Salam Aidil Adha 1432H



Alhamdulillah.. Eid al-Adha telahpun berlalu.. Tahun ini Ummi, Abah dan Salsabila Soleha menyambut eid al-adha di kampung ummi, Tumpat, Kelantan.

Syukur kepada Allah, cuaca hari raya tahun ini sangatlah baik.. tak hujan, tak panas. Maka dapatlah kami sekeluarga menyaksikan saat-saat lembu disembelih sebagai ibadah korban dan akikah dengan selesa.. ;-)

Ramai anak-anak saudara ummi yang masih kecil bertanya.. "kenapa perlu korban? ape hukum korban? " mmm macam2 lah pertanyaan mereka nie..

Biasa la, ummi masa kecil2 dulu pun tanye soalan yang sama jgk kan..

Sebenarnya, ibadah korban ini merupakan sunat muakkad bagi umat Islam dan makruh meninggalkannya bagi yang berkemampuan.

Ummi mengambil kira pendapat daripada Panel Penyelidikan Yayasan SOFA, Negeri 9 yang menyatakan, Rasulullah s.a.w sendiri memberi amaran kepada orang yang enggan berkorban, sebagaimana sabdanya: "Sesiapa yang mempunyai kemampuan untuk berkorban tetapi tidak berkorban, maka jangan hadir di tempat solat kami".

Haa..ape pula kelebihan ibadah ini?

Sesiapa yang melakukan korban pada hari tersebut, akan diampunkan dosanya dan ahli rumahnya pada titik pertama darah sembelihan korbannya.

Sesiapa yang memberi makan dan bersedekah dengannya, akan dibangkitkan pada hari kiamat sebagai orang yang mendapat keamanan dan timbangannya lebih berat dari Jabal Uhud.

Haa, besar kan ibadah ini?

Ummi nak kongsi satu perkara.. di pejabat ummi, ramai yang bertanya. "Nasiha balik raya haji di mana?" Bila ummi jawab balik Kelantan.. jawapan yang biasa akan kita dengar adalah. "ooo betullah sebab raya haji di Kelantan meriah.." Ape yang diberitahu itu benar... rupanya di Kedah, kata kawan2 ummi, hari raya korban tak pakai baju raya pun tak apa.. sebab hari raya korban atau Aidil Adha disambut dengan cukup hambar.. ada kawan ummi membuat pengakuan, mandi jam 12 tengah hari di hari tersebut.. mmm masyaAllah..

Syukurlah.. Ramai yang sedia maklum bahawa Kelantan adalah satu-satu negeri yang menyambut meriah kedatangan Aidil Adha.

Hakikatnya, Aidil Adha adalah Idul Akbar iaitu hari raya terbesar bagi umat Islam kerana banyaknya pembebasan daripada neraka atau pengampunan dosa yang dianugerahkan oleh Allah pada hari sebelumnya iaitu hari Arafah.

Pesan ummi kepada diri sendiri, jika kita sudah terlepas beberapa kelebihan awal Zulhijjah dan AidilAdha tahun ini maka marilah kita menyesali kealpaan kita itu dengan sesungguh penyesalan. Kerana kadangkala penyesalan yang tulus dek terlepas sesuatu amalan itu mungkin dinilai lebih besar daripada amalan itu sendiri.

Marilah sama-sama kita mohon agar Allah memberi kesempatan buat kita menemui sekali lagi bulan yang mulia ini di tahun-tahun mendatang. Marilah sama-sama kita berazam agar dapat menghayatinya dengan lebih sempurna.

InsyaAllah...

:: ummi, abah dan salsabila syg ::

:: lembu akikah amsyar dan lembu korban tok ma ::

:: salsabila pertama kali tgk lembu ::

:: akram bukhari ::

:: faris amsyar ::


::end::







No comments:

Post a Comment

opss!! jgn mengutuk k.. xbaik taw..