Entry Pertama


KUDEDIKASIKAN BLOG INI BUAT PUTERIKU SAYANG… SALSABILA SOLEHA.

Sengaja aku memilih tarikh ini utk entry pertamaku di blog Qurratu’ayun. 26 tahun dahulu, pada tarikh yg sama, 7 April telah lahir seorang bayi, NASIHA BINTI ABDUL RASHID.. Permata hati ke 7 ma dan ayah.

Singkat benar perjalanan masa di dunia, kini aku pula dikurniakan seorang puteri yang jangkaan doktor akn lahir pd 7 Mac, tetapi Allah S.W.T telah mentakdirkan kelahirannya pada 9 Mac, dua hari lewat dari jgkaan doktor. Bagiku, SALSABILA adalah hadiah hari lahirku yang paling bermakna tahun ini.

7 April 2010, genap 29 hari SALSABILA SOLEHA menjadi penyeri hidupku dan suami. Kehadiran puteri ini menceriakan dua keluarga dan mengukuhkan lagi ukhwah serta kasih sayang antara kami..

Menatap wajah comelnya membuatkan aku sgt2 bersyukur pada Allah S.W.T. Tangan dan kakinya sungguh indah. Tak jemu aku mencium keduanya. Bibirnya yang kecil sering membuat aku tersenyum bila dia menyusu dan merengek2.. Subhanallah.. Betapa besarnya kecintaanku padanya. Teringat aku akan sabda Rasulullah, “Ya Allah, cintailah dia kerana sesungguhnya aku mencintainya.” ~ Riwayat al-Tabrani no. 2652. Terima kasih ya Rabbi.. akan aku cuba didik ank ini dgn persekitaran yang baik agar puteriku nanti akan menjadi ank yg solehah dan berjaya dunia akhirat..

Buat suami tercinta, terima kasih untuk segalanya.. Ketahuilah bahawa hanya dirimu yang terbaik. Cinta dan kasih sayangmu selamanya di hatiku.

*terima ksh kpd semua yg wish birthday J

No comments:

Post a Comment

opss!! jgn mengutuk k.. xbaik taw..