Konvokesyen Pak Su

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 Baru2 ini Salsabila menjejakkan kaki ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM) bagi meraikan pak su di konvokesyen ke-3 universiti berkenaan.

 Seronok sangat.. maklumlaa dpt jumpa pak su kan. Nampak sangat dia rindu pak su bila asyik snap je gambar pak su.

 Dari pengalaman ummi ke sini, ummi dapat memberi pujian dalam beberapa perkara yang dipraktikkan oleh pihak pengurusan/ajk konvokesyen UPNM.

 Antaranya, parking khas untuk media. mmm tak de la nanti media tercari2 parking dan berebut dgn parking ibu bapa kan.

 Selain itu, ummi kagum dengan cara pihak pengurusan mengelak kesesakan. Semasa kami tiba, kami dikehendaki parking di satu tempat di mana semua kenderaan ibu bapa parking di check point ini.

 Seterusnya tiba beberapa buah bas membawa kami ke dewan konvo. Menariknya, kami dilayan bagaikan penumpang kapal terbang. Kami dibekalkan minuman dan sandwic untuk sarapan di dalam bas. Jarak perjalanan cuma 15 minit.

 Selesai istiadat konvokesyen, keluarga graduan sekali lagi diraikan dengan makan tengah hari yang sangat enak. ;-) Nak kata tak cukup... rasanya sampai lebih2 je lauk pauk. (ummi nampak ade juga parents yang siap tapaw..hihi).

 Ok..selesai makan, bas UPNM sekali lagi setia mengambil kami ke tapak expo atau convo fest! Nak beli ape sahaja untuk buat kenangan, semuanya ada..

;-) Ok... jom lihat gambar kenangan di Majlis Konvokesyen ke-3, UPNM (^-^)




No comments:

Post a Comment

opss!! jgn mengutuk k.. xbaik taw..