APC

Tak sempat nak upload story ni. Agak sweet untuk dikenangi.. dan yg paling penting, buat si comel Salsabila, agar ianya menjadi satu motivasi buatmu sayang.. supaya suatu hari nanti, dirimu bakal menjadi salah seorang muslimah yg berjaya dunia dan akhirat..

21 Julai 2010...
Berlangsungnya Hari Inovasi dan Majlis Penganugerahan Universiti. Ummi sekali lagi diberi tanggungjawab sebagai pengacara majlis. Tapi untuk tahun ini, Ummi bergandingan dgn uncle Fazli, kawan Abah merangkap kawan sepejabat Ummi. Kalau tahun lepas, Ummi digandingkan bersama ahli kumpulan nasyid Firdaus.. saudara Idzwan. tp tahun ni difahamkan saudara Idzwan tak sihat..

Hal pengacara majlis ni bukanlah perkara utama yg Ummi nak kongsikan. Tapi.. berkenaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
Seramai hampir 150 kakitangan UUM menerima anugerah ini, termasuk kakitangan pentadbiran dan akademik.
Abah merupakan salah seorang dari mereka yg berdedikasi melaksanakan tanggungjawab terhadap kerjaya masing-masing.

Syukur dipanjatkan kepada Allah..
Terasa bahagia sekali saat nama abah diumumkan oleh uncle Fadzli.
Abah? Hmm terseenyum ajelah sepanjang hari..
Tak sia-sia abah korbankan banyak masa dan tenaganya.
Kata abah, tahun depan nak target dapat lagi.. sama-sama kita doakan untuk abah yer.
Sememangnya jika abah bekerja keras, itu semua untuk kita.. selain untuk kerjaya abah sendiri.

Kegembiraan ini bertambah-tambah lagi apabila Opah Salsabila memberitahu yg Opah juga dapat APC pada tahun ini. Waaaahhh.. anak beranak naik pentas yer.. Ke mana tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi. Hurm..sama-sama gigih bekerja kan. ;-) So happy..

Begitu juga harapan Ummi buat Salsabila. Semoga Salsabila bakal menjadi seorang yg punya cita-cita tinggi. Setinggi harapan Ummi dan Abah kepadamu sayang.. (^.^)


~penyeri majlis.seri ker? hihi~


~tahniah hubby~

.......eNd.......

1 comment:

opss!! jgn mengutuk k.. xbaik taw..