Monday, January 28, 2013

KAMPUNG JALONG, SUNGAI SIPUT, PERAK

Assalamualaikum

Saya nak kongsi gambar yang saya rakam baru-baru ni di Kg Jalong, Sungai Siput, Perak.
Subhanallah!! tempatnya sangat indah.

Terpegun seketika saat melalui barisan pokok2 tinggi dengan berlatar belakang hamparan langit membiru.
Rasa mcm dalam mimpi pun ada. (ayat over laa teww).


Haa tengok yang ini... ini gambar original taw..
tak de photoshop or photo editor or sewaktu dengannya.
Macam mana si kupu2 nie leh turut posing sama.. kekekeke

Bila saya whatsapp gambar ini dengan kakak, katanya...
"mu amik dekat wallpaper la tue"
haa... c dia tak percaya uolss. muahaha




abaikanla gambar saya yang terpejam ni..
salsabila je posing gaya peace..
umminye terpejam pulak!



Wednesday, January 16, 2013

AdaMu - Najwa Latif Lirik ( OST Setia Hujung Nyawa )




suke tak lagu ni? suke la tewww.. hehe.
siapa tengok cite petang2 kat TV3, SETIA HUJUNG NYAWA angkat tangan!
Best kan cite tu.. banyak pengajaran tuk kita semua..
Jangan tersengih-sengih aje time menonton,
tapi perlu juga fikir apa yang perlu dijadikan tauladan,
ape yang perlu dijadikan sempadan. kekeke

okey, i suka sangat lagu najwa anak pak latif nie.
sweet je kan.
liriknya pun sangatlah simple dan mudah difahami..
 betul x? jom hayati.... AdaMu by Najwa Latif.

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Lagu:Najwa Latif (NAR Publishing SDN BHD)
Lirik:Ika Latif (NAR Publishing SDN BHD)

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/07/lirik-lagu-adamu-najwa-latif.html#ixzz2I664oL00

Friday, January 11, 2013

mandi manda


hye semua... hari ni holiday!
jom layan sabila mandi kolam.
3 hari tinggalkan dia sbb outstation di KL.

so... having fun jommm!!

eh eh
mcm professional swimmer nak pergi training pulak yer  :-)

tadaa..! dah sampai!!
jom swim!

larikkkk.. dinosour air kejar saya!!!


boleh panjat sendiri taw uolls
takot punye pasal hehe

ape laa yg disembang dua beranak ni yer
dapat mandi tak lama pun..
dalam setengah jam je sbb datang lewat.
jam 11.30 pagi kompleks renang dah nak tutup
tp mcm biasala salsabila soleha ni..
bila dia dah seronok,
mmg susah nak diajak balik.
sampai kena usung laa...

ok, jumpa lagi mggu depan ye kolam!
bye2 kolam!!


..end..

Wednesday, January 2, 2013

PETUA DOA MUSTAJAB




Allah s.w.t. berfirman dalam surah Ghafir ayat ke-60, maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman:

“Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

Dulu semasa tingkatan 1 ustazah ummi pernah berkata, ALLAH itu MAHA PEMURAH.
Maka setiap doa2 kita ni akan dimakbulkan ALLAH. Tak kiralah doa benda yang baik atau benda yg buruk. Cumanya.... bagaimana kita nak mencapai doa yang mustajab, iaitu doa yg diterima olehNya.
 
okey...ayuh semak antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w  untuk mencapai doa yang mustajab:

 1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”

 2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.”

 3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”

 4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”

 5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. “Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.”

 6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. “Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”

 7. Ata bin Abi Rabah berkata: “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”

 8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: ‘Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.’”

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: “Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”

haaa yg no 9 ni best kan! pendek kata... ucapkanlah perkataan yang baik2 sahaja. sebabnya ucapan yang keluar dr mulut kita ini juga merupakan 1 doa. Justeru, jika perkataan yang tidak elok itu dilontarkan saat doa kita dimakbulkan, alangkah rugi.... dak gitu?

okey...tak yah la buat muka berkerut duk flashback balik ape yg dah diucap... smile dan mulakan harimu dgn mengucapkan tutur kata yang indah2 sahaja.. ;-)

salam sayang dari ummi... daaaaa