Sunday, December 19, 2010

::just love::


Assalamualaikum w.b.t.

Baiklah, untuk entry malam yg penuh syahdu, saat baby Salsabila Soleha sedang enak beradu, dan hubby pula belum pulang dari kerja malam. Saya cuma nak kongsi apa yg saya rasa saat ini..
Pertama, saya sgt sayang blog qurratuayun. kenapa yer? entahlah.. ramai ckp blog saye cantik.. cantik ke? hihi.. (hati berbunga-bunga bila dipuji sedemikian).
Kedua, saya dah bina satu blog baru. blog ini khusus untuk saya persembahkan hasil fotografi saya. mmm blog business.. anda jgn lupa jenjalan di blog baru saye ye. ;-P
Ketiga.. yg ini paling penting..! si kecil Salsabila ni haa.. bila saya suapkan makanan kat dia td, dia buat geleng-geleng kepala sambil matanya dipejam.. terkejut juga dgn gelagat baru anak ummi nie.. pandai ye mengatakan tidak dgn cara yg paling comey.. (^.^)
Keempat.. saye rasa sangat terkilan dgn sikap seorang rakan sepejabat.. tp tak pe.. hal ini tak perlu diceritakan kpd semua yer. Biarlah dipendam dalam hati..kerana itu lebih baik..
Kelima..mmm tak tahu nk tulis ape dah. ok dear, see you all in the next entry ok..

sblm tu.. layan blog baru saye yer..

~just L.O.V.E~
UMMI NASIHA


Tuesday, December 14, 2010

Tanda 100 hari sblm mati

Memetik tulisan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yg berkata "Orang yang mengingati mati akan sentiasa berusaha menambahkan ilmu terutamanya tentang ilmu yang berhubung dengan Allah Taala, kerana asas kepada keimanan ialah ilmu"..

kata Tok Guru lagi, "Mengingati mati akan melunakkan hati yang keras, serta menjinakkan nafsu yang ganas, umpama seekor harimau yang hilang garangnya apabila tali tas atau tali cemeti dipecutkan di hadapannya".


"Orang yang tidak pernah mengingati mati adalah orang yang dangkal ilmu pengetahuan dan lemah, terutama dalam aspek kerohanian. Golongan tersebut sering menjadi tunggangan kepada nafsunya sendiri, hidup dalam suasana lalai dan terpesona dengan kelazatan dunia yang bersifat sementara, sedangkan kesenangan akhirat itulah yang kekal. Jika ada manusia yang tidak memilih kebahagiaan yang kekal, nescaya mereka itu adalah terdiri dari orang-orang yang dungu".


Justeru, natijah dari banyak mengingati mati itu akan melahirkan manusia yang berdisiplin tinggi, berakhlak mulia, tidak gentar menghadapi ancaman manusia, kerana dia tidak takut selain kepada Allah Taala. Dia berani menyatakan kebenaran meskipun seorang diri, kerana kebenaran itu adalah dari Allah Taala, justeru tidak ada sesuatu yang meragukan kita.

Buat peringatan kita bersama, tanda-tanda 100 hari sebelum mati:

........eNd........