Entah ape yg dimimpikan puteri kecil ini.
Sejak dua menjak ni, semakin banyak perkataan yang dapat dituturkan si manja ummi.
Pagi ini juga, abah teruja apabila Salsabila meyebut perkataan "jatuh..." kepada duit2 yang bertaburan, yang dikeluarkannya dari dompet abah.
Jika mood nya baik, dia turut menuturkan perkataan "lampu", "kipas", "buku". mmm seronok apabila dia mengikut apa yang kita ajarkan. ;-)
Ummi lebih suka Salsabila belajar benda baru dengan melihatnya sendiri.
Untuk itu, ummi kerap membawa Salsabila pusing-pusing UUM melawat si anak-anak rusa, melihat burung pipit yang berterbangan berkawanan dari dahan ke dahan..
mmm indah sekali..!
Semalam, balik saja dari rumah mama, ummi singgah ke tasik..
Salsabila sampai tak nak balik rumah.. seronok dia layan deruan air yang menghasilkan bunyi yang sangat asyik. Cuma tengok dari dalam kereta sahaja.. ahaks..!
Ummi yakin dan percaya, cara ini dapat membantu perkembangan otak si manja.
Sebenarnya, untuk mengembangkan kecerdasan, kreativiti si manja, anak-anak kita tidak hanya memerlukan nutrisi dan kasih sayang sahaja, sebaliknya stimulasi untuk bermain itu adalah penting.
Stimulasi ini juga sepatutnya sudah dilakukan sejak mereka di dalam kandungan lagi kerana perkembangan sel otak bayi dibentuk sejak wanita hamil 6 bulan. Apabila kita merangsang bayi di dalam kandungan, maka akan terbentuk hubungan antara sel-sel otak si manja yang membantu kecerdasannya.
So, petang ini nak bawa lagi si manje ummi jalan-jalan di tasik .. (^.^) ..
::::end:::
tengok ape ye kat atas tu...hehehe
ReplyDelete