Dia Demam


Assalamualaikum wbt,

Selamat hari Khamis (18 Oktober 2012) buat semua.
Pada pagi ini ummi nak story satu perkara.
Tentang 'dia'... my Salsabila Soleha.

Dah dua hari dia demam.
Dia tak banyak meragam.
Seingat ummi, dia kejut ummi jam 2 pagi pada hari Selasa (16 Oktober 2012).
Katanya 'ummi....kakak demam'.
Ummi letak tangan ke dahinya.
MasyaAllah, memang panas.
Ummi panik. Serius panik!

Ummi cakap padanya, "kakak...makan ubat ye.."
"tak nak........." perlahan dia jawab.
Demi nak kurangkan suhu dan risau kalau panas badannya makin naik, ummi bancuh susu.
Ummi letak sesudu kecil panadol syrup dalam susu tersebut.
Dan apabila dia minum...
"ummi...ubat..." hehe ternyata dia dapat mengesan kehadiran ubat dalam susu tersebut.

17 Oktober 2012 (Rabu) malam.
Ummi dan abah pujuk dia makan ubat.
Alhamdulillah, dia makan jua akhirnya.
Masa abah solat isyak di masjid,
salsabila muntah atas buai.
Habis meleleh ke karpet bulu2.
Ummi kagum sungguh dengan sikap anak ummi.
Langsung tak menangis.
Dia cakap, "ummi... eee muntah".
Dan tengah malam masa tido pun, sekali lagi dia muntah.

Maka awal pagi itu, 18 Oktober 2012 (Khamis),
jam 4 pagi kami dah bangun.
Segar bugar mata masing-masing.
Salsabila siap tolong ummi kemas2 rumah taw.
Dia nampak bertambah ok..

Waktu ummi mandi, dia pun nak mandi sama.
Bila ummi nak solat, dia pun lari2 ambil telekung dia dan solat sama2 ummi.
Ummi sayu bila ummi tadah tangan mohon doa pada Allah,
dia pun tadah tangan juga.
Ummi doakan bagi pihak dia...
"sembuhkanlah demam kakak Ya Allah...
berilah kesihatan yang baik buat kakak, ummi, abah dan semua keluarga kami"
Tak lupa juga dia buat Kak Lah yang baru lepas jalani pembedahan di Kuantan.

Ummi sayu masa doa pagi tadi..
Bercucuran air mata ummi..
Ummi juga ada doa,
"Ya Allah, sesungguhnya engkaulah Tuhan
yang Maha Mengerti, yang Maha Penyayang,
yang Maha Besar. Lembutkanlah Ya Allah hati
majikanku agar dia faham akan kesulitanku.."
(Ummi doa sesungguh hati..! Seperti kata seorang
bekas pensyarah kpd ummi.
Doa dengan yakin bahawa Allah sedang mendengar)

Ummi cium dahinya, cium ubun2 nya.
Ummi bisik "jadi anak solehah ye sayang"
Dia senyum....sipu2 malu...

Terima kasih Ya Allah,
kurniaanMu ini akan daku jaga sebaik mungkin.
Hambamu ini akan berusaha mendidik dia menjadi muslimah yang berjaya.
PadaMu Ya Allah hamba mohon dipermudahkan segala urusan.
Diluruskan jalan.
Demi mencari redhaMu Ya Allah..
Ameen..










No comments:

Post a Comment

opss!! jgn mengutuk k.. xbaik taw..