks to all JPM DPP Petronas , UUM.


Gambar Pilihan Juri


Arissa Umairah, Salsabila BFF


Kepenatan Selepas Bergambar


Cik Ika yg Menyokong dr Belakang


.........


Penyampaian hadiah pd petangnya..




..Tq DPP Petronas.. mmuakss!!

Thursday, October 14, 2010

..sgt suke..




S
a
l
s
a
b
i
l
a


s
o
l
e
h
a

..kesayangan ummi..



.....

..impian ummi..


Lama benar ummi tak upload perkembangan terbaru kn.. so sory to all my blog readers..

Salsabila alhamdulillah.. semakin hari semakin sihat.. semakin tinggi.. semakin bijak.. dan untuk setiap hari, ada sahaja perkara baru yg dipelajarinya.
Syukur alhamdulillah yg tidak terhingga.

Ummi lalui hari-hari dgn kebahagiaan yg senantiasa mekar di hati. Kehadiran puteri Salsabila sungguh bermakna buat Ummi..

Melihat wajahnya yg sedang lena.. Ummi pasti tersenyum sendirian.. Apalah agaknya yg dimimpikan puteri Ummi. Kadang tersenyum, kadang macam sedih..
Agaknya sayang Ummi sedang bermain-main dgn para malaikat mungkin... dan apabila para malaikat mohon mengundur diri.. maka si kecil ini menangis tidak mahu ditinggalkan..
atau mungkin juga anak Ummi dipertontonkan keadaan di syurga yg penuh nikmat dan keindahan.. maka dia tersenyum.. dan sebaliknya jika dipertontonkan keadaan di neraka..

Ummi cuma punyai satu impian untuk si manja ummi. Ummi nak dia menjadi insan yang berguna dan cemerlang bila dewasa nanti. Seorang muslimah yg patuh pada Allah, Rasul.. mendengar kata org tuanya..menjaga maruah keluarganya..

Dan demi impian Ummi.. Ummi dan abah akan berusaha sedaya kami.. Semoga usaha ini diiringi barakah yg berterusan.. Ameen.


..hari pertama naik walker..



..ini hobi baru, nk gigit2 kaki sofa sbb mcm cermin..


..kepenatan..


..........eNd.........

Monday, October 4, 2010

gelak sakan..

Post nie special untuk auntie iqa yer. Dah lama nak dengar sayang ummi gelak kn.. (^.^)


Saturday, October 2, 2010

oppss!! hehe

saye dah hampir boleh merangkak dgn cara saye yg tersendiri..! kih kih kih


Friday, October 1, 2010

topi baby, tudung merah, dan opss!!!

..........topi baby..........

Sebelum keluar mkn, Salsabila asyik gigit2 topi lama dia.. agaknya dia rindu nak jadi baby mcm dolu-dolu.. tp, skrg pun Salsabila baby jgk kn.. :-)

Ummi pun ape lagi.. pakaikan ajelah topi tu kat anak comel nie.. rupanya sangat-sangat tak sesuai..! hihi. Terasa mcm ade baby besar pulak.. hee Salsabila, jgn marah yea.. Ummi upload gambar Salsabila yg pelik nie..



..........tudung merah.........

Waktu abah dan Salsabila dah berdengkur.. (haa Salsabila pun dengkur taw.. tapi dengkuran yg sangat comel..) mata ummi masih lagi segar dan bugar. Entah dari mana datangnya idea.. nak hias tudung Salsabila yg baru dibeli.. Sebenarnya, tudung ni adalah inner orang dewasa.. tapi rasa sangat susuai pulak digayakan di kepala baby ummi.


letak manik2.. lebih berseri..



jahit manik nama soleha



esoknye.. pagi-pagi lagi dah bg Salsabila cuba.. walaupun blm mandi, hanya pakai pampers..



..........ops!!! merangkak cara terrsendiri..........

alahaiii. story ni ummi upload kemudia yer.. terasa penat sgt.
ok semua..Terima kasih sudi mengunjung blog ummi.
salam sayang dan Assalamualaikum..

..........eNd.........

..sambungan cube2 jahit langsir ..

Assalamualaikum.. seperti yg dijanjikan, ummi baru berkesempatan untuk upload gambar langsir baru ummi, hasil kreativiti ummi yg tak seberapa.. :-)

Hanya mengambil masa dua hari utk disiapkan, itupun sewaktu Salsabila beradu..

Ada sesiapa yg berani nak tempah..? sila lah.. boleh jgk ummi kembangkan bakat yg terendam nie.. (^.^)




dan ini layer kedua..


hmm yg ini pulak rambu berambu ramba.. hihi.


.............eNd..........