lagu negaraku versi Salsabila


Dua minggu mama bercuti. Balik hometown, Indonesia. Makanya Salsabila kami hantar ke Pusat Perkembangan Kanak-kanak Tunku Puteri Intan Safinaz, UUM. Tak jauh, cuma dalam lima minit dari kampus.

Dua hari di PPKTPIS, dia dah boleh nyanyi lagu negaraku. Lucu! ye...lucu bagi ummi sebab hanya melodi sahaja mcm lagu negaraku. Liriknya? Salsabila hentam aje. Siang malam duk ulang lagu kebangsaan tu.
hmm bila ummi turut sama nyanyi, dia tahu pulak menyambungnya.

Dan sekarang, dia memang dah hafal.. ;-) Ke mana sahaja dia pasti akan nyanyi lagu tersebut. Excited laa katakan. hihihi


No comments:

Post a Comment

opss!! jgn mengutuk k.. xbaik taw..