Terima dgn hati terbuka..

15 APRIL 2010. Tarikh ni aku nanti2 kan. Kesungguhan untuk bergelar pendidik tak pernah pudar dlm diri. Keputusan calon2 yg layak menduduki exam MEDSI bagi DPLI diumumkan. Sejak petang, website yg perlu aku buka sibuk sekali. Tak jemu aku mencuba, puas menunggu sambil2 melayari fb. Dan akhirnya aku baring melelapkan mata di sebelah salsabila. Jam 3.30 pagi, Salsabila merengek2 untuk menyusu. Baik sungguh anak ummi, xmenangis walaupun terlalu haus. Ku kira last dia menyusu pkul 11 mlm. Sekejap saja dia menghabiskan susunya..
Setelah si comel kembali tdo, aku sekali lg membuka laman web semakan MEDSI. Keputusannya, hampa.. “anda tidak layak menduduki ujian…”

Kutabahkan hati, gagahkan diri. Kuhampiri si comel dan kupeluk cium.. Ku bisikkan dlm hati sambil merenung ke mukanya: “ini anugerah Allah yg lebih besar buat ummi..ade hikmah di atas keputusan td..”
Kukembalikan Salsabila ke tilamnya, dan aku kejutkan suami yang sedang tdo. Dalam keadaan dirinya masih mamai..kumaklumkan tentang keputusan itu. “ayg dah semak.. tak dapat la exam tu abg..” suamiku hnya senyum dan kembali lelapkan mata. Kesian, aku gngu tdonya,padahal dia sgt mengantuk dan keletihan.. Air mata yg aku tahan2 sejak td gugur akhirnya disisi suami..

Kupujuk hati untuk terima apa yg ditakdirkan Ilahi.. ye,aku akui ada hikmah di sebalik segalanya..namun, kesedihan hatiku tetap bersisa. Menatap si kecil yg baru sebulan dilahirkan, membuatkan aku kembali celik. Yer, mungkin aku boleh terima sekiranya perlu berjauhan dengan suami untuk mengejar apa yg aku impikan memandangkan jika aku berjaya untuk DPLI, aku akn kembali bergelar pelajar dan ditempatkan di UPSI Tanjung Malim. Tapi, aku lupa sesuatu.. bagaimana dgn penerimaan suamiku.. menjauhkan dirinya dgn Salsabila..apakah mudah baginya untuk menerima?

Salsabila kesayangan semua..Jelas bahawa si comel ini amat disayangi. Mertuaku sanggup travel hampir setiap minggu dari Perak-Kelantan waktu aku berpantang di sana. Hujung minggu ni pula,insyaALLAH mereka akn ke Kedah untuk melepaskan rindu pada cucu sulung mereka.. Terbayang wajah ummi dan abah yang sgt happy dgn kehadiran orang baru dlm keluarga.. Untuk membawa Salsabila ke Tanjung Malim, apakah mudah bg mereka? Sesungguhnya, segala keputusan dan takdir Allah adalah yg terbaik.. terbaik untuk aku, terbaik untuk mereka..

Untuk hari ini, aku sedar… mengejar impian tidak perlu mengorbankan senyuman. Kerana senyuman insan2 yang aku sayang adalah lebih penting dari segalanya. Niat untuk meningkatkan kemajuan diri, bkn hnya itu caranya. Masih byk cara lain..ataupun mungkin belum tiba waktu yang sesuai.. apapun, aku ikhlas..ikhlas dan redha dgn keputusan awal pagi ini..

Salsabila…kaulah permata hati ummi dan abh.. kesayangan insan2 yg menyayangimu.


..........eNd..........

No comments:

Post a Comment

opss!! jgn mengutuk k.. xbaik taw..