2 tahun 4 bulan : KAYUH BASIKAL



Saat ini ummi sangat mengantuk. Mata tak larat nak tongkat dah. So ummi ambil sikit masa untuk update perkembangan terbaru si manja ku chakk. hihi

Salsabila dah boleh kayuh basikal. Satu perkembangan positif. Mana tidak, lama ummi tunggu dia nak kayuh, akhirnya bila umur hampir menjangkau 2 tahun 4 bulan (lagi dua hari) baru dia reti ye.. bukan main teruja lagi abah.. "ayang...kakak reti kayuh..!" ummi yang sedang bekerja di dapur sanggup tinggal kuali belanga (ehh ade ke kuali belanga di rumah?) semata-mata nak lihat sendiri dengan mata ini.

waaaa... so sweet..! (^.^)

hobi baru dia sekarang ialah memuatkan segala mainan, sudu, pengupas buah, remote tv, sepit kuku (ape sahaja yg dia nampak) ke dalam paper bag. Dan paper beg itu akan disangkut di tepi basikal. Bila dah ready, dia akan datang kat kita dan salam. Sambil cakap.. "bye...adik nak g kje"
(agak2 kan...dia tiru abah ke ummi tu..? hihi).

ok lah.. sampai sini dl ye.. nnti ummi update lg.. baru segar sikit otak yang semak ini.. hehe


::end::




No comments:

Post a Comment

opss!! jgn mengutuk k.. xbaik taw..