Sunday, January 30, 2011

perisitwa itu..SEMALAM..


semalam kan..29 Januari (sabtu)
ummi terperasan yg gigi salsabila tumbuh lg dua.
menjadikan jumlah giginya empat di ats..dan dua di bawah.

semalam kn..
ummi dan abah bawa salsabila gunting rambut.
aunty erin org pertama yg tgk..
pastu aunty aleen ngan uncle irmi yg singgah rumah kasi kopok losong.
mmg besh!! tq mucuk2..

semalam juga..
salsabila tunjuk skill baru.
berjalan sambil membawa tin nestum.. kih kih

semalam juga kn..
dia tido sambil mengigau.
sebabnya sabtu siang tu.. seharian ikut ummi bekerja.
penat lah tue..

hmm semalam adalah kenangan..
hari ini adalah kenyataan..
esok adalah impian..
sekarang?
sekarang adalah luahan.. :-)
selamat malam sayang-sayangku..

Sunday, January 23, 2011

:: she can walk ::



assalamualaikum and hyeee everyone...!

i'm so excited tonight..

she can walk..!!!

mmm sebelum2 ni cuma selangkah dua je, sampailah dia demam jumaat lepas. tp dah agak, demam sebab nak berjalan.hihi

malam nie..dia melangkah lagi. tp bukan setapak dua..10 langkah..! ummi kira senyap2 sambil buat2 xpandang dia.. hehe

ok, walaupun ummi masih ada dua story yg blm ummi siapkan, ummi ketepikan dulu hal kerja demi story berjalan yg buat ummi tersenyum lebar nie..

ok, layan gambar2 terhangat dari ladang yer..

love chocolate very much..!

walking..la la la la

my favourite show.. na na na na.. na na na na.. na na na na TV3..

study document?

ummi...let me play music.. ummi sing ya.. :-)

so funny..! dia akn buat mcm nie bila ummi ckp "adik..buat mucuk..!"

...love my daughter very much...

.end.

Tuesday, January 18, 2011

dah lama tak upload entry baru..?




Asalamualaikum w.b.t

Dah lama ummi tak update perkembangan puteri kecil kan.
Bukan sengaja untuk berbuat demikian, tetapi masa tidak mengizinkan.
Ummi kini dipinjamkan ke Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Canselori untuk menjalankan tugas wartawan dan pentadbiran.
Bermakna ummi terpaksa berpisah sebentar dari Unifilm. Melupakan seketika pita rakaman, shooting, kataloging, duplicating dan event recording.

Kembali ke UKK bermakna kembali ke tempat praktikal ummi tiga tahun yang lalu. Di sinilah ummi mula-mula mengenal erti kerja pejabat yg sebenarnya. Masih segar di ingatan, seminggu awal praktikal, ummi terpaksa cuti seminggu kemudiannya. DEMAM. kih kih kih. terrrrlalu sibuk dan penat. Kini, ummi melaluinya kembali...

Pulang sahaja ke rumah, ummi dah jarang nak buka laptop. Ummi lebih senang habiskan masa melayan si comel ummi yang pantas membesar dgn penuh keriangan mcm kanak-kanak ribina. (^.^)


Kini salsabila dah mula kenal dan cam bunyi motor abah, bunyi kereta abah, dan bunyi kereta ummi. Asal sahaja bunyi deruman itu didengar, dia mula menunjukkan aksi seronok. Bertepuk tangan kadangkala. Apabila abahnya menjenguk sambil memberi salam.. waaaah! seakan dialah yang paling bahagia.. bersimpuh sambil melompat dan tangannya pula diangkat-angkat tanda terlalu bahagia. :-) seronok melihat aksi ini. Kadang-kadang ummi sengaja menunggu untuk melihat gelagatnya seperti itu.

hmm bab gigit pulak, pantang dapat pipi ummi, bahu dan mane-manalah yang boleh dia gigit. tapi bukan abah..! dia sesungguhnya tidak berani sama sekali gigit abah. entah kenapa. hehehe

Dan kegemarannya kini, iklan colgate. ade tiga budak yg menari sambil pegang berus gigi yg sgt besar. Syok sungguh dengan iklan tu.

Apabila naik walker.. dia seolah main kejar2 sorang-sorang. Dia berlari dgn laju ke hulu.. lepas tu lari pulak ke hilir.. lepas tu hulu, hilir, hulu, hilir.. hihihihi

Bab bercakap..mm rasanya dah teror benar. Tapi satu pun ummi tak faham, melainkan perkataan yg sgt jelas "abah". yg itu sahaja, selebihnya tu hanya Salsabila sahaja yg faham. Seolah-olah dia sedang bercerita panjang lebar pulak tu.

Masih ummi ingat, sewaktu staff kontraktor masuk ke rumah untuk check paip. Dia yg seorang diri berada di luar pintu bilik air, menangis dengan kuat.. dia takut dgn org yg tak dikenali masuk ke rumah..! bagus2.. bijak mempertahankan diri. Jgn pula nak ikut org yg tak dikenali kn kn kn. bahaya tue..

Terbaharu.. Salsabila dah pndai buka laci di biliknya. Ditarik laci paling bawah dan dikeluarkan semua kasut-kasutnya. Lepas tu, bila di bilik ummi, dibukanya pula almari ummi. Dikeluarkan towel2 yang dah elok tersusun satu demi satu. Pantang lihat pakaian yang tersusun, mesti nak disepahkan.. hihihi

Sunday, January 9, 2011

::10 bulan::


Assalamualaikum w.b.t.

Percaya atau tidak.. itulah kenyataan..!
09/01/2011
~ Genap puteriku berumur 10 bulan ~

Pada usia ini, anak ummi memandang segala benda dgn perasaan teruja.
Semuanya nampak enak dan lazat.
Dari mainan legonya sehinggalah ke bulu-bulu karpet.
Semuanya nak dirasa, nak dimasuk ke mulut.
Malah, paling kerap adalah getah pengikat nasi lemak..!
Asal sahaja ummi lihat mulutnya seakan-akan menguyah sesuatu,
nah...itu dia..getah lagi..! (^,^)

owh...semalam..heran ummi bila dicari dalam bilik, tak ade..
kat luar, lagilah tak ade..
rupa-rupanya.. tgh main telur kat dapur..! hihihi
nasib baiklah tak ade telur yg pecah.
so many things to explore and many experiments she want to do.
does it make noise? does it smell? does it sweet?
hmm that's my little scientist..!


:: ..crying.. ummi usik.. ::

::..smiling..abah acah..see my teeth..::

S3 Q ``NH;LOGGDA (maaf ye..ini bukan saya yg tulis..si comey ni tetiba nk menulis jgk..kalau ada yg faham apa yg ditaipnya ni, sila tafsirkan..hihi)


....................................
jika tepat masa, ketika,
keadaan dan siapa,
cinta adalah kuasa luar biasa
yang tiada bandingnya
Semoga cintaku pada Ilahi
melebihi cinta-cinta yang lain
..ameen..
....................................

.end.

Thursday, January 6, 2011

..La Tahzan..


Jangan Menunggu Bahagia Baru Tersenyum.
Tapi Tersenyumlah, Maka Kamu Kian Bahagia

Jangan Menunggu Kaya Baru Bersedekah.
Tapi Bersedekahlah, Maka Kamu Semakin Kaya

Jangan Menunggu Termotivasi Baru Bergerak.
Tapi Bergeraklah, Maka Kamu Akan Termotivasi

Jangan Menunggu Dipedulikan Orang Baru Kamu Peduli,
Tapi Pedulilah Dengan Orang Lain! Maka Kamu Akan Dipedulikan...

Para Pecundang Selalu Menunggu Bukti Dan Para Pemenang Selalu Menjadi Bukti