business



Setiap orang mempunyai minat atau HOBI masing-masing.
Kadangkala HOBI boleh membantu individu itu menjana pendapatan.
Beruntung mereka yang punya HOBI demikian.

HOBI ummi pula.. of course la snap gambar.
Hakikatnya, HOBI ummi ini juga membantu ummi dalam menambah pendapatan.
Sejujurnya, pelaburan ribuan ringgit untuk membeli kamera DSLR telah pun balik modal, hasil daripada upah menjadi jurugambar majlis-majlis perkahwinan,pertunangan, mahupun jurugambar potret keluarga.

Bermula dari usaha ummi seorang diri, kini ummi mula bergerak berkumpulan. Kata orang, kerja dalam berkumpulan lebih baik. Hasilnya pun lebih pelbagai, dek pelbagai idea yang tercurah. Malah, dari situ kita dapat pelajari banyak perkara yang mungkin tidak terfikir oleh akal dan fikiran kita sendiri. Maklumlah, seorang jurufoto seharusnya seorang yang berjiwa kreatif. Andai tak kreatif.. mati kutu dibuatnya depan pengantin yang duk menunggu arahan dari jurukamera.

Baru-baru nie, ummi ada mengikuti kursus keusahawanan.
Memang bagus juga kursus ni, dapat memberi pengetahuan dan pendedahan dalam dunia perniagaan yang sebenar. Peserta diuji melalui kuiz untuk mengenalpasti tahap/kebolehan/minat dan keinginan dalam bidang keusahawanan.
Alhamdulillah, ummi antara peserta yang mendapat markah tinggi.. hip hip horey..!
Tak sangka juga yer.. rupanya ummi memang anak jati negeri cik siti wan kembang yang suka berniaga. hihi.

Setelah dinilai melalui kuiz tersebut.. hanya 3 sikap ummi yang dikenalpasti berada pada tahap sederhana. KEYAKINAN DIRI, KETEGASAN, dan terakhir MEYAKINKAN ORANG LAIN.

Biar ummi jelaskan apa kaitan ketiga-tiga elemen di atas dalam berbisnes.

KEYAKINAN DIRI
- mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap kemampuan diri sendiri.
- berpendirian dalam menyatakan keputusan sendiri walaupun
mendapat tentangan hebat.

KETEGASAN
-sanggup menghadapi masalah atau isu dengan terus terang.
- mencari penyelesaian masalah dengan orang lain secara terus terang.
- beritahu orang lain seperti pekerja, pelanggan, pembekal, atau pesaing apa yang mereka patut lakukan.
- beri amaran atau ambil tindakan disiplin ke atas mereka yang gagal melaksanakan tugas seperti yang diharapkan.

MEYAKINKAN ORANG LAIN
- mampu memujuk, mengajar dan meyakinkan orang lain.
- untuk beli sesuatu barangan/perkhidmatan
- untuk buat pelaburan/ memberi pinjaman
- supaya orang lain melakukan sesuatu
- tonjolkan kemampuan diri@sykt
- tonjolkan keyakinan terhadap keluaran/ perkhidmatan sykt sendiri.

Haaa.. anda jangan terlopong saja bila baca. Pastikan anda sememangnya punyai ciri2 kat atas tu yer. Barulah business kita lebih success. Tapi ini cuma tiga sahaja.. Selebihnya ada dalam 20 sikap taw.. ummi xnak masukkan sini, sebab ummi dapat gred tinggi untuk sikap2 tersebut.. hihi (^.^)

Apapun, suka ummi pesan di sini bahawa 9 per 10 dari rezki itu adalah dari perniagaan.. Bye2.


No comments:

Post a Comment

opss!! jgn mengutuk k.. xbaik taw..