
Monday, August 27, 2012
Sunday, August 12, 2012
shaun the sheep

iftar - holiday villa; ramadhan 1433h
main masak2

saloon


Tuesday, August 7, 2012
Duhai Lelaki dan Wanita2ku Sayang
4 GOLONGAN LELAKI YANG DIHERET OLEH WANITA KE NERAKA
1. AYAHNYA....
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuan di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuan tidak menutup Aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberikan kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke Neraka Oleh anaknya.
2. SUAMINYA....
Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan Mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim, solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut diheret oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
3. ABANG-ABANGNYA....
Apabila ayahnya sudah tiada, bertanggungjawap menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya.Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah heretan adiknya di akhirat kelak.
4. ANAK-ANAK LELAKINYA....
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah,mengata dan sebagainya maka anak itu akan sisoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Maka nantikan heretan ibunya ke Neraka.
KEPADA SEMUA KAUM ADAM
(smga mnjadi pemimpin yg baik)
KEPADA SEMUA KAUM HAWA
(sayangi kaum adam kita.. sanggupkah kita mengheret mereka turut sama disiksa di neraka jahanam hanya kerana dosa2 yang kita lakukan)
Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!
Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!
Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)
Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Jom sama2 kita belajar...
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...
Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.
Thursday, August 2, 2012
CATATAN RAMADHAN 1433H – PART 1
Assalamualaikum dan salam lebaran buat semua,
Ramadan bagai kereta Ferrari?
Cepat benar ramadhan bertandang. Pejam celik, hari ini dah pun 13 hari umat Islam berpuasa. Ada pensyarah UUM cakap, ramadhan bagai kereta Ferrari… vrooomm laju je datang dan perginya. Macam mana ramadhan kalian tahun ini? Pastinya lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya kan?
Bazar Ramadhan
Bagi ummi, ramadhan kali ini lebih mematangkan diri dalam memujuk nafsu. Selama 13 hari berpuasa, baru dua kali ummi ke bazar ramadhan. Itupun sebab termakan pujukan kawan..(hubby pula outstation ke KL). Ummi beli murtabak dan yong tau foo. Kali keduanya kami singgah bazar ramadhan Baling.
Makan di luar?
Dua kali… kali pertama masa berbuka bersama family Kak Amy dan adik-adik praktikal di Pekan Rabu. Kali keduanya bersama hubby di Tesco Mergong (gara-gara nak beli lauk). Tapi kata hubby, lepas ni tak mau dah ke Alor Setar lepas waktu pejabat. Mengantukkk! Hihi. Ummi pun tersengguk-sengguk dalam kereta.
Berpuasa bersama keluarga
Seronok kan dapat berbuka bersama insan tersayang. Beruntunglah sesiapa yang setiap hari dapat merasa air tangan ibu. Mmm rindunya pada ma di Kelantan. Setiap kali nak pulang ke sana, asyik tak jadi aje.. ;-( Dengan family hubby, kami tak sempat berbuka masa 1st ramadhan. Time tu semua adik –adik berkumpul berbuka bersama ummi dan abah.. kitorang aje tak dapat ikut serta. ;-( Tapi akhirnya kami berkesempatan balik juga hujung minggu baru-baru ni. Best sangat. Dapat berterawih di masjid dengan mertua. Sangat best..!
Fidyah
Haaa jgn lupa bayar fidyah ye bagi sesiapa yang belum habis ganti puasa tu..