Wednesday, June 15, 2011

Admitted To Hosp. Tengku Fauziah, Kangar



Pagi ahad, Salsabila dihantar ke rumah pengasuh, Mama Sha.
Hati ummi memang langsung tak tenteram di pejabat.
Duk teringat je kat dia.
Ape tidaknya, masa kejut dia pagi tadi, keadaannya sangat lah letih dan tak bermaya.

Maka ummi dan abah buat keputusan (setelah berbincang di fb) untuk bawa Salsabila ke Hospital Tengku Fauziah, Kangar.

Lepas daftar di kecemasan, check kesihatan kali pertama dibuat oleh nurse.
ummi disoal siasat beberapa perkara.
Lepas tu, tunggu giliran Ummi explain pd doctor yang salsabila hari ni cirit hari ke-7.
Sebelum cirit, salsa muntah-muntah tiga hari..
minum susu je muntah. Lepas tu demam..
beberapa hari demam, diikuti cirit..
muntah2 dah langsung xde lagi..
Lepas terangkan keadaan salsa sepenuhnya,
doc decide nak tahan di wad.
Paling kurang sehari dua, untuk pemeriksaan lanjut.
Mulanya berat juga hati ummi dgn abah.
Ummi tanye abah, abah tanye ummi.

"cane..."
"mmm cane..."
dua2 buat muka.

xnak sebenarnya...
Tp bila doc explain knp perlu tahan salsa,
barula kami menggangguk setuju (angguk dgn malas sekali).

Proses nak masuk ke wad nie, punyalah lama.. penat menunggu.
staff yg jaga kaunter minta mykid, ummi pulak tertinggal mykid dia kat beg pakaian salsa.
nurse mintak i/c ummi, cari punye cari.. aishh xde jgk..
(msti staff tu dah pikir semacam)
mm ummi agak, staff tu pikir ummi nie pendatang haram. mm xpun, mungkin culik budak. hihi
last2, pakai je i/c abah.
Setelah lama menunggu, Bila giliran salsa kena check oleh doc kedua, benda sama ummi nak kena explain lagi.

masa ni opah dah sampai pun.. lepas bg penerangan panjang lebar, ummi abah disuruh keluar. doc nak ambil darah salsa. tinggal doc dan seorang nurse. doc siap guna kain lagi untuk bedung anak ummi.

Salsa ape lagi.. meraung2 la. xmau diperlakukan begitu. tgk ummi dan abah xda.. laungan makin kuat. ummi dan abah saling berpandangan. resah..

Bila opah dah kuar air mata, ummi dah xleh sabar lagi.. ummi masuk juga bilik doc tu dgn airmata berguguran. tapi ummi xleh buat apa.. doc tak kasi tolong. dari seorang nurse, masuk lagi seorang untuk pegang salsa. yela.. ummi faham sgt dengan anak ummi ni. tenaganya kuat bila meronta.. kesian sgt dgr suaranya waktu tu. satu wad boleh dengar dia menjerit.

Bila dah selesai ambil darah, salsa kami tenangkan.. tersedu-sedan dia. bila diberi susu, dia terus lena di katil wad. cian sungguh anak ummi.

Ape pun, mlm tu salsa berselera mkn nasi goreng. sama2 buka puasa dgn ummi. bukan main seronok pula. esoknya baru mati kutu. xtaw nak buat ape di wad.. last2 dia melawat patient2 yg sakit. lucunya, dia cuma berpampers, tanpa baju dan seluar. hihi.

Alhamdulillah, setelah doc berpuas hati, malam tu kami dibenarkan keluar jam 7.30 mlm. sempat lagi ummi layan nora elena. hihi

Salsa pula, seronok betul dapat kuar wad. bukan main happy bila masuk kereta.. (^.^)

::end::



Saturday, June 11, 2011

BAYI CIRIT BIRIT?


Assalamualaikum wbt,


Kali ni ummi nak share artikel menarik di bawah. Dari seorang doktor pakar sakit puan, dr hamid arshat.
blog beliau boleh dilayari di http://www.hamidarshat.com/

Ummi tercari2 artikel kesihatan yg boleh membantu masalah baby ummi yg hampir 5 hari cirit-birit. Ternyata, artikel ini sangat membantu.

ok.. ummi nak masak nasi. Nak ambil air rebusan nasi untuk buat ubat cirit birit Salsabila. Doakan ank ummi segera sembuh yer.. bye2..



Cirit Birit

Print

CIRIT-BIRIT DIKALANGAN BAYI

Cirit-birit adalah penyakit yang biasa terdapat dikalangan kanak-kanak terutamanya yang dibawah lingkungan umur dua tahun. Penyakit ini biasanya bermula dengan muntah-muntah diikuti dengan cirit. Najis yang keluar biasanya cair tetapi adakalanya bercampur dengan darah. Demam selalunya tidak ketara. Penyakit ini lazimnya berakhir dalam beberapa hari tetapi adakalanya berterusan hungga berminggu-minggu.

Penyakit cirit-birit masih merupakan satu punca kematian bayi yang utama di negara ini dan juga di seluruh dunia terutamanya di negara-negara yang sedang membangun. Keadaan yang ada kaitan dengan tingginya kadar penyakit cirit-birit ialah taraf sosio-ekonomi yang rendah, ketiadaan bekalan air yang bebas dari kuman-kuman bakteria (sanitary water supply) serta persekitaran yang kotor.

Penyeledikan telah menunjukkan bahawa dalam komuniti - komuniti yang rendah taraf sosio - ekonominya amalan pemberian susu tepung membawa kepada tingginya kadar bayi - bayi yang mati akibat cirit - birit. Ini mungkin ada kaitan dengan pencemaran air yang digunakan untuk membancuh susu serta juga alat - alat yang digunakan seperti botol - botol atau puting - puting susu. Memandangkan hakikat inilah sebagai pertubuhan sedunia seperti World Health Organisation ( W.H.O ) , UNICEF dan pertubuhan - pertubuhan perubatan antarabangsa telah mengesyorkan supaya semua negara didunia khususnya negara - negara yang sedang membangun yang masih mempunyai kadar kematian bayi yang tinggi mengalakkan penduduk - penduduk mereka meneruskan amalan pemberian susu badan kepada bayi - bayi.

Di negara ini usia enam bulan hingga setahun merupakan lingkungan umur yang selalu terdapat berlakunya penyakit cirit - birit. Ada anggapan yang mengatakan bahawa cirit - birit dalam tempoh usia ini adalah biasa bagi kanak - kanak yang membesar . Secara kebetulan penyakit cirit - birit yang menyerang bayi dan kanak - kanak biasanya disebabkan oleh kuman virus (ROTA Virus ) atau kuman - kuman bakteria seperti E. Coli , Shigella , Salmonella , Campylobacter dan lain - lain. Bayi - bayi yang diserang penyakit cirit - birit mungkin muntah - muntah dahulu sebelum cirit. Najis yang kelihatan berair sahaja lazimnya disebabkan oleh Rota Virus dan E. Coli. Adakalanya najis itu bercampur dengan darah. Ini biasanya disebabkan oleh kuman bakteria seperti Shigella , Enteropathogenic E. Coli , Salmonella , Campylobacter. Demam mungkin tidak wujud sama sekali , tetapi apa yang merunsingkan ialah kanak - kanak atau bayi yang muntah - muntah serta cirit - birit cepat mendapat kekeringan kadangkala dalam masa beberapa jam sahaja dan jika tidak dirawat dengan segera mungkin boleh membawa maut. Bayi - bayi yang kecil mempunyai risiko yang tinggi dan kumpulan inilah yang selalu menemui maut akibat penyakit cirit - birit.

Doktor - doktor mengenali tahap kekeringan yang dialami dengan memerhatikan beberape tanda. Bayi-bayi yang mengalami tahap kekeringan yang rendah biasanya tidak menunjukkan apa-apa tanda yang mudah dikenali selain daripada kekeringan yang kurang daripada lima peratus. Pada tahap yang sederhana ( dari 5 - 10 Peratus tahap kekeringan ) bayi - bayi yang sering menunjukkan tanda - tanda seperti mata tenggelam , ubun - ubun turun dan kulitnya kendur. Dia juga mungkin mengantuk serta kurang membuang air kecil. Tahap kekeringan yang sangat merbahaya ( kekeringan lebih dari 10 % ) menunjukkan bayi - bayi yang seakan - akan tidak sedarkan diri dan kulitnya bukan sahaja kendur tetapi juga terasa sejuk , ubun - ubun dan matanya tenggelam dan kalau dia diangkat , badannya terasa lembut dan ringan sahaja. Dia tidak benyak membuang air kecil dan air kencing itu pekat sahaja. Suhu badannya mungkin tinggi dan kadangkala , dia mungkin sawan. IBU BAPA TIDAK SEHARUSNYA MEMBIARKAN ANAK MEREKA YANG MENGALAMI CIRIT - BIRIT SAMPAI KE TAHAP MERBAHAYA KERANA INI MUNGKIN MEMBAWA MAUT.

Langkah - langkah yang perlu diambil

Walaupun bayi cirit dia berupaya menyerap air dan glukos. Ibu bapa disarankan supaya tidak memberi bayi semua formula susu tepung serta pepejal pada waktu penyakit ini menyerang bayi. Doktor - doktor menyarankan para ibu untuk terus memberikan susu badan dan menampungnya dengan memberi larutan glukos dan garam ( Oral Rehydrating Solution ). Susu tepung atau pepejal boleh diberi dengan beransur - ansur apabila penyakit ini mula reda. Tujuan penting di dalam rawatan cirit - birit dikalangan bayi ialah untuk mencegah berlakunya kekeringan. Pada masa dahulu ramai ibu memberi bayi mereka air nasi untuk merawat cirit - birit dan amalan ini telah diuji dengan cara saintifik oleh doktor - doktor di singapura. Amalan ini didapati sungguh memuaskan. Nasi itu perlu dimasak sehingga menjadi bubur dan airnya diambil untuk diberi kepada bayi yang cirit. Tetapi pada masa kini larutan air yang mengandungi garam dan glukos ( Oral Rehydrating Solution ) mudah didapati di klinik - klinik dan telah pun diakui di seluruh dunia sebagai rawatan yang paling sesuai untuk bayi - bayi yang cirit - birit.

Jika bayi - bayi terus menunjukkan tanda - tanda kekeringan yang terus melarat walaupun rawatan secara ini telah dimulakan perlulah bayi dibawa ke klinik atau ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut di mana kekeringan boleh dirawat dengan cara drip ( intravenous infusion ). Antibiotik atau bancuhan ubat untuk mengurangkan cirit dan muntah biasanya tidak dikesan jika diberi kepada kebanyakkan bayi yang menghidap penyakit ini.

Komplikasi

Sebahagian bayi - bayi kecil yang mengalami cirit - birit didapati terus cirit sehingga lebih dari dua minggu. Keadaan yang dipanggil post - enteritis syndrome ini adalah merbahaya kerana bukan sahaja timbang berat bayi merosot tetapi boleh membawa kepada morbiditi dan kematian. Rumusan dari penyelidikan yang dibuat di negara kita sendiri menunjukkan bahawa keadaan ini terdapat di kalangan bayi - bayi yang diberi susu tepung dan menunjukkan tahap pemakanan yang rendah serta bayi - bayi yang mengalami cirit - birit akibat kuman bakteria . Cirit - birit yang berpanjangan memerlukan perhatian doktor - doktor kerana cara rawatan yang sewajarnya mungkin perlu diatur ' Post - enteritis syndrome ' ini jika berterusan boleh membawa kepada tahap pemakanan yang rendah ( malnutrition ) dan akan turut menjejaskan perkembangan bayi.

Pencegahan

Ibu - ibu disarankan supaya memberi susu badan kepada bayi dari lahir lagi kerana susu ibu mempunyai beberapa kuasa perlindungan untuk mencegah penyakit - penyakit termasuk cirit - birit. Bagi ibu - ibu yang memberi susu tepung kepada bayi mereka , kebersihan diri dan kebersihan alat - alat yang digunakan untuk membancuh susu adalah penting supaya bayi tidak terdedah kepada kuman yang boleh menyebabkan penyakit cirit ini. Memang jelas penyakit cirit - birit di kalangan bayi pada masa kini telah banyak berkurangan dengan adanya bekalan air yang bersih dari kuman. Bagi kawasan - kawasan yang masih terpaksa mendapat bekalan air dari perigi - perigi air itu mestilah dimasak terlebih dahulu. Botol , sudu serta segala yang digunakan untuk membancuh susu mesti dimasak terlebih dahulu.

Perkara yang masih didalam proses penyelidikan ialah pengimunan seperti yang terdapat untuk penyakit - penyakit polio , kerongkong , kol - kol dan demam kepialu. Vaksin untuk mencegah penyakit cirit - birit oleh virus Rota dan bakteria E.coli sedang diuji dan ini akan membawa harapan yang besar untuk mengawasi penyakit cirit - birit di kalangan bayi pada masa hadapan jika ujian ini berhasil.

..END..

Wednesday, June 8, 2011

business



Setiap orang mempunyai minat atau HOBI masing-masing.
Kadangkala HOBI boleh membantu individu itu menjana pendapatan.
Beruntung mereka yang punya HOBI demikian.

HOBI ummi pula.. of course la snap gambar.
Hakikatnya, HOBI ummi ini juga membantu ummi dalam menambah pendapatan.
Sejujurnya, pelaburan ribuan ringgit untuk membeli kamera DSLR telah pun balik modal, hasil daripada upah menjadi jurugambar majlis-majlis perkahwinan,pertunangan, mahupun jurugambar potret keluarga.

Bermula dari usaha ummi seorang diri, kini ummi mula bergerak berkumpulan. Kata orang, kerja dalam berkumpulan lebih baik. Hasilnya pun lebih pelbagai, dek pelbagai idea yang tercurah. Malah, dari situ kita dapat pelajari banyak perkara yang mungkin tidak terfikir oleh akal dan fikiran kita sendiri. Maklumlah, seorang jurufoto seharusnya seorang yang berjiwa kreatif. Andai tak kreatif.. mati kutu dibuatnya depan pengantin yang duk menunggu arahan dari jurukamera.

Baru-baru nie, ummi ada mengikuti kursus keusahawanan.
Memang bagus juga kursus ni, dapat memberi pengetahuan dan pendedahan dalam dunia perniagaan yang sebenar. Peserta diuji melalui kuiz untuk mengenalpasti tahap/kebolehan/minat dan keinginan dalam bidang keusahawanan.
Alhamdulillah, ummi antara peserta yang mendapat markah tinggi.. hip hip horey..!
Tak sangka juga yer.. rupanya ummi memang anak jati negeri cik siti wan kembang yang suka berniaga. hihi.

Setelah dinilai melalui kuiz tersebut.. hanya 3 sikap ummi yang dikenalpasti berada pada tahap sederhana. KEYAKINAN DIRI, KETEGASAN, dan terakhir MEYAKINKAN ORANG LAIN.

Biar ummi jelaskan apa kaitan ketiga-tiga elemen di atas dalam berbisnes.

KEYAKINAN DIRI
- mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap kemampuan diri sendiri.
- berpendirian dalam menyatakan keputusan sendiri walaupun
mendapat tentangan hebat.

KETEGASAN
-sanggup menghadapi masalah atau isu dengan terus terang.
- mencari penyelesaian masalah dengan orang lain secara terus terang.
- beritahu orang lain seperti pekerja, pelanggan, pembekal, atau pesaing apa yang mereka patut lakukan.
- beri amaran atau ambil tindakan disiplin ke atas mereka yang gagal melaksanakan tugas seperti yang diharapkan.

MEYAKINKAN ORANG LAIN
- mampu memujuk, mengajar dan meyakinkan orang lain.
- untuk beli sesuatu barangan/perkhidmatan
- untuk buat pelaburan/ memberi pinjaman
- supaya orang lain melakukan sesuatu
- tonjolkan kemampuan diri@sykt
- tonjolkan keyakinan terhadap keluaran/ perkhidmatan sykt sendiri.

Haaa.. anda jangan terlopong saja bila baca. Pastikan anda sememangnya punyai ciri2 kat atas tu yer. Barulah business kita lebih success. Tapi ini cuma tiga sahaja.. Selebihnya ada dalam 20 sikap taw.. ummi xnak masukkan sini, sebab ummi dapat gred tinggi untuk sikap2 tersebut.. hihi (^.^)

Apapun, suka ummi pesan di sini bahawa 9 per 10 dari rezki itu adalah dari perniagaan.. Bye2.


Tuesday, June 7, 2011

::rehat minda di pulau mutiara::



Hye all..
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Entry yg terperam sekian lama di Nikon 7000.
Gambar2 kami sekeluarga ke negeri Pulau Pinang Pulau Mutiara.

Saje kami ikot abah outstation.. sambil meraikan birthday ummi yg ke.. ehem ehem.
muda lagi laa.. hihi ;-)

Sentiasa muda dgn senyuman.. tol x? ;-)












:: E.N.D ::