Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

Pagi itu, ummi tak sedap badan. Bukan pembawakan, bukan migrain, tapi.. ummi nervous. Nervous hingga menyebabkan ummi ulang alik masuk toilet.. hishhh.

Perasaan ini pernah singgah suatu masa dahulu.. waktu ummi tingkatan 6, setiap ahad minggu ke-3. Apabila ummi akan memimpin bacaan ikrar dalam Bahasa Inggeris di hadapan seluruh warga sekolah SMK Dato' Biji Wangsa.

Hari ini, setelah 9 tahun berlalu, perasaa itu kembali..nervous untuk naik ke pentas. Bukan tidak biasa naik ke pentas kerana ummi sering menjadi pengacara majlis..tapi.. perasaan nervous ini mengalahkan saat-saat menjadi pengacara majlis di hadapan menteri.

Rasa loya, nak terb****, terkucir.. semua ade.

Akhirnya, bila tiba di dewan besar kebanggaan UUM, dewan konvokesyen dan majlis2 besar UUM, ummi rasa sedikit lega..itupun setelah melihat barisan nama penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bg tahun 2010.

Lebih membuatkan ummi terharu, nama2 yg tersenarai bersama gambar profil masing-masing itu juga terdapat beberapa nama bekas2 pensyarah ummi sewaktu ummi mengambil Sarjana Muda 2004-2007.

Dr. Khairy, Dr. Chua.. ummi tersenyum bangga sendirian. Bulan ini, genap 3 tahun ummi berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Alahamdulillah, kata orang tuah ayam nampak di kaki, (ummi xreti tgk tuah ayam), tuah manusia, tak siapa tahu.

Ummi mendapat tahu berita gembira ini dari seorang teman baik, Erin yg menghantar kiriman sms. "tahniah yg, u dapat APC".

Saat itu, ummi terus call dia. Bergenang air mata ummi.. tanda syukur kps Allah setelah ummi pasti ini bukan lawak jenaka siang hari dari Cik Erin.

Mm dia pun turut sebak sama.. InsyaAllah, ummi nk ajak kawan2 dtg berbuka di rumah nanti.. semoga Allah permudahkan hajat ummi. Sebagai tanda menghargai kawan2 yg banyak menyokong ummi, dalam susah atau senang.

Alhamdulillah sekali lagi.. kerana dalam entry lalu, bertarikh 31 Julai 2010, ummi ade mengatakan abah berazam untuk "tahun depan nak target dapat lagi".


Yup, memang hajat abah tercapai.. tapi kali ini, untuk isterimu pula yer.. heheh.

Sesungguhnya, ummi percaya.. kerja yg dilakukan dengan niat hanya kerana ibadat kepada Allah, pasti punya keberkatan. Tidak sia-sia..

Walaupun kadangkala kita mengeluh dgn pekerjaan yg terlalu banyak, cepat2 lah kita sedar dan bangkit dari kelalaian yg boleh membawa kita lebih jauh tersesat dari kebenaran.

Pesan dari mertua ummi yg masih utuh di hati.. "orang melayu kata kerja yg kita buat untuk dilihat orang, dilihat bos, itu adalah HIPOKRIT.. tetapi, dalam ISLAM, itu namanya MUNAFIK.."

mm renung2 kan lah.. di pejabat ummi sendiri pun, ade manusia sebegini.. bila bos ada, buat2 sibuk.. buat2 kalut.. dan segala mcm hal kita yg tidak elok nak diadukan kpd bos.. konon dirinya bagus.. mungkin xsempat jadi pengawas sekolah dulu kot.. hihi. ampunnn..!

okeylah, sampai sini dulu ye.. buat semua yg merindui ummi.. terimalah.. (ceh2 mcm nk nyanyi pula) gambar2 terbaru ummi.. :-)




No comments:

Post a Comment

opss!! jgn mengutuk k.. xbaik taw..