Monday, March 19, 2012

disuruh senyum (^.^)

Ummi tengok jam dah pukul 12 malam, tapi mata anak kecil tu masih segar bugar.
Ada sahaja yang nak dimainkan.
Toys dia yang sebakul tu habis dikeluarkan, dimasukkan balik...disepah dan dibaling sana sini.
Boring layan permainan dia, dia cari idea lain pulak.
Kusyen rumah pun dibuat main.
Disepah-sepahkan kusyen ke lantai.
HUHU ANAKKU...

Ummi pakai tudung, nak baca quran, tapi dia pulak nak pegang2 quran tu.
ummi bagi dia cium quran, ummi letak atas kepala dan dadanya.
Ummi nak sambung baca, tapi dia tak kasi.. Dia nak juga quran tu..
Ummi cuba kasi, mmmm tak boleh jadi nie.. takut dibaling kang..

Last2 ummi cakap.."salsabila..pakai tudung nie.."
Dia geleng.
Ummi umpan "pakai2...nak ambil gambar"
Dengar aje nak ambil gambar terus dia sua kan kepalanya.

Ummi cakap "senyum...." sambil bersedia untuk snap dengan galaxy note.
Dia tak senyum tapi dia buat peace di kedua2 mata dengan tangan kanan dan kiri.

Hmmm...
Ummi cakap lagi.. "sabila...senyum macam nie..."
Ummi buat mimik muka senyum. ;-)
Lebar sampai ke telinga...
Dia ikut... dan jeng-jeng-jeng-
Inilah gambar pertama anak ummi yg cuba tiru ummi senyum..



Ok x?

Hampir jam 12.30 malam baru anak ummi lelap dengan sebotol susu.. ;-)
Selamat malam sayang....
Ummi saaayang kamu..

::end::

Friday, March 16, 2012

lucu pun ade

Assalamualaikum semua..
Ummi nak kongsi satu kisah lucu bg ummi.
Tak lain dan tak bukan...pasal anak dara ummi yg sorang nie.

Satu hari..ummi nak hantar salsabila ke rumah mama..setelah beberapa hari dia di rumah bersama ummi sebab ummi ambil cuti rehat.

Dalam perjalanan...dia bukan main lagi seronok. Mmm ummi rasa dia fikir ummi nak bawa dia ke pasar raya. Ataupun dia mungkin juga fikir ummi nak bawa dia tengok rusa... Oooo atau mungkin dia fikir ummi nak bawa dia main permainan di marrybrown.. Hihi.

Dalam kereta..dia berlagu riang... Bibir mungil dia tu mengalunkan lagu yg ummi pun tak faham.. Sehinggalah kereta kami masuk ke Taman Universiti.. Taman rumah mama. Dia dah cam taman tu... Dan dengan tak semena2 dia ke belakang. Berbaring di bantal yg sedia ada di seat belakang. Ummi hairan juga. Tapi ummi terus drive dan dalam 500 meter, ummi berhentikan kereta di depan pagar rumah mama. Ummi toleh belakang.. Anak ummi seeeeenyap aje. Ummi keluar dari kereta dan buka pintu belakang. Ummi tgk salsabila buat2 pejam mata. Kononnya dia tengah tidur. Ummi lihat matanya berkedip2 tanda dia memang buat2 tido.

Dengan tersenyum ummi cakap padanya "adik...dah sampai. Dah sampai umah mama".
Korang tahu...ape dia buat. Dia cepat2 buka mata dan cakap "tanak....." sambil geleng beberapa kali.. Ummi tahan je nak tergelak tgk gelagat dia macam tue...memang ini pertama kali ummi tgk dia macam tu..dengan senyuman ummi yg masih bersisa..ummi dokong dia bawa masuk rumah mama...hihihi.

::abis suda::

Monday, March 12, 2012

selamat hari lahir sayangku



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Pertama, ummi maklum bahawa puteri ummi sudah genap 2 tahun pada 9 Mac lalu. ;-)
Alhamdulillah, syukur..

Tak ada celebration besar2 pun setakat ini.. ummi tak berkesempatan nak jemput kawan-kawan datang rumah or makan2 reramai. Sekadar bawa Salsabila main air panas kat kolam Ulu Legong Hot Spring di hari lahirmu.

Esoknye kita ke rumah opah, sempat abah singgah beli kek di Kroh dan kita makan kek tu sama2 pada malamnya. Sedap kan sayang? Ummi tgk bukan main lagi sayang makan kek tu. Pastu bila dah kenyang, kek dah xjadi kek lagi. Diuli lunyai...hancur...hihihi

Ummi panjatkan kesyukuran yang tak terhingga ke hadrat Allah swt kerana dengan keizinanNya kita sekeluarga dapat hidup bahagia, aman dan sentosa. (teks ucapan majlis apekah ini..??)

Ye, sungguh sayang.. ummi bahagia dengan kamu. Ummi syukuri kehadiranmu. Ummi nak segala yg terbaik untukmu..

Andai ummi punya sayap, mahu saja ummi terbang pergi ke rumah mama saat ini. Menjengukmu setiap masa. Ummi akui, walaupun ummi sedang sibuk bekerja, tapi setiap gelagatmu yg menghiburkan pasti buat ummi tersenyum dan pasti buat hati ummi teringat saat-saat bersamamu.

Sayang..ummi mahu kamu jadi yg terbaik untuk kami jua. Jadi insan yg taat kepada Allah dan Rasul. Sayang Allah dan Rasul. Berbakti kepada agama dan umat manusia.

Ummi harap suatu hari nanti..saat dikau berkesempatan membaca entry ini.. ummi mahu dikau muhasabah dirimu sayang..

Jadilah anak yg mendengar kata ummi dan abah. Hormatilah orang yang lebih tua darimu.

Sayang..ummi akan sentiasa mendoakan kebaikan untukmu, di dunia mahupun di akhirat. Justeru, senantiasalah mendoakan ummi dan abah yer..

mmmm sampai sini dulu...ummi tak boleh nak tulis lagi..sebak pulak tiba2..

Ok sayang... SELAMAT HARI LAHIR yang KEDUA!!


Ummi dan Salsabila di Ulu Legong Hot Spring



Anak ummi bertelekung