Sarang Tebuan Jangan Dijolok

Assalamualaikum wbt para blogger dan pembaca yg budiman.. Apa kabar kalian semua..? Semoga kalian sihat2 hendaknya..kalau demam..sakit kepala..mmm itu semua penghapus dosa2 kecil kita..

Pagi ini..saya cuma nak share satu perkara. Tentang menjolok sarang tebuan. Kenapa org dahulu kala kata "sarang tebuan jangan dijolok? Haa dah tentu secara logiknye perbuatan itu hanya menyebabkan diri sendiri dalam bahaya..diri sendiri akan sakit.. Anda setuju? Betulkan sy jika sy silap..

Sy nk kongsi satu peristiwa pagi ini yang boleh sy katakan sgt sesuai sekali dgn kisah menjolok sarang tebuan..

Pagi ini aku bangun jam 6.20. Aku bersiap secepatnya kerana perlu menghantar anak ke rumah pengasuh. Mengambil alih tugas suami kerana si dia outstation dr pagi semalam. Aku ke pjbt dhlu..kulihat jam 7.30 pg. Sempat berpesan kpd rakan sepejabat. "seha pegi hantar ank taw.." Mmg menjadi satu budaya kerja kami..saling mengambil tahu ke mana pergerakan rakan2 supaya bila bos tanya nanti, kita tahu menjawabnya. Bukanya bg stengah orang, bila bos tanya ke mana rakan sebelah pergi.. Hanya menjawab "tak tahu" shj.

"Alhamdulillah" kulafaz kata syukur bila berjaya membuat pusingan u dengan selamat. Sengaja aku menghantar anakku lebih awal kerana u turn di Taman Universiti waktu puncak sangat2 lah menyeramkan apabila semua kereta dari arah Alor star dan Changlun dah jadi mcm kereta hantu..laju tak ingat..! Nak kejar thumbprint..

Jam 8 pagi kereta putihku dah masuk gate universiti. Jam 8.04 aku sampai di pejabat. Dan bila pintu pejabat kutolak.. Maka bermulalah episod itu...

"hai staff seksyen media dtg lah awal sikit...bla bla bla" bebel seorang staff senior.
Aku jawab "sy hantar anak".
Tapi bebelannya masih berbunyi...di depan rakan2 lain yg hanya mendengar. Ada yg memandang aku.. Ada yg buat2 tak tahu..
Aku tak tahan..telinga panas. Hati sakit. Bebelannya masih kedengaran.
Aku menjawab lagi..."sy hantar anak..." dgn nada yg agak tegas.
"kl tak boleh tolong kerja media..jgn buat. membebel tak dpt pahala pun..kerja seksyen korang sy tolong selama ni ada sy bising..?"
Aku ke pantry..capai cawan. Isi air pns.letak gula dan teh uncang. Terduduk di kerusi pantry dan menangis sepuasnya..
Kenapa aku nangis? Sebab mulut lebih tajam dr mata pedang..
Senior itu tidak rasional membebel di pagi hari. Tanpa beri aku peluang pertahan diri. Aku seolah dimalukan depan kawan2 lain..dan paling terguris, kerja mereka semua aku sambut dgn senyuman bila pertolonganku diperlukan.
Malah...aku jua yg menghulur tgn saat mereka dah tak cukup tgn..
Ini balasan atas kelembutanku selama ini. Ini balasan atas senyuman yg aku lempar saat kadangkala gurauan2 sinis yg mereka lakukan.

Beberapa teman baik dtg menenangkan hati. Selepas itu..ku angkat handbeg dan balik rumah. Alhamdulillah..bos yg turut menyaksikan kejadian td faham akan keadaan itu..

Apa yg ingin aku ingatkan kalian...berbudi bahasalah. Tak rugi. Malah tak guna menyakiti hati orang lain..atau berkata2 sinis untuk menunjukkan dirimu hebat. Masing2 kita adalah sama. Hari ini hari aku susah...mungkin esok hari kamu..dan jika kita dah buat hati rakan2 terguris...masih tak malukah nak minta tolong padanya...atau sekadar nak buat muka tebal?

Dan seperkara lagi...sarang tebuan jgn dijolok..kita nak berkata sinis tu fikirlah sama keadaan orang yg nak kita katakan. Dia memang silap haribulan sebab aku sedang bendera merah dan pelbagai kesulitan yg sedang aku tanggung sejak semalam...yg tak perlu aku ceritakan di sini..

Salam ukhwah fillah buat semua....

Assalamualaikum w.b.t.

2 comments:

  1. sabar la seha..
    sian u.. sabar ye.
    isk3~ sedih i bace..

    ReplyDelete
  2. Hihihi...kesabaran hilang time tue u... :O

    ReplyDelete

opss!! jgn mengutuk k.. xbaik taw..