selamat hari ibu..

Inilah kali pertama aku menerima ucapan yg paling istimewa dari kawan2..Berbunga2 rasa hati. Ucapan yg dahulunya aku hnya ungkapkan pada ibuku yg amat aku sayang..kali ini, ucapan yg sama aku terima dari rakan2 sekerja dan juga rakan2 fb. "selamat hari ibu"..so sweet!

Kehadiran insan baru yg genap dua bulan pada hari istimewa ini cukup membahagiakan. Terasa hidupku semakin sempurna bersama insan2 yg amat aku sayang. Bergelar seorang ibu, pastinya menuntut pengorbanan, kesabaran, komitmen dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

Teringat sewaktu aku melayari fb di rumah, dan pada waktu sama.. si comelku merengek2. Kurang pasti sama ada diminta didodoikan atau perutnya berdendang untuk menyusu. Sedang masyuk melayan fb, teguran suami mengingatkan aku bahawa komitmen terhadap si dia perlu didahulukan. kata-katanya cukup berkesan di hati. Dan aku, seperti terlupa bahawa aku punyai tanggungjawab yg amat besar. Maklumlah, ku cuma insan biasa yang tidak terlepas dari khilaf sendiri..

Demi mencari redha Ilahi..suami dan Salsabila Soleha, keluargaku yg amat kucintai..ku mohon pada Ya Rabbi agar aku diberi peluang menjadi yang terbaik. Terbaik untuk yang tersayang. SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA INSAN YG PERNAH MELAHIRKAN. Semoga kita berupaya mendidik ank2 menjadi seorang khalifah yang mukmin dan mukminah, yang hidup dan matinya hanya kerana Allah..

..........eNd..........

No comments:

Post a Comment

opss!! jgn mengutuk k.. xbaik taw..