dah lama tak upload entry baru..?




Asalamualaikum w.b.t

Dah lama ummi tak update perkembangan puteri kecil kan.
Bukan sengaja untuk berbuat demikian, tetapi masa tidak mengizinkan.
Ummi kini dipinjamkan ke Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Canselori untuk menjalankan tugas wartawan dan pentadbiran.
Bermakna ummi terpaksa berpisah sebentar dari Unifilm. Melupakan seketika pita rakaman, shooting, kataloging, duplicating dan event recording.

Kembali ke UKK bermakna kembali ke tempat praktikal ummi tiga tahun yang lalu. Di sinilah ummi mula-mula mengenal erti kerja pejabat yg sebenarnya. Masih segar di ingatan, seminggu awal praktikal, ummi terpaksa cuti seminggu kemudiannya. DEMAM. kih kih kih. terrrrlalu sibuk dan penat. Kini, ummi melaluinya kembali...

Pulang sahaja ke rumah, ummi dah jarang nak buka laptop. Ummi lebih senang habiskan masa melayan si comel ummi yang pantas membesar dgn penuh keriangan mcm kanak-kanak ribina. (^.^)


Kini salsabila dah mula kenal dan cam bunyi motor abah, bunyi kereta abah, dan bunyi kereta ummi. Asal sahaja bunyi deruman itu didengar, dia mula menunjukkan aksi seronok. Bertepuk tangan kadangkala. Apabila abahnya menjenguk sambil memberi salam.. waaaah! seakan dialah yang paling bahagia.. bersimpuh sambil melompat dan tangannya pula diangkat-angkat tanda terlalu bahagia. :-) seronok melihat aksi ini. Kadang-kadang ummi sengaja menunggu untuk melihat gelagatnya seperti itu.

hmm bab gigit pulak, pantang dapat pipi ummi, bahu dan mane-manalah yang boleh dia gigit. tapi bukan abah..! dia sesungguhnya tidak berani sama sekali gigit abah. entah kenapa. hehehe

Dan kegemarannya kini, iklan colgate. ade tiga budak yg menari sambil pegang berus gigi yg sgt besar. Syok sungguh dengan iklan tu.

Apabila naik walker.. dia seolah main kejar2 sorang-sorang. Dia berlari dgn laju ke hulu.. lepas tu lari pulak ke hilir.. lepas tu hulu, hilir, hulu, hilir.. hihihihi

Bab bercakap..mm rasanya dah teror benar. Tapi satu pun ummi tak faham, melainkan perkataan yg sgt jelas "abah". yg itu sahaja, selebihnya tu hanya Salsabila sahaja yg faham. Seolah-olah dia sedang bercerita panjang lebar pulak tu.

Masih ummi ingat, sewaktu staff kontraktor masuk ke rumah untuk check paip. Dia yg seorang diri berada di luar pintu bilik air, menangis dengan kuat.. dia takut dgn org yg tak dikenali masuk ke rumah..! bagus2.. bijak mempertahankan diri. Jgn pula nak ikut org yg tak dikenali kn kn kn. bahaya tue..

Terbaharu.. Salsabila dah pndai buka laci di biliknya. Ditarik laci paling bawah dan dikeluarkan semua kasut-kasutnya. Lepas tu, bila di bilik ummi, dibukanya pula almari ummi. Dikeluarkan towel2 yang dah elok tersusun satu demi satu. Pantang lihat pakaian yang tersusun, mesti nak disepahkan.. hihihi

No comments:

Post a Comment

opss!! jgn mengutuk k.. xbaik taw..